Pada zaman dahulu, semua tamadun dan negara mempunyai kaedah tersendiri setiap kali menjalankan transaksi kewangan walaupun dianggap pelik dalam konteks moden.

Di England terutama pada Zaman Pertengahan, satu kaedah bayaran amat popular dalam kalangan rakyat setiap kali berurusan ialah belut. Ya, BELUT!

Pada zaman tersebut, duit syiling sudah banyak digunakan tetapi bagi tuan-tuan tanah, mereka bersedia menerima pelbagai bentuk bayaran daripada penduduk seperti ale, telur, gandum dan belut.

Belut amat banyak di sungai-sungai England sehingga membentuk 25-30% daripada keseluruhan populasi ikan di sungai-sungai negara itu. Justeru, para nelayan akan menangkapnya dengan jaring atau lembing dengan empangan di kawasan kilang bijirin merupakan lubuk biasa mereka.

Berikutan banyaknya belut ketika itu, para bangsawan juga tidak mahu ketinggalan mendapatkannya.

Berdasarkan tinjauan Domesday yang dibuat pada tahun 1086, bayaran sewa dalam bentuk belut jauh lebih banyak berbanding sewa dalam bentuk jagung.

Bayaran sewa terbesar dibuat oleh perkampungan Harmston di Lincolnshire kepada Earl Hugh of Chester iaitu sebanyak 75,000 ekor belut setiap tahun.

Bagi tuan-tuan tanah, belut bukan sekadar hidangan pada waktu makan. Malah, ia juga digunakan sebagai cara menyelesaikan hutang mereka dan contoh paling mudah membabitkan pendeta-pendeta gereja Ramsey.

Penyewa-penyewa tanah berhutang dengan mereka lebih 70,000 ekor belut sebagai bayaran sewa dan sebahagian daripada bayaran ini kemudiannya digunakan untuk menyelesaikan hutang mereka.

Namun untuk menjadikan belut sebagai alat transaksi kewangan, bukan bermakna menerima bulat-bulat belut hidup atau baru mati selepas ditangkap ya.

Belut akan diproses terlebih dahulu sama ada menerusi kaedah pengeringan atau penyalaian. Ianya bukan saja memudahkan urusan membawa belut semasa membuat bayaran tetapi memudahkan usaha menyimpan selepas bayaran diterima.

Kebanyakan belut ditangkap pada musim luruh memandangkan pada ketika itu merupakan musim ia bermigrasi ke hilir sungai.

Justeru, ia dianggap masa terbaik untuk melakukannya kerana bayaran sewa yang perlu dibayar penduduk kepada tuan tanah ialah pada permulaan Lent sama ada pada akhir musim sejuk atau awal musim bunga.

Belut menjadi pilihan pada tempoh ini kerana larangan pengambilan daging merah yang disifatkan boleh menaikkan nafsu seksual.

Lantaran itu, pihak gereja mengingatkan orang ramai pada ketika itu bahawa keinginan nafsu sebegini perlu dikawal terutama pasangan suami isteri. Bagaimanapun, pengambilan belut dibenarkan atas alasan ia tidak menaikkan nafsu.

Bagi ramai orang pada ketika itu, belut dianggap pilihan terbaik kerana sentiasa ada dan disangka boleh membiak sendiri tanpa pasangan.

Idea tanggapan ini sudah lama wujud sejak era cendekiawan Yunani, Aristotle dan ia timbul kerana salah faham kitaran hidup belut yang dianggap misteri.

Aristotle.

Belut membiak di kawasan Lautan Atlantik seperti Laut Sargasso sebelum bermigrasi ke daratan dan menuju ke kawasan hulu sungai sebagai ikan kecil yang dipanggil elver.

Dari situ, ia akan membesar dan tinggal di hulu sungai selama sedekad sebelum kembali ke laut untuk membiak dan mati.

Kegagalan Aristotle mengaitkannya dengan elver mendorong beliau membuat teori ikan ini muncul secara tiba-tiba dari lumpur.

Sejak itu, teorinya disebarkan lagi oleh penulis dan cendekiawan lain seperti Pliny the Elder dan Athenaeus. Teori ini terus bertahan sehingga abad ke-16.

Satu sebab teori ini tercetus ialah belut hanya mempunyai ovari dan testis pada akhir riwayat mereka sebelum bertolak kembali ke laut. Aristotle bukan satu-satunya cendekiawan yang gagal mencari organ pembiakan belut.

Pencarian ovari belut hanya berakhir pada tahun 1777 menerusi penemuan dibuat seorang cendekiawan Itali bernama Carlo Mondini. Manakala pencarian testis belut pula hanya diselesaikan 120 tahun kemudian.

Selepas abad ke-13, kutipan sewa belut masih mendapat sambutan di sebalik pengenalan bentuk bayaran baru sewa.

Namun semua itu berubah apabila pandemik wabak bubonik yang dikenali sebagai Black Death menyerang Eropah pada abad ke-14 sekaligus membawa perubahan dari segi wang dan makanan sesebuah negara.

Selepas tahun 1349, daging merah semakin mudah didapati oleh orang ramai sekaligus mengakibatkan penurunan permintaan terhadap belut. Pada masa sama, pengurangan populasi akibat Black Death mendorong lebih banyak wang dalam pasaran.

Sejak itu, permintaan sewa belut terus merosot dan menjelang abad ke-16, sewa belut hilang ditelan zaman.

Artikel turut boleh dibaca dilaman kewangan dan ekonomi kami, The Outlook. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.