Dakwaan bahawa Empayar Mughal di India dan Empayar Uthmaniyah di Turki adalah saling bermusuh datang dari tanggapan ringkas tentang tindakan pemerintah Mughal yang tak pernah mengiktiraf kekhalifahan sultan-sultan Uthmaniyah. Tapi tanggapan ini tidak tepat secara keseluruhannya.
Pembangun dua empayar daratan yang besar ini saling berkongsi warisan kebudayaan yang sama berkaitan dengan etnik mereka. Komponen teras etnik ini adalah berasal dari keturunan berbahasa Turkik. Padang rumput Eurasia adalah tanah air asal usul mereka.
Selain perdagangan maritim yang hampir kekal di Lautan Hindi dan misi diplomatik berkala antara Uthmaniyah dan Mughal, tidak ada ‘hubungan’ yang lebih mendalam antara Empayar Uthmaniyah dan Empayar Mughal. Kedua-duanya adalah empayar Islam.
Dan seperti Uthmaniyah, pemerintah Mughal kadang-kala bergantung kepada gabenor bukan Islam (dalam kes Mughal, gabenor bukan Islam adalah orang Hindu) untuk mentadbir wilayah tempatan, tetapi pemerintahan imperialis dan doktrin politik mereka tetap Islam.
Kuasa ketenteraannya banyak didasarkan pada penggunaan sen.jata bedil mereka yang bermula dengan sen.jata api kecil dan artileri lapangan hinggalah semakin berkembang kepada teknologi sen.jata roket, musket, zamburak dan sebagainya.
Maharaja Mughal adalah bebas dari kawalan khalifah di Istanbul, bermakna Mughal tidak pernah mengiktiraf keabsahan status khalifah Uthmaniyah yang mengawal kota suci Mekah dan Madinah sejak tahun 1517. Maharaja Akbar Khan dikatakan pernah menyumbangkan hasil kutipan cukai dari beberapa kampung untuk dihadiahkan kepada kota-kota suci pada musim haji.
Tetapi ia masih tak boleh dianggap sebagai tindakan penyerahan atau pengiktirafan terhadap Uthmaniyah kerana dia juga pernah mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai khalifah dengan menawarkan autoriti mutlak doktrin Islam di benua kecil dan juga mengasaskan ajaran sesat pluralis Din-I Ilahi.
Uthmaniyah adalah bangsa simpatisan dari jauh kepada pemerintahan Mughal, tiada hasrat untuk mengganggu gugat kestabilan yang lain. Mughal lebih mengutamakan situasi sosial di Empayar Safawiyah, Afghan dan Uzbek di Asia Tengah.
Terdapat hubungan yang halus tetapi tidak cukup untuk mendefinisikan Uthmaniyah dan Mughal ada ‘hubungan’. Kedua-dua Empayar dipisahkan oleh jarak yang terlalu jauh. Dua hal yang perlu diberi perhatian di sini –
– Empayar Timuriyyah adalah pendahulu asal Empayar Mughal yang merupakan musuh Uthmaniyah. Amir Timur bahkan pernah mengalahkan Uthmaniyah dalam Per.ang Ankara, lalu menjadikan Sultan Bayezid I sebagai tahanan per.ang hingga baginda meninggal dunia semasa dalam tahanan hingga menyebabkan Empayar Uthmaniyah kelompongan kuasa dan berakhir dengan per.ang saudara 10 tahun.
– Uthmaniyah amat menonjol dari segi perdagangan di Lautan Hindi, walaupun situasi ini menyebabkan Uthmaniyah sering bertembung secara konflik dengan kepentingan perdagangan orang Eropah, tetapi Mughal tak banyak ada kaitan dalam hal itu.
Sekali lagi, tidak ada sebarang ‘hubungan’ yang ketara antara Mughal dan Uthmaniyah tetapi tak dinafikan, mereka saling memiliki beberapa persamaan.
– Keturunan Turkik – Osman I, pengasas dinasti Uthmaniyah, dipercayai anak kepada Ertugrul Gazi, seorang ketua suku Turkik nomad dari Asia Tengah yang berhijrah ke Khorasan kemudian melarikan diri dari ser.angan Mongol dengan menuju ke Anatolia. Tidak banyak sumber yang diketahui mengenai asal usul Osman. Babur, pengasas Empayar Mughal adalah keturunan Amir Timur, pena.kluk berketuruban Turko-Mongol dan pengasas Empayar Timuriyyah. Pengaruh Turki hilang dari beberapa ciri-ciri orang-orang Mughal kerana pengaruh Parsi dalam segala aspek dan cara hidup.
– Serbuk Bedil – Empayar Uthmaniyah dan Mughal dianggap sebagai sebahagian daripada tiga “Empayar Serbuk Bedil”, yang ketiga adalah Safawiyyah. Istilah ini digunakan oleh Hodgson dan McNeill, dua sejarawan di University of Chicago. Sebilangan besar kejayaan militari semua empayar ini boleh dikaitkan dengan pembaharuan militari mereka kerana memperolehi sen.jata api kecil dan artileri.
– Islam – Uthmaniyah dan Mughal adalah sama-sama orang Islam. Di kedua-dua empayar ini, pemerintahan hegemoni kaum Muslim terus menguasai penduduk bukan Islam.
– Sains dan Teknologi – Kemajuan sains dan teknologi dunia antara yang terawal adalah bermula dari masyarakat Uthmaniyah dan Mughal, tetapi Uthmaniyah jelas muncul sebagai pelopor terawal dan juara dalam perbandingan ini. Astronomi, kimia, perubatan dan teknologi ketenteraan adalah bidang di mana lonjakan yang ketara telah berlaku di Anatolia.
– Kesan terhadap budaya – Kesan yang ditinggalkan oleh Uthmaniyah dan Mughal terhadap kebudayaan terhadap seluruh dunia tidak dapat disangkal lagi. Sama ada ianya seni umum, senibina atau makanan, pengaruh Uthmaniyah dan Mughal telah meresap ke dalam kehidupan pelbagai bangsa di seluruh dunia, termasuklah budaya Melayu.
Uthmaniyah mungkin merupakan sebahagian dari penghijrahan besar suku Kayi dari gagasan Turki Oghuz Asia Tengah menuju ke dataran tinggi Anatolia (Turki moden), berikutan kempen pena.klukan Empayar Mongol di bawah Genghis Khan terhadap Asia Tengah pada suku pertama abad ke-13 Masihi.
Secara berperingkat, suku Kayi mengembangkan sempadan Beylik (negeri) di barat daya Anatolia, mereka memperoleh tanah wilayah yang besar di rantau ini dan juga di Eropah Timur, hinggalah mereka mena.kluki kota Konstantinopel dan mengakhiri Empayar Byzantine pada bulan Mei tahun 1453.
Orang-orang Mughal adalah hasil perkahwinan campur antara orang Mongol dan Turki, suatu proses yang mendapat momentum semasa kempen pena.klukan Asia Tengah oleh Genghis Khan yang bermula pada tahun 1219 Masehi. Pengasas Mughal, Zaheeruddin Babur, memerintah sebuah kerajaan kecil di Fergana ( Uzbekistan Timur moden).
Dia mendakwa dirinya berketurunan Turki melalui bapanya, Omar Sheikh Mirza, yang merupakan keturunan seorang pena.kluk Turki-Parsi, Amir Timur, dan berketurunan Mongol melalui ibunya, Qutluq Nigar Khanum, yang merupakan keturunan Genghis Khan.
Dia kehilangan kerajaannya di tangan pesaing Uzbek dan terpaksa berhijrah ke arah timur menuju ke Kabul yang dita.klukkannya pada tahun 1504 Masehi. Perjalanannya akhirnya membawanya ke Panipat (negeri Haryana moden) di mana dia mengalahkan Sultan Delhi, Ibrahim Lodi, pada tahun 1526. Kemenangan ini menandakan awal permulaan Empayar Mughal.
Dalam kedua kes tersebut, pengaruh bahasa Parsi adalah sangat ketara dan memainkan peranan utama dalam hal ehwal sastera, budaya dan pentadbiran. Oleh itu, kita melihat hubungan etnik dan budaya (melalui bahasa) antara kaum Mughal dan Uthmaniyah. Sekarang kitq lihat hubungan politik dan yang lain juga
Semasa kempen ketenteraan Babur di Asia Tengah, dia memulakan proses jalinan hubungan diplomatik dengan Uthmaniyah. Dia juga menjalin hubungan persahabatan dengan negara Safawiyyah. Pada mulanya, hubungan dengan Uthmaniyah tegang, kerana sokongan Sultan Selim I terhadap pesaing Babur iaitu Ubaidullah Khan, seorang ketua suku Turki di Bukhara.
Babur enggan tunduk kepada kuasa Uthmaniyah, mungkin kerana beranggapan bahawa pemerintah Safawiyyah akan membantu dia jika perlu. Hubungan itu kemudian berubah menjadi lebih baik apabila Uthmaniyah mengetahui tentang hubungan akrab yang Babur jalin dengan musuh Uthmaniyah iaitu Safawiyyah, maka sultan emutuskan untuk memberikan bantuan ketenteraan kepada Babur.
Uthmaniyah mengirimkan Ustad Ali Quli, seorang pegawai artileri yang berpengalaman, Mustafa Rumi, seorang veteran dalam penggunaan korek api (senapang atau senapang tangan) dan pejuang Uthmaniyah lain yang berpengalaman untuk membantunya dalam kempen menentang Uzbek. Babur menggunakan artileri dengan berkesan semasa pengepungan, dan juga ketika pertem.puran di lapangan.
Pertem.puran Panipat pertama yang berlangsing antara Babur dengan tentera Dinasti Lodi, pemerintah Kesultanan Delhi berbangsa Afghan pada tahun 1526 adalah contoh terbaik penggunaan artileri dalam pertem.pur jarak dekat.
Dalam pertem.puran ini, hubungan berperanan memberi bantuan ketenteraan. Hubungan Uthmaniyah dengan Mughal dalam tempoh ini ditentukan oleh hakikat dan situasi politik semasa.
Terdapat perkembangan politik yang ketara pada zaman Sultan Selim I yang meningkatkan prestij Uthmaniyah di dunia Islam. Kempen ketenteraan menentang Mamluk Mesir dijayakan dengan merampas kota-kota utama di Aleppo & Damsyik pada tahun 1516, kemudian Kaherah pada tahun 1517.
Tindakan Sharif Mekah yang menyerahkan relik suci umat Islam kepada sultan juga membawa dua kota suci iaith Mekah dan Madinah berada di bawah kawalan Uthmaniyah. Dengan itu, Sultan Uthmaniyah kini secara sah telah menguasai kedudukan khalifah, pemimpin tertinggi dalam dunia Islam.
Pengganti Babur, Humayun Mirza secara tidak rasmi mengiktiraf kuasa dan prestij yang dimiliki oleh Uthmaniyah dalam dunia Islam melalui hubungan diplomatik. Dia menulis surat kepada pengganti Selim, Sultan Suleiman Qanuni, menyatakan keinginannya untuk menjalin hubungan diplomatik dengan Uthmaniyah semasa fasa kedua pemerintahannya. Tidak ada peristiwa politik penting yang berkaitan dengan hubungan Uthmaniyah-Mughal yang diketahui pernah berlaku semasa pemerintahannya sebagai Maharaja Mughal.
Namun, kita tahu bahawa Tentera Laut Uthmaniyah aktif di wilayah Lautan Hindi sejak tahun 1518 Masihi. Ini adalah zaman di mana Portugis sedang dalam proses menegakkan keunggulannya di wilayah Selat Melaka, Laut Merah dan Lautan Hindi. Kedua-dua kuasa ini saling bersaing untuk di setiap kawasan perairan penting ini.
Panglima tentera laut Uthmaniyah Seydi Ali Reis, telah meninggalkan kisah lagendanya yang tersendiri kepada keturunannya mengenai India abad ke-16. Meskipun dia tidak diberi kuasa sebagai duta besar oleh sultan, dia telah mencatatkan banyak pengalaman di India dan istana Mughal.
Pada akhir 1553, dia ditugaskan untuk menyelamatkan armada Uthmaniyah yang ditahan di Basra oleh Portugis yang mengawal kota pelabuhan Hormuz. Namun dia terpaksa menukar haluan ke Lautan Hindi berikutan ribut kencang.
Dia kehilangan armadanya dan terpaksa meneruskan perjalanan berbahaya menuju ke Turki melalui laluan menembusi sempadan Mughal India, Asia Tengah dan Iran.
Kehadirannya memperlihatkan gambaran yang sangat baik tentang Uthmaniyah dan pemerintahnya, Suleiman Qanuni di mata Humayun, Ali Reis memberitahu kepada Humayun bahawa Empayar Uthmaniyah adalah dua kali ganda lebih besar daripada Mughal.
Dia menjadi saksi kema.tian Humayun pada tahun 1556 dan mendakwa telah menasihatkan para pegawai istana untuk merahsiakan kema.tian Humayun sehingga putera dan penggantinya Akbar mendapat waktu untuk mempersiapkan dirinya menerima amanah berat memerintah kerajaan.
Dia meninggalkan Empayar Mughal setelah pertabalan Akbar. Dari satu sisi, dia memainkan peranan sebagai duta Uthmaniyah dan membawa pulang sejumlah maklumat yang bernilai mengenai pemulihan wilayah Mughal di India oleh Humayun.
Seterusnya adalah tentang pertukaran enam dokumen oleh Maharaja Akbar dengan Sultan Suleiman Qanuni. Kita tahu Uthmaniyah akan meminta kerjasama Mughal dalam meneutralkan kuasa tentera laut Portugis di wilayah pesisir Lautan Hindi, terutama di Pantai Barat semenanjung India.
Namun Akbar tidak menawarkan bantuan, kerana dia tidak ingin memusuhi Portugis atas dasar menjaga kepentingannya sendiri. Kuasa-kuasa Eropah menghasilkan meriam gangsa berkualiti tinggi dan mereka juga perlu memastikan kuasa-kuasa wilayah (Gujarat, Ahmednagar dan Bijapur) tetap stabil, kerana kemudian mereka akan bersaing untuk akses ke pelabuhan Surat, Chaul dan Dabhol (di Barat Pantai semenanjung India) untuk melindungi kepentingan komersial mereka.
Namun, hubungan perdagangan antara kedua empayar itu agak ketara pada abad ke-16. Pertukaran surat-menyurat rasmi terakhir antara Mughal dan Uthmaniyah dicatatkan berlaku pada tahun 1748 (pasca kema.tian Aurangzeb) ketika kemerosotan Empayae Mughal telah bermula.
Oleh itu, di sini jelas bahawa hubungan antara kedua empayar darat ini tidak pernah bersifat substansial atau ada alasan tertentu dan ia hanya terhad dari segj perdagangan, kestabilan kedutaan, dan beberapa sokongsn khusus, seperti yang kita lihat pada zaman Babur.
Jadi, kita boleh katakan, Empayar Mughal tak pernah mengiktitaf kuasa Uthmaniyah sebagai khalifah dunia Islam secara rasmi, namun mereka tidak memusuhi atau saling memer.angi antara satu sama lain. Mungkin kerana masing-masing tiada kepentingan tertentu terhadap sesama mereka yang boleh mencetuskan per.ang antara dua kuasa Islam tersebut.
RUJUKAN:
Chaurasia, Radhey Shyam (2002). History of medieval India : from 1000 A.D. to 1707 A.D. Atlantic Publisher.
Government of Haryana (11 June 2010). First Battle of Panipat (1526) | Panipat, Haryana. Government of Haryana.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih