Langit terbentang luas dengan perkhabaran naik iaitu kelahiran Nabi Isa (as). Dalam hanya tempoh 33-36 tahun, baginda menimba pengaruh begitu menyeluruh.

Namanya terukir dalam beberapa agama penting di dunia ini. Dan kasih sayang terhadap individu suci ini berpaut dalam hati berbilion orang, meskipun ada dua pecahan besar yang memisahkan mereka untuk ikut pemahaman masing-masing.

Agama Kristian contohnya percaya bahawa Isa ialah seorang al-Masih yang menyelamatkan dunia daripada dosa dalam bentuk anak Tuhan dan wakil kedua Triniti.

Pegangan ini ditolak Islam yang menganuti bahawa baginda dikirim untuk menyelamatkan dunia daripada dosa (fitnah Dajjal) dalam bentuk pesuruh Tuhan (rasul) dengan gelaran Ulul Azmi.

Bagi Judaisme pula baginda mempunyai sisi jauh berlainan. Kedatangan Isa menjadi suatu anc4man terhadap bidangkuasa Judaisme yang ramai dalam kalangan Yahudi berada dibawah cengkaman Rom.

Isa menurut Injil Mark membawa hukum-hukum baharu yang dianggap meny3r4ng peraturan kosher.

Namun seorang penulis bernama Ganesh Savarkar melancarkan bukunya iaitu Christ Parichay yang mengatakan:

  1. Nama sebenar Isa ialah Keshao Krishna, berkelahiran Tamil Brahmin.
  2. Kulitnya gelap.
  3. Isa as wafat di Kashmir.
  4. Kristian ialah mazhab Hinduisme.
  5. Isa pernah mengunjungi India dimana baginda belajar yoga. Selepas disalib, Isa dihidupkan semula dengan herba ubat.

Tidak pernah satu dakwaan digemburkan dengan mendalam sebegini. Namun sejauh manakah kebenaran ini?

Asal-Usul dan Keturunan

Bukti yang mengesahkan kewujudan Nabi Isa (as) telah ditelan zaman, melainkan tinggalan-tinggalan dipandang suci seperti Qur’an atau Bibel.

Kalau menurut ajaran Kristian, nabi Isa (as) dilahirkan semasa pemerintahan Maharaja Herod I yang mangkat tidak lama kemudian. Manakala NabI Isa (as) disalibkan (menurut ajaran Kristian) semasa pentadbiran Pontius Pilate.

D4rah yang mengalir dalam daging Nabi Isa (as) berunsurkan Yahudi oleh kerana hubungan Maryam (as) dalam hierarki Bani Israil.

Malahan amalan dakwah juga mendapatkannya gelaran “rabbi” daripada golongan Yahudi yang menolaknya hanya kerana tidak menepati unsur al-Masih.

Jika konsep Triniti telah diaplikasikan sama ada melalui rekabentuk salah faham atau penyimpangan ajaran, maka itu pun wajar dijadikan punca penentangan.

Bagi agama Yahudi, Tuhan wujud dalam kemutlakan Satu tanpa sebarang pecahan.

Namun agama Islam menyimpan kasih begitu besar terhadap Nabi Isa (as). Dan melalui penyebaran Islam juga wujud sebuah pecahan kesesatan iaitu Baha’i yang diasaskan Baha’u’llah pada tahun 1863.

Ajaran ini memandang tinggi kepada Nabi Isa (as) sebagai Anak Tuhan dan juga penjelmaan Tuhan secara sempurna.

Sudut Agama Lain Terhadap Isa

Mungkin bukan semua orang tahu bahawa Nabi Isa (as) mempunyai tempat dalam kalangan Hinduisme. Ataupun lebih tepat lagi, agama Hinduisme mungkin menyediakan suatu tempat untuk baginda dalam penghormatan sebagai sebuah avatar atau seseorang yang suci  (Rishi, 2009).

Seorang sami Hindu bernama Paramahansa Yogananda pernah mengatakan bahawa Isa (as) ialah penjelmaan semula bagi Elisha yang merupakan seorang nabi dalam ajaran Judaisme (Yogananda, 2008).

Agama Islam pun tidak pernah mengatakan bahawa Isa (as) ialah seorang Arab. Sebaliknya baginda digelar bagaikan seorang hamba yang mengabdikan dirinya kepada Tuhan (seorang Islam).

Dalam agama Buddhisme pula, baginda diiktirafkan sebagai “bodhisattva” iaitu seseorang yang mengabadikan hidupnya demi kebajikan masyarakat.

Jadi mana-mana agama sekalipun (termasuk arus perdana Hinduisme sebenarnya) mengiktiraf kewujudan baginda sebagai seseorang yang suci. Untuk mengatakan baginda ialah Tamil Hindu, itu ialah ketelanjuran yang berlebihan.

RUJUKAN:

Rishi, S. (2009, Mac 24). Jesus in Hinduism. BBC. Retrieved from http://www.bbc.co.uk/religion/religions/hinduism/beliefs/jesus_1.shtml

Yogananda, P. (2008). Autobiography of a Yogi. Diamond Pocket Books. Pp. 318.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.