Semasa aku masih kanak kanak, aku selalunya akan menunggu rancangan Pokemon di kaca televisyen setiap hari jumaat. Al maklumlah, pada waktu itu semua kanak kanak minat Pokemon, sampaikan aktiviti menangkap Pokemon ini terbawa bawa kepada aktiviti seharian aku dengan menangkap serangga dalam kebun dan semak samun. Buat seketika aku terfikir, wujudkah haiwan realiti yang serupa Pokemon?

Maksud aku di sini ialah haiwan yang mampu meniup api dan sejenis dengannya. Ada kuasa alam, begitu. Tak lama selepas itu, aku menonton rancangan National Geographic bersama ibu pada hujung minggu, dan aku rasa haiwan yang dipaparkan oleh rancangan tersebut adalah yang paling layak dipanggil haiwan Pokemon realiti. Ya, belut elektrik.

Sebagai pemula, belut elektrik sebenarnya bukan lah belut sebenar. Belut elektrik ni dari segi taksonominya lebih dekat dengan ikan belida berbanding belut sebenar. Habitat belut elektrik ini terletak di kawasan air tawar sungai Amazon dan Orinoco.

Seperti namanya, belut elektrik ini mampu menghasilkan elektrik untuk digunakan dalam memburu haiwan. Selalunya yang ramai terfikir ialah belut ni guna daya elektrik untuk sentak haiwan jadi pengsan. Walau bagaimanapun, daya elektrik ini juga boleh digunakan oleh belut elektrik untuk pelbagai jenis aplikasi lain.

Sebagai contoh ialah elektrolokasi. Selalunya yang kita dengar ialah ekolokasi. Dolfin menggunakan ekolokasi melalui suaranya dan apabila suara itu dipantul kembali kepada dolfin, maka dolfin tersebut dapat meneka jaraknya dengan haiwan/benda lain. Teknik ekolokasi ini seterusnya dipakai oleh manusia untuk mencipta teknologi sonar kapal selam.

Elektrolokasi ini lebih kurang sama macam ekolokasi, cumanya yang dihantar bukan daya bunyi, tapi daya elektrik. Bergantung kepada benda apa yang belut elektrik mahu cari, nilai volt elektriknya boleh jadi lain lain. Untuk mengesan alam sekeliling, ia mengguna pakai volt rendah. Untuk mengesan haiwan buruan, volt yang digunakan adalah tinggi.

Sebagai selingan, belut elektrik ini mampu melepaskan volt elektrik sebanyak 860 V. Jumlah volt plag di rumah adalah dalam 240 V.  Jadi, boleh bayanglah dia punya skala kesakitannya.

Kerap kali apabila fakta belut elektrik ini dipaparkan, aku tak banyak jumpa artikel yang menceritakan macam mana proses penghasilan elektrik ini berlaku. Oleh itu, aku nak tambah fakta sedikit berkenaan mekanisme tersebut. Proses penghasilan daya elektrik oleh belut elektrik ini sama dengan mekanisme penghasilan elektrik oleh bateri.

Dalam setiap komponen kimia dan partikel, kita mempunyai proton, elektron dan neutron untuk membentuk sejenis zarah. Melalui tindak balas tarikan-tolakan proton dan elektron, kompoun kimia seperti air boleh wujud. Untuk senangkan pemahaman, proton dan elektron ni macam magnet. Proton ni caj positif, jadi dia akan melekat pada caj negatif seperti elektron

Untuk menghasilkan daya elektrik, kita perlukan elektron tersebut untuk bergerak dalam satu sistem. Cara tersenang untuk buat benda ini adalah dengan meletakkan dua jenis logam berbeza (elektrod) seperti zink dan kuprum dalam larutan bergaram zink sulfate dan kuprum sulfate (elektrolit).

Disebabkan dua jenis logam ini mempunyai caj elektrokimia yang berbeza, maka elektron daripada logam dengan elektrokimia negatif akan bergerak kepada logam dengan elektrokimia positif. Sama prinsip macam magnet tadi. Elektron daripada zink akan merentasi elektrolit kepada kuprum dan kitaran ini akan terus berlangsung. Benda ini sekaligus mencetuskan daya elektrik.

Bagi belut elektrik, mereka tak mempunyai zink dan kuprum untuk dijadikan bateri, tapi mereka ada sel yang bertindak seperti bateri. Sebagaimana bateri yang mempunyai elektrod positif dan negatif, sel elektrogenik belut elektrik juga adalah sebegini.

Ia disusun dengan cara satu sel bercaj positif, dan di sebelahnya bercaj negatif. Perkara ini mewujudkan pergerakan elektron dan seterusnya daya elektrik. Setiap sel ini menghasilkan daya elektrik dengan volt yang rendah, tapi sekiranya semua diaktifkan, menggelupurlah lah kita jawabnya.

Tapi itulah, disebabkan sel elektrogenik belut elektrik ni banyak sangat, belut elektrik ni tak berbaloi untuk dimakan. Dah la daging tak bayak, nak tangkap pun sakit.

RUJUKAN:

Catania, Kenneth C. (April 2019). “Shock & Awe”. Science American320 (4): 62–69.

Froese, Rainer and Pauly, Daniel, eds. (2005). “Electrophorus electricus” in FishBase. December 2005 version.

Keynes, R. D., & Martins-Ferreira, H. (1953). Membrane potentials in the electroplates of the electric eel. The Journal of physiology119(2-3), 315-351.

Xu, Jian; Lavan, David (2008). “Designing artificial cells to harness the biological ion concentration gradient”. Nature Nanotechnology. 3 (11): 666–670. Bibcode:2008NatNa…3..666X. doi:10.1038/nnano.2008.274. PMC 2767210. PMID 18989332.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Comments are closed.