Pada 27 Disember 1949, Ratu Juliana menandatangani peralihan kedaulatan kuasa Indonesia di istana di Dam-square di Amsterdam. Belanda sebagai kuasa penj4jah sudah tidak lagi wujud. Mulai saat itu, Belanda adalah setaraf dengan negara-bangsa yang lain.

Beberapa bulan sebelum Perjanjian Hague atau lebih dikenali di Indonesia sebagai Persidangan Meja Bulat di Den Haag, mereka telah melakukan rundingan berkaitan terma dan syarat. Ada empat pihak duduk di sekeliling meja, iaitu:

  • Delegasi Belanda yang diketuai oleh Van Maarseveen, Menteri Wilayah Luar Belanda ketika itu.
  • Delegasi Republik Indonesia Serikat yang diisytiharkan oleh Sukarno pada 17 Ogos 1945, diketuai oleh Perdana Menteri, Mohammad Hatta
  • Delegasi federalis dari negara-negara persekutuan Indonesia, yang diketuai oleh Ide Anak Agung Gde Agung yang merupakan Perdana Menteri negara terbesar di ‘Grote Oost.’ atau Negara Indonesia Timur.
  • Pihak keempat adalah United Nation Committee For Indonesia (UNCI), yang dibentuk oleh PBB untuk menyatukan Belanda dan Republik. Delegasi ini diketuai oleh Merle Cochran, pengerusi UNCI di Amerika Syarikat.

Perjanjian Hague atau lebih dikenali di Republik Indonesia sebagai Perjanjian Persidangan Meja Bulat, adalah satu perjanjian yang diluluskan pada 2 November 1949 di antara Belanda dan Republik Indonesia dalam usaha untuk menamatkan konflik Belanda-Indonesia sebelum disusuli dengan perisytiharan kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945.

Sebelum bermula persidangan ini, pihak Republik dan Federalis (wakil negara-negara persekutuan Indonesia) membuat perjanjian.  Mereka menyediakan perlembagaan untuk Indonesia yang berdaulat dalam Persekutuan negara-negara Indonesia yang dikenali sebagai Republik Indonesia Serikat (RIS). Indonesia menghantar dua wakil sebagai delegasi yang mewakili Persekutuan dan Republik bertujuan untuk menjaga kedaulatan Republik Persekutuan.

Mereka bersedia memberi persetujuan. Mereka menerima konsep Indonesia dan Belanda tetap memiliki hubungan yang signifikan dalam satu kesatuan di bawah Mahkota Belanda. Masih belum jelas di mana asas dan dasar Kesatuan ini, hanya dengan cara ini sahaja Indonesia boleh mencegah sebarang perkara yang boleh menjejaskan kedaulatan negara baru mereka.

Semasa berlangsungnya Persidangan Meja Bulat, para delegasi menghabiskan tempoh waktu yang panjang apabila berbahas mengenai isu hutang. Belanda memaksa Indonesia membayar harga yang tinggi sebagai syarat peralihan kedaulatan. Berbeza dengan kes di Suriname yang menerima dua bilion Gulden tiga puluh tahun kemudian, sementara Indonesia terpaksa menanggung sejumlah hutang peninggalan bekas penj4jah Hindia Belanda.

Persidangan Meja Bulat Hague

Menurut pihak Belanda, hutang itu telah dikira berjumlah sekitar 6.5 bilion Gulden. Ini bermaksud bahawa Indonesia harus menanggung kos ‘police actions’ (tindakan ketent3raan yang dilancarkan tanpa mengisytiharkan per4ng secara rasmi). Dikatakan tuntutan terlalu melampau pada pandangan pengerusi UNCI Amerika Syarikat, Merle Cochran.

Dengan kemarahan Perdana Menteri Belanda, William Drees, Amerika Syarikat berjaya meyakinkan para perunding kewangan Belanda untuk mengurangkan dua bilion Gulden – yang merupakan anggaran kos tindakan ketent3raan Belanda terhadap Indonesia dahulu. Jumlah hutang yang selebihnya, kira-kira sebanyak 4.5 bilion Gulden dalam nilai matawang pada waktu itu dikekalkan.

Belanda yang memang terkenal dengan sifat “ahli perniagaan” kemudian menuntut hak keistimewaan utama dengan status sebagai rakan dagang istimewa Indonesia. Ini bererti segala keuntungan untuk pelaburan dan keuntungan dari 3 bilion Gulden pelaburan hartanah peribadi Belanda tetap menjadi milik Belanda dan boleh dipindahkan dalam kadar yang amat menarik ke Belanda. Aturan ini dicatat dalam peraturan kewangan dan ekonomi Finec.

Sekiranya pada waktu itu Belanda telah berpuas hati, mereka dijangka mampu meraih keuntungan dari sumber bekas j4jahannya itu hingga ke hari kiamat. Bagaimanapun, Belanda masih mahu mencuba nasib, mereka tidak berpuas hati. Belanda secara konsisten tidak mahu melepaskan New Guinea Barat (Irian Barat). Macam-macam hujah yang mereka keluarkan.

Tujuan mereka adalah mahu memindahkan semua orang Belanda-Indo dari pulau-pulau Indonesia ke j4jahan terbaru mereka itu, dan bukan dipindahkan ke Belanda. Dan mereka juga sudah tentu tidak boleh melupakan sumber mineral yang kaya di New Guinea seperti bauksit, tembaga, emas dan minyak.

Hujah utama dalam Persidangan Meja Bulat adalah bahawa jika New Guinea Barat tidak dikekalkan sebagai hak Belanda maka tidak akan ada majoriti parlimen yang akan mengesahkan Perjanjian Hague. Delegasi Indonesia ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak. Di satu sudut, pihak perunding Belanda tidak mahu melepaskan New Guinea, di sudut yang lain, Presiden Soekarno telah mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia dari Sabang ke Merauke.

Proklamasi Kemerdekaan Indonesia

Pengerusi UNCI berjaya memecahkan kebuntuan dengan cadangan untuk mengeluarkan New Guinea dari Persidangan Perjanjian Meja Bulat. Menghadapi tekanan kerana tidak memiliki banyak masa untuk berbincang, pada hari terakhir persidangan, mereka memutuskan Belanda dan Republik Indonesia Serikat akan berkomitmen untuk melakukan rundingan lebih lanjut mengenai status New Guinea dalam jangka masa satu tahun selepas beralih kedaulatan. Jurang masa ini ibarat b0m jangka yang mengancam perjanjian itu.

Tidak perlu tunggu setahun pun selepas peralihan kedaulatan berlaku, kerana rasa tidak percaya antara kedua-dua rakan Kesatuan semakin meningkat. Di pihak Belanda, ahli politik yang paling curiga adalah Perdana Menterinya, William Drees. Rasa tidak percaya sudah bermula di Jakarta apabila Van Heutsz Boulevard ditukar namanya menjadi jalan Teuku Umar, bersempena nama seorang pejuang gerila Aceh. Oranje Boulevard ditukar menjadi jalan Diponegoro.

Drees juga tidak gembira dengan keputusan pemerintah Indonesia untuk menjadikan tarikh 17 Ogos sebagai Hari Kemerdekaan Nasional, Drees kekal dengan pendirian bahawa Indonesia sepatutnya memilih tarikh 27 Disember. Bagi Drees, bukti utama bahawa Indonesia adalah rakan Kesatuan yang tidak boleh dipercayai adalah apabila dalam masa lapan bulan, Soekarno membubarkan kerajaan persekutuan dan mengisytiharkan negara Kesatuan (Unitary State) pada 17 Ogos 1950.

Belanda tidak menyedari bahawa negeri-negeri persekutuan itu dipandang oleh orang Indonesia sebagai usaha Belanda untuk memerintah secara proksi dari jauh dengan dasar pecah dan perintah. Tetapi walaubagaimanapun, kejatuhan Republik Indonesia Serikat tetaplah bukan kerana jasa Soekarno yang membubarkannya tetapi kerana hampir tidak ada penyokong langsung di kalangan orang Indonesia.

Indonesia memiliki alasan kukuh untuk tidak mempercayai Belanda ketika Kapten Westerling pada Januari 1950, dengan kesepakatan KNIL (Tent3ra Hindia Timur Laut Diraja) seolah-olah ingin mengembalikan pemerintahan Belanda di Jawa Barat. Pada akhir tahun itu, sejumlah pemberontak menubuhkan Republik Maluku Selatan dengan sokongan KNIL di Ambon.

Tetapi apa yang menyebabkan perpecahan antara Indonesia dan Belanda adalah isu New Guinea. Setelah Soekarno ‘membedil’ Republik Indonesia Serikat, ahli politik Belanda semakin yakin bahawa New Guinea tidak boleh diserahkan kepada Indonesia dibawah Soekarno. Semua pihak pulang dengan tangan kosong selepas rundingan lanjut yang diadakan pada tahun 1950 berkenaan status wilayah itu.

Hujah dan dalil yang terbaru dipersembahkan untuk membuktikan bahawa New Guinea harus kekal berada di bawah pemerintahan Belanda. Belanda mendakwa, mereka memiliki tanggungjawab wajib untuk membawa kaum pribumi etnik Papua keluar jurang zaman di mana ketika itu orang Papua masih bersifat primitif.

Untuk mengukuhkan pandangan etika ini, pada tahun 1952, pentadbiran Kabinet Drees Kedua yang didominasi oleh Parti Buruh yang lebih sosialis-demokratik mendapat sekutu yang kuat dari kalangan pemimpin Parti Rakya Katolik, Joseph Luns. Drees memberikan kepercayaan kepada Luns untuk memperbaiki hubungan Belanda dengan Indonesia pada tahun 1952 di atas kapasitinya sebagai Menteri Dasar Luar Negeri, namun misi itu perlu dilakukan tanpa melepaskan wilayah yang jadi rebutan iaitu New Guinea Barat kepada pemerintah di wilayah bekas j4jahan Belanda itu.

Drees dan Luns sama-sama melihat desakan Indonesia untuk memindahkan New Guinea hanya sekadar salah satu hobi politik mengarut Soekarno. Ini jelas berdasarkan topik “Irian Barat” (nama lain New Guinea Barat) pasti menjadi tema utama dalam pidato yang diucapkan oleh presiden pada setiap program yang dihadirinya.

Ini menyumbang kepada sentimen anti-Belanda yang kian meningkat. Pemerintah Belanda, bagaimanapun, tidak nampak bahawa presiden Indonesia yang memerintah dalam sistem demokrasi berparlimen yang masih kekal di Indonesia itu, sudah tidak memiliki kekuatan politik yang lebih besar daripada, contohnya, Presiden Republik Persekutuan Jerman.

Oleh itu, mereka melihat semua pemimpin politik Indonesia mempunyai pandangan yang sama bahawa New Guinea adalah hak milik Indonesia dan setiap pemimpin politik Indonesia melihat isu pemindahan hak milik Irian Barat kepada Indonesia sebagai keutamaan mereka.

Indonesia berusaha memujuk Belanda agar memenuhi perjanjian dalam Persidangan Meja Bulat berkenaan New Guinea. Tetapi selepas tahun 1950, pemerintah Belanda ‘menangguhkan’ isu perebutan hak milik New Guinea, dan New Guinea diisytiharkan sebagai wilayah Belanda dalam reformasi perlembagaan 1956.

Pada awal tahun 1956 satu pertemuan terakhir diaturkan di Geneva antara Belanda  dan Indonesia untuk membincangkan masalah yang semakin meretakan hubungan. Kesatuan sedang menemui kegagalan, Finec pada pandangan Indonesia hanya berpihak untuk kepentingan Belanda, dan isu New-Guinea yang semakin memudarkan harapan.

Inisiatif pertemuan ini akan berakhir dengan begitu dramatik, bermula dari kabinet Harahap yang menunjukkan niat baiknya kepada negara Belanda. Menteri Luar Negeri Anak Agung adalah ketua pasukan perunding Indonesia. Delegasi Belanda dipimpin oleh Luns, yang sentiasa berhubung dengan Perdana Menteri Drees di Den Haag. Luns dan delegasinya bersedia membiarkan Kesatuan dibubarkan dan menyesuaikan Finec. Dengan syarat jika terjadinya konflik ekonomi antara kedua buah negara, Indonesia perlu bersetuju untuk melakukan penimbangtaraan antarabangsa.

Ide Anak Agung Gde Agung, 1948

Indonesia, yang menganggap timbangtara antarabangsa sebagai mencabul kedaulatan negara mereka, tidak bersedia menerima syarat-syarat ini dan perwakilan Belanda juga tidak bersedia menerima syarat mereka. Luns tidak mahu bercakap mengenai New Guinea.  Walaupun Anak Agung menyerahkan kertas perbincangan mengenai masalah tersebut, Luns mengambil kertas itu dan membuangnya ke dalam tong sampah. Persidangan Geneva berakhir dengan kegagalan sepenuhnya.

Dalam keadaan kecewa, delegasi Indonesia pulang ke tanahair. Setelah mendapat saranan mereka, kabinet Harahap secara sepihak menamatkan Kesatuan Indonesia-Belanda pada 13 Februari 1956. Ini hanyalah permulaan kepada tindakbalas berantai.

Pembubaran Kesatuan diikuti dengan menamatkan Finec dan pada 4 Ogos pemerintah Indonesia menghentikan pembayaran hutang kepada Belanda. Setahun kemudian, syarikat-syarikat Belanda menyerah dalam pertikaian mengenai New Guinea. Lebih-lebih lagi mereka sendiri yang merosakkan hubungan itu.

Pemerintah Indonesia ingin melaksanakan proses ‘indonesianisasi’ terhadap syarikat asing dan mengubah dasar ekonomi koloni yang lama menjadi lebih bersifat dasar nasionalis Indonesia. Dasar ini digagalkan oleh pengurus Belanda di mana jawatan kanan dan eksekutif tetap tidak boleh diisi oleh orang Indonesia dan tidak ada sambutan mengenai isu ‘Indonesianisasi’ ibu kota.

Golongan kelas atasan Belanda dalam kelompok kecil di Indonesia mempertahankan gaya hidup kolonialnya yang lama dan mempertahankan kubu kuatnya, seperti Harmony Society dan Marina di Priok yang terus ditutup untuk orang Indonesia.

Oleh kerana rundingan dua hala mengenai New Guinea sudah tiada harapan, Kerajaan pimpinan kabinet Ali Sastroamidjojo yang pertama telah pun merayu campur tangan antarabangsa pada tahun 1953.

Dalam Perhimpunan Agung PBB, selama tiga tahun Indonesia telah mengemukakan resolusi untuk meminta campur tangan agensi PBB dalam masalah New Guinea. Tidak sekali pun resolusi mereka mendapat sokongan majoriti dua pertiga yang diperlukan.

 

Presiden Soekarno

Sebabnya ialah bahawa pentadbiran Eisenhower-Dulles tidak mahu menyokong resolusi Indonesia kerana sekutu NATO mereka: Belanda. Oleh itu, semua negara yang bergantung pada Uncle Sam’ tidak berani mengundi Indonesia. Pada 27 November 1957, ini adalah keempat kalinya resolusi Indonesia tidak mendapat majoriti dua pertiga.

Di Indonesia mereka bertindak balas dengan kemarahan. Beberapa hari setelah resolusi itu ditolak, golongan pekerja Indonesia menawan syarikat-syarikat milik Belanda di seluruh Indonesia. Tindakan ini didorong oleh persatuan buruh Komunis. Syarikat-syarikat itu kemudian dikendalikan oleh Kabinet-Djuanda yang menggantikan Kabinet Ali Sastroamidjojo Kedua yang gagal akibat tekanan pemberontak, syarikat-syarikat tersebut kemudian dipindahkan kepada kawalan pihak tent3ra dan akhirnya, tanpa sebarang pampasan, ia dinasionalisasi sebagai hak republik.

Apa yang masih ada dalam ingatan kolektif Belanda adalah bayangan gambaran Presiden Sukarno yang enggan membayar hutangnya. Dalam kenangan ini, sesuatu telah dipadamkan. Ketika Indonesia menghentikan pembayaran hutangnya kepada Belanda pada tahun 1956, hanya 650 juta gulden yang berbaki.

Willem Drees, perdana menteri Belanda dari 1948-1958

Ini bermakna antara tahun 1950 dan 1956 Indonesia telah membayar hampir empat bilion gulden. Kepentingan jumlah wang ini boleh dibandingkan dengan bantuan dari Amerika yang dikenali sebagai Marshall Plan. Dalam tempoh 1948-1953 Belanda menerima 1127 bilion dolar melalui Marshall Plan – dalam bentuk pinjaman.

Dengan kadar pertukaran dolar adalah 3.80 gulden pada waktu itu, bantuan ini tidak lebih dari apa yang telah dibayar oleh Indonesia sebegitu sahaja antara tahun 1950 dan 1956. Namun orang Belanda hanya mendendangkan bantuan Marshall Plan dari Amerika Syarikat yang membiayai pembangunan semula negara Belanda selepas per4ng, tetapi orang Indonesia yang menolak untuk menjadi warganegara Republik Indonesia dan memilih untuk berhijrah menetap di Belanda, hanya dianggap sebagai masyarakat kelas ketiga sahaja di Amsterdam.

Aspek lain dari sejarah ini adalah kononnya Indonesia ketika zaman Soekarno dijulang oleh rakyat umpama ‘Robin Hood’ kerana ‘merampas’ hak pegangan saham yang sah milik Belanda.

Tetapi tidak ramai orang Indonesia dan Belanda sendiri menyedari bahawa keuntungan modal, pencen dan simpanan yang dipindahkan dari Indonesia ke Belanda, ditambah dengan segala pendapatan yang dihasilkan oleh perniagaan Belanda di Indonesia, telah memberikan sumbangan yang besar terhadap pendapatan negara Belanda pada musim gawat tahun 1950an. Pada awal tahun lima puluhan, sumbangan tahunan ini adalah berjumlah sekitar lapan peratus.

Pada tahun terakhir sebelum pertikaian New Guinea mengakhiri semuanya, nilai kapitalisasi pendapatan Belanda adalah hampir satu bilion gulden. Nampaknya suntikan ekonomi dari Indonesia antara tahun 1950 dan 1957 dalam ekonomi Belanda telah memberi kesan kepada perindustrian pasca per4ng yang pesat di Belanda, yang dikenali sebagai  ‘le miracle hollandaise’  (keajaiban Belanda).

Petikan artikel dari DE GROENE AMSTERDAMMER yang jika diterjemahkan tajuk utamanya adalah “Suntikan Indonesia”, namun Belanda bahkan tidak pernah memberi penghormatan kepada pejuang Indonesia yang gugur pada setiap ulang tahun peringatan.


Ironinya, pepatah Belanda
“Indië verloren, rampspoed geboren” (Jika kehilangan pulau Indie, maka lahirlah bencana) tidak menjadi kenyataan kerana Belanda ketika tempoh pasca per4ng yang penting ini, sebaliknya terus menjana keuntungan dari sumber bekas j4jahannya, yang amat jarang dibincangkan secara terbuka.

Apa yang ditinggalkan oleh Belanda itu cukup membebankan Indonesia, republik itu terpaksa menanggung hutang penj4jah yang besar, itu pun dengan Belanda “mewasiatkan” struktur pengeluaran yang pada dasarnya berdasarkan sekto pertanian untuk eksport tanaman. Ini menyebabkan Indonesia bergantung kepada sektor perdagangan ekonomi antarabangsa yang tidak menentu.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.