Bagi saya tuduhan sebergini tidak memiliki bukti yang kukuh. Bahkan sejarah membuktikan sepanjang 20 tahun pemerintahan Muawiyah, rakyat dibenarkan menegurnya asalkan mereka tidak mengangkat senjata sepertimana yang dilakukan oleh kaum Khawarij. Sesungguhnya ditaktor pertama dalam sepanjang berdirinya daulah Umaiyyah ialah yang keras terhadap seseiapa yang menegurnya adalah Khalifah Abdul Malik bin Marwan.
Dasar politik kebebasan bersuara Muawiyah ini dapat diketahui melalui ucapan gabenor Iraq dan orang paling utamanya iaitu Ziyad bin Abihi ke atas rakyat Iraq sebagaimana yang terdapat di dalam Tarikh ath-Thabari iaitu “seandainya aku mengetahui sebahagian orang di antara kalian mati oleh oleh penyakit lumpuh kerana membenciku maka aku tetap tidak akan membukan rahsianya dan membuka buruknya sampai dia sendiri membuka isi hatinya. Jika dia melakukannya, maka aku tidak akan mendebatnya.”
Bagi membuktikan lagi betapa Muaiwyah bukanlah seorang diktator, maka itu saya akan memberikan beberapa kisah yang membuktikan kebebasan bersuara berlaku di zaman Muawiyah.
1) Abu Muslim Al-Khaulani
Beliau merupakan seorang ulama rabbani yang berani menegur pemerintah secara berdepan. Beliau pernah berkata di hadapan Muawiyah dan berkata sebagaimana dinukilan oleh Al-Asfahani dalam Fadhilah al-Addin min al-Wulah iaitu ” jangan condong kepada suatu kabilah Arab sahaja akibatnya kezaliman akan melenyapkan keadilanmu”. Abu Muslim juga sentiasa memperingatkan Muawiyah terhadap tanggungjawabnya memenuhi hak rakyat.
Hal ini terbukti melalui kisah yang dinukilkan oleh Dr Al-Shalabi dalam Muawiyah bin Abu Sufyan, Syakhshiyatuhu wa ashruhu:
“Suatu hari Abu Muslim datang kepada Muawiyah dan berkata Assalammualaika ya Ajir (pekerja sewaan).” Orang-orang berkata “Amir”.
Muawiyah berkata “Biarkan Abu Muslim, kerana dia lebih tahu apa yang dia katakan.”
Maka Abu Muslim berkata, “Sesungguhnya perumpamaan dirimu adalah seperti seorang lelaki yang memperkerjakan seorang untuk mengurusi ternakannya, dia menggajinya agar mengembala dengan baik, mengumpulkan bulunya sehingga yang kecil dari ternakannya menjadi dewasa dan yang kurus darinya menjadi gemuk. Maka dia akan memberikannya gaji bahkan bonus. Sebaliknya bila dia tidak mengembalanya dengan baik dan mensia-siakannya yang gemuk menjadi kurus, tidak akan mengumpukan bulunya dan susunya maka pemiliknya marah.”
Maka Muwiyah menjawab “Masya-Allah”.
Satu lagi kisah teguran Abu Muslim terhadap Muawiyah adalah sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibn Atsir dalam Tarikh Dimasyq serta turt diceritakan oleh Imam Al-Ghazali dalam ihya’ ulumuddin:
“Suatu ketika Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan menahan pemberian negara kepada masyarakat. Kemudian ketika Muawiyah akan menyampaikan khutbah di atas mimbar, tiba-tiba Abu Muslim al-Khaulani berdiri dan berkata kepadanya: “Hai Muawiyah, wang negara itu bukan hasil kerjamu, bukan hasil kerja ayahmu dan bukan hasil kerja ibumu.”
Ucapan Abu Muslim tersebut membuat Muawiyah emosi, dan turun dari mimbar. Lalu ia berkata kepada jamaah di Masjid: “Tunggu dulu di sini .” Ia pergi beberapa saat. Kemudian ia datang lagi, dengan keadaan telah mandi. Lalu ia berkata di atas mimbar:
“Sesungguhnya Abu Muslim telah berkata kepadaku dengan ucapan yang membuatku marah. Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Marah itu dari syaitan. Sedangkan syaitan diciptakan dari api. Api hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh karena itu apabila salah seorang kalian marah, maka mandilah. Abu Muslim benar, bahwa wang negara bukan hasil kerjaku, bukan hasil kerja ayahku dan bukan hasil kerja ibuku.Maka datanglah kalian menerima pemberian kalian.”
2) Farazdaq
Farazdaq pernah melontarkan syair mencela Muawiyah kerana menarik kembali wang yang diberikan olehnya (Muawiyah) kepada saudaranya Al-Hatat bin Yazid yang wafat dalam perjalanan ketika pulang dari delegasi untuk diserahkan (wang yang ditarik) ke Baitulmal. Maka Muawiyah sepertimana yang terdapat dalam Tarikh ath Thabari memberi kembali wang itu kepada keluarga Al-Hatat.
3) Ummu Sinan binti Khaitsamah
Beliau adalah wanita Tabi’in yang membela Saidina Ali bin Abu Thalib. Apabila berada di Damsyik, beliau ingin berjumpa dengan Muawiyah di majlisnya. Maka berlaku perbualan panjang sepertimana dinukilkan oleh Ibn Atsir dalam Tarikh Dimashq:
“Muawiyah memerintahkannya untuk duduk. Setelah dia sudah duduk Muawiyah berkata:
“Selamat datang wahai puteri Khaitsamah, apa yang membuatmu datang ke negeri kami padahal selama ini aku mengetahui darimu bahawa engkau membenci kaumku dan menghasut musuhku untuk melawanku?”
Ummu Sinan menjawab “Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya Bani Abdu Manaf memiliki ahklak-akhlak yang suci, tanda-tanda yang nyata, kesantunan – kesantunan yang melimpah, mereka tidak bodoh setelah mengetahui, tidak bertindak bodoh setelah mendapatkan ilmu, tidak menghukum setelah memaafkan, sesungguhnya orang yang paling berhak mengikuti jalan leluhurnya adalah engkau.”
Muawiyah menjawab “Kamu benar wahai ummu Sinan kami memang demikian.”
Muawiyah memanfaatkan kesempatan itu untuk bertanya kepada Ummu Sinan tentang syairnya yang berisi dorongan melawan Muawiyah.
Muawiyah berkata “Bagaimana dengan syairmu?
Orang yang telah berdengkur namun mataku enggan untuk terpejam,
Sementara malam menampakkan dan mendatangkan kesedihan-kesedihan
Wahai keluarga Mudzhij tiada tempat untuk berdiam diri, bangkitlah
Sesungguhnya musuh yang tidak aku puji telah bergerak datang
Ini Ali seperti Bulan sabit yang dikelilingi
Bintang-bintang di tengah langit dengan kebahagiaan
Sejak dia terjum dalam peperangan dia selalu unggul
Kemenagan tidak pernah lepas dari pucuk panjinya.
Setelah Muawiyah mengucapkan bait-bait mikilnya tersebut, Ummu Sinan memasang telinganya dengan baik. Maka Ummu Sinan menjawab “Memang demikian wahai amirul Mukminin namun sesungguhnya kami berharap engkau sebagai pengganti Ali untuk memimpin Kami sesudah beliau, orang sepertimu pantas untuk itu.”
Sebelum Muawiyah menjawab salah seorang hadirin berkata “Wahai Amirul mukminin aku menghafal syairnya menyelesihi apa yang dia katakan pada anda saat ini dialah berkata,
Sekalipun engkau meninggal wahai abu Husain, engkau tetap
Dikenal sebagai pembimbing dan dibimbing dalam kebenaran
Pergilah, anda dipayungi oleh selawat Tuhanmu selama
Merpati bersuara indah melantunkan doa dari atas pucuk phon
Hari ini tidak ada penerus yang bisa diharapkan sesudahnya
Maka tidak mungkin kami memuji sesiapapun sesudahmu.
Maka Ummu Sinan menjawab sementara kejujuran terpancar dari wajahnya , menyindir orang-orang yang duduk dalam majlis tersebut.”Wahai Amirul mukminin lidah yang berbicara, perkataan yang jujur bila apa yang kami duga terwujud pada dirimu maka itu adalah bahagianmu yang melimpah. Demi Allah tidak ada yang mewariskan permusuhan kecuali orang ini dan ummu Sinan menunjuk sebahagian hadirin maka tolaklah perkataan mereka, jauhkan tempatmu duduk mereka, kerana bila engkau semakin dekat dengan Allah semakin dicintai oelh kaum muslimin.” Muawiyah berasa kagum dengan ucapannya maka beliau berkata “sungguh benar engkau mengucapkan hal demikian wahai ummu sinan?”
Ummu Sinan menjawab “Subhanallah Wahai Amiul mukminin demi Allah, orang sepertimu tidak perlu disanjung dengan kebatilan dan tidak pula dimintai maaf dengan kebohongan. Sesungguhnya engkau mengetahui hal itu dari pendapat kami dan hati kami yang paling dalam. Demi Allah , Ali lebih kami cintai saat dia hidup dari dirimu, sedangkan engkau lebih kami cintai darpada selainmu selama engkau ada.”
Muawiyah bertanya, “Kalian lebih mecintaiku selama aku hidup daripada siapa?” Ummu sinan menjawab “Kami lebih mecintaimu berbanding Marwan bin Al-Hakam dan Said bin Al-Ash.” Muawiyah berkata “Dengan apa aku berhak ke atas keduanya?”
Maka ummu sinan berkata “dengan kesantunamu yang baik dan maafmu yang mulia.”
Maka ummu Sinan menyatakan tujuan kedatangganya adalah untuk memohon cucunya di Madinah dibebaskan . Maka Muawiyah membebaskannya dan memuliakan Ummu Sinan. Semenjak daripada peristiwa itu Ummu Sinan sentiasa berdoa untuk kebaikkan Muawiyah.
Rujukan
Daulah Umawiyah oleh dr.Yusuf al-isy (edisi terjemahan pustaka al-kauthar 2013)
al-a’lam al-islami fi al-ashr al-umawi oleh Prof Dr Abdussyafi muhammad Abdul Lathif (edisi terjemahan pustaka al-kauthar 2014)
Muawiyah bin Abu Sufyan Sakhsiyatuhu wa asrahu al-dawlah al-Sufyaniyah oleh dr.ali muhammad al-shalabi (edisi terjemahan darul Haq 2012)
Nota Editor: Artikel adalah sumbangan Muhammad Iqbal Harraz untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih