Apabila COVID-19 melanda Brazil, banyak petua mengarut tersebar melalui WhatsApp. Katanya daun pokok kapas boleh dicampur dengan wormseed (dysphania anthelmintica) dan madu boleh membvnvh COVID-19 dalam badan.
Campuran ini siap dijual lagi, perlu diminum setengah cawan sehari (Slattery, 2020). Hakikatnya COVID-19 merebak dengan laju, sampai Brazil mencecah tujuh juta kes.
Terdapat juga sangkaan yang kurma, madu dan minyak zaitun mempunyai zat pencegahan daripada COVID-19. Dari segi khasiat, memang makanan sunnah tidak boleh dipersoalkan.
100 gram kurma kaya dengan karbohidrat, protein dan serat, juga antioksidan flavonoid dan karotenoid yang boleh mencegah k4ns3r (Elliot, 2018).
Flavonoid juga ditemui dalam madu (Gunnars, 2018). Manakala minyak zaitun pula kaya dengan Vitamin E dan K (Leech, 2018).
Namun pengguna harus faham yang bukan semua makanan sunnah dalam pasaran dijual secara asli dan tulen. Khasiat dalam makanan berproses mungkin sudah terjejas dan berkurangan (Raman, 2018).
Walau bagaimanapun, asli atau proses, belum ada bukti disokong bahawa kurma, madu dan minyak zaitun boleh mencegah COVID-19.
Kalau fikir secara logik, ketiga-tiga makanan ini memang ruji di Timur Tengah. Sehingga Julai, COVID-19 telah membvnvh 20,000 orang di rantau ini dengan 907,736 j4ngk1tan (AFP, 2020).
Hari ini Iran sahaja mempunyai 1.13 juta kes dengan angka kem4t1an mencecah 53,000 orang. Maka memang peliklah jika negara pengeluar kurma dan minyak zaitun asli ditenggelami kes COVID-19.
China, Turki dan Argentina ialah tiga negara pengeluar terbesar madu, pun tenggelam angkara COVID-19.
Madu walau bagaimanapun bukanlah suatu makanan yang tidak berguna. Memandangkan COVID-19 ialah suatu krisis kesihatan yang baru, penyelidikan saintifik masih belum cukup untuk menokhtahkan kesimpulan mudah. Hospital Awam Massachussets berpakat dengan Universiti Perubatan Harvard untuk menjalankan sebuah penyelidikan (yang masih belum ada semakan saintifik).
Dr Sohaib Ashraf membuat dua kumpulan pes4k1t yang menjalankan rawatan. Perbezaannya, salah satu mengamalkan campuran madu dalam air 250 ml dan kapsul habbatus sauda mengikut kemampuan pes4k1t.
Manakala kumpulan kedua pula diberi placebo. Dalam kalangan 313 pes4k1t ini, 210 mengalami kes biasa dan 103 pula agak serius. Kedua-dua kumpulan ini menjalani rawatan perubatan seperti biasa.
Tetapi kumpulan yang menerima madu dan habbatus sauda didapati lebih cepat sembuh untuk dibandingkan dengan placebo (Lim, 2020).
Kemampuan makanan sunnah sememangnya tidak boleh diperlekehkan. Amatlah wajar jika makanan sunnah diambil untuk bermanfaat sahaja. Dan setakat ini belum terbukti ia mampu mencegah COVID-19.
Namun tidak boleh sama sekali jika makanan sunnah diambil dengan prasangka badan pun kebal COVID-19… dan boleh keluar rumah tanpa pelitup muka dan tidak lagi mengamalkan penjarakan sosial.
Lebih mengeruhkan keadaan jika perubatan moden diboikot terus, hanya mengambil makanan sunnah secara mentah-mentah.
COVID-19 bukan sesuatu untuk dieksperimenkan secara semberono. Kerana ia boleh terj4ngk1t sehingga membvnvh satu keluarga. Pada bulan Mac 2020, seorang nenek berusia 73 men1ngg4l dunia tanpa mengetahui pun dua orang anaknya sudah menjadi m4ngs4 COVID-19.
Dalam zaman apabila keluarga terb3l4h angkara peny4k1t, sains harus diutamakan dengan sunnah menjadi sokongan.
Banyak sangat sunnah Nabi Muhammad SAW boleh diambil untuk menewaskan COVID-19. Bukan setakat makanan semata-mata. Tingkah-laku dan kegiatan harian harus mencerminkan perwatakan baginda, yang boleh mencegah diri daripada j4ngk1tan COVID-19.
RUJUKAN:
AFP. (2020, Julai 13). Middle East Covid-19 (ditapiskan) toll exceeds 20,000. The New Straits Times.
Elliot, B. (2018, Mac 21). 8 Proven Health Benefis of Dates. Healthline.
Gunnars, K. (2018, September 5). 10 Surprising Health Benefits of Honey. Heathline.
Leech, J. (2018, September 14). 11 proven benefits of olive oil. Healthline.
Lim, G.Y. (2020, November 25). Covid-19 RCT: Honey and black cumin seed help speed up recovery in Covid-19 (ditapiskan). Nutra Ingredients.
Raman, R. (2018, Januari 20). All about raw honey: how it is different than regular honey? Healthline.
Slattery, G. (2020, Jun 18). Aspirin in honey: dubious COVID-19 ‘cures’ spread in Brazil. Reuters.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih