Ramai yang kata, Tuhan itu Maha Esa, tapi menyembah berhala lain – ahli politik, akademik, selebriti, ahli sukan, CEO.

Ramai yang kata, Tuhan itu Maha Mengetahui, tapi meletakkan segala keimanan kepada ahli akademik seolah-olah apa yang dikatanya adalah sakti dan tidak boleh dinafikan, seperti kalam suci.

Ramai yang kata, Tuhan itu Maha Kaya, tapi masih melutut kepada para cukong yang menjarah bumi ini demi peningkatan angka pelaburan dan GDP.

Ramai yang kata, Tuhan itu Maha Mendengar, tapi masih tak segan silu menyebar fitnah dan aib, menyebar berita palsu.

Ramai yang kata, Tuhan itu Maha Berkuasa, tapi masih meletakkan segala keputusan dalam hidup di tangan ahli politik.

Ramai yang kata, Tuhan itu Maha Melihat, tapi masih tidak segan melakukan dosa dan menganiaya orang lain.

Ramai yang kata, Tuhan itu Maha Agung, tapi masih menyembah kertas kepala agong.

Ramai yang kata, Tuhan itu Maha Adil, tapi sibuk nak menjaja nama keadilan untuk kepentingan agenda politik sendiri.

Ya Allah Ya Rab, aku sesungguhnya manusia zaman moden, dan aku melihat sendiri kehancuran di bumi ini atas tangan-tangan manusia yang kononnya bijaksana.

Ya Allah Ya Rab, kau ampunilah dosa aku sebagai seorang manusia moden yang telah merosakkan alam, membunuh makhluk lain yang tidak berdosa serta secara tidak sengaja melupakanMu.

Ya Allah Ya Rab, ujianmu terhadapku dalam kesakitan ini amatlah berat, tapi aku sedar inilah balasan yang perlu aku terima agar aku bertaubat atas segala dosa yang telah aku lakukan.

Kesempitan wang dalam ekonomi yang teruk ini, kesakitan mental, spiritual dan fizikal akibat dosa yang lalu, serta kesepian akibat jauh dari semua teman dan kawan, semua ini ujian agar aku kembali ke jalanMu.

Dengan ujian ini aku belajar semula menghargai apa nikmatMu yang telah aku lupakan. Aku masih mempunyai ibu bapa, keluarga dan tanah pusaka. Walaupun kesempitan wang, namun aku bersyukur aku masih ada nikmat ini.

Aku mohon ampun kepadaMu, Ya Rabb.

Sesungguhnya Kau yang Maha Esa, Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Agung, Maha Kaya, Tuhan sekalian alam ini.

Ini ialah doa yang ditulis oleh penulis kami di laman Facebook peribadi  beliau. Kerana ada unsur nasihat dan mengajak kita refleksi diri kita, maka doa ini dinaikkan disini untuk tatapan kita semua agar rasa bersyukur dan pengajaran sampai ke kita. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nami Cob Nobbler merupakan seorang penulis novel prolifik, beberapa judul seperti Awek Chuck Taylor, Rokok Nan Sebatang dan Rumah No 6. Merupakan bekas wartawan di The Malaysian Insider serta merupakan peminat bolasepak Liverpool FC.

Comments are closed.