Keadaan ini terjadi kerana otot muka yang melemah kerana kesan inflamasi pada urat saraf muka (facial nerve). Saraf ini yang mengawal otot muka anda. Ia mengalami keradangn/inflamasi dan membengk4k, biasanya berkaitan dengan jangk1tan v1rus. Ianya bukan angin ahmar (strok), kerana angin ahmar biasanya melibatkan separuh badan akan lumpuh.
Dalam kebanyakan kes, kelemahan itu bersifat sementara dan bertambah dengan perubahan ketara pada wajah selama beberapa minggu. Ia berlaku secara tiba-tiba, biasanya di sebelah muka. Purata umur pesak1t berlaku di antara umur 10 dan 40 tahun. Faktor penyebabnya masih kurang jelas. Walau bagaimanapun kebanyakan kes adalah disebabkan oleh jangk1tan v1rus, namun faktor penyak1t juga menyumbang kepada keadaan ini.
Selain itu, penyak1t kencing manis dan jangk1tan telinga juga menjadi punca keadaan ini. Luk4/ radang pada bahagian kelenjar parotid atau kecedraan pada saraf muka hasil suntikan rahang juga boleh menyumbang kepada masalah bell’s palsy.
Ada juga kes yang melibatkan jangkitan b4kteria v1rus seperti rubbella, wabak beguk (mumps), penyak1t kaki, tangan dan mulut (coxsackiev*rus) herpes, dan Epstein-Barr v1rus (Mayoclinic, 2020).
Majoriti pesak1t pulih dalam tempoh 2-3 bulan. Sesiapa sahaja boleh mendapatkan Bell’s palsy dan kesannya kepada kedua-dua lelaki dan wanita adalah sama (Kogilavani, 2019)
Tanda dan Gejala
Otot muka yang lemah membuat separuh wajah anda kelihatan terkulai/jatuh. Mulut kering dan air liur meleleh, dan sebelah mata anda tidak boleh ditutup. Deria rasa akan berkurangan. Tidak berupaya untuk mengunyah makanan. Makanan mungkin akan terperangkap diantara lelangit dan gusi. Minuman dan air liur juga akan meleleh dari tepi mulut. Sesetengah kes tidak mengalami sebarang kesak1tan manakala ada pesak1t akan mengalami kesak1tan dibelakang telinga untuk beberapa hari.
Ujian dan pemeriksaan
Pemeriksaan fizikal akan dilakukan seperti pemerhatian terhadap kelopak mata dan mulut. Gejala awal seperti kelopak mata tidak boleh ditutup membantu doktor dalam proses diagnosis. Doktor juga akan melakukan pemeriksaan pendengaran dan stabiliti tubuh.
Ujian yang disebut elektromiografi. EMG, yang menggunakan elektrod dawai yang sangat tipis yang dimasukkan ke dalam otot untuk menilai perubahan aktiviti elektrik yang berlaku semasa pergerakan dan ketika otot dalam keadaan rehat. Ia dapat mengesahkan adanya keros4kan saraf dan menentukan tahap keparahan dan saraf yang terlibat.
Proses Rawatan
Rawatan fisioterapi antara yang digalakkan dalam proses rawatan. Ahli fisioterapi akan mengajarkan senaman muka yang akan menguatkan otot di muka. Latihan akan membantu untuk menguatkan otot tertentu pada muka dan perlu dilakukan 4-5 kali sehari di depan cermin atau mengikut nasihat fisioterapi anda.
Satu lagi rawatan Fisioterapi adalah stimulasi elektrik. Tidak seperti senaman muka yang anda boleh buat di rumah, stimulasi elektrik ini perlu dibuat dengan pakar fisioterapi.
Stimulasi elektrik menggunakan sedikit elektrik untuk merangsang otot muka yang lemah. Ini akan membantu otot untuk kembali berfungsi dengan baik dan meningkatkan kesihatan otot.. Sewaktu Bell’s Palsy otot muka anda akan berada dalam keadaan lemah dan pada ketika ini stimulasi elektrik adalah untuk memberi ransangan pada pergerakan otot.
Terapi lain seperti terapi fizikal, urut wajah, atau akupunktur mungkin memberikan peningkatan kecil dalam fungsi saraf dan mengurangkan rasa sak1t wajah.
Pembed4han penyahmampatan (decompression) untuk Bell’s palsy, untuk melegakan tekanan pada saraf. Kadang-kadang, pembed4han kosmetik atau rekonstruktif mungkin diperlukan untuk mengurangkan kecacatan dan memperbaiki beberapa keros4kan seperti kelopak mata yang tidak boleh ditutup sepenuhnya atau senyuman bengkok.
RUJUKAN:
- Kogilavani a/p S.Krishnan (2019) Rawatan Fisioterapi untuk Bell’s Palsy, Portal MyHealth. http://www.myhealth.gov.my/rawatan-fisioterapi-untuk-bells-palsy/
- Facial reanimation Mayo Foundation for Medical Education and Research; 2018. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/bells-palsy/diagnosis-treatment/drc-20370034
- Bell palsy. Mayo Foundation for Medical Education and Research; 2020. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/bells-palsy/symptoms-causes/syc-20370028
- Bell’s Palsy Fact Sheet”, NINDS, Publication date June 2018.
https://www.ninds.nih.gov/Disorders/Patient-Caregiver-Education/Fact-Sheets/Bells-Palsy-Fact-Sheet
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih