Ketika umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah, mereka tidak membawa harta atau aset kekayaan bersama mereka. Sebaliknya mereka hanya bersehelai sepinggang untuk memulakan hidup baru di wilayah baru. Suasana ekonomi di Madinah pada ketika itu berada dalam cengkaman monopoli orang Yahudi. Mereka menguasai perdagangan antara kota, pertanian, tenunan pakaian, industri besi dan emas serta pinjaman kewangan dengan riba yang sangat tinggi.

Kisah Pertama

Setelah tiba di Madinah, Rasulullah mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar. Abdul Rahman bin Auf dipersaudarakan dengan Saad bin Rabi’ iaitu antara orang terkaya dalam kalangan Ansar. Saad bin Rabi’ ingin memberi salah seorang isterinya dan separuh hartanya kepada Abdul Rahman bin Auf. Namun, Abdul Rahman bin Auf menolak pelawaan itu sebaliknya berkata, “Tunjukkan aku dimanakah pasar yang paling sibuk dengan perniagaan”. 

Maka Saad bin Rabi’ pun menunjukkan kepadanya Pasar Yahudi Qainuqa. Abdul Rahman bin Auf yang sebelum ini merupakan hartawan dan usahawan di Mekah terus memulakan perniagaan di pasar Yahudi itu tanpa takutkan persaingan. Antara dagangannya adalah perniagaan unta yang selama ini dikuasai oleh orang Yahudi. Beliau menjual unta dengan harga yang tidak setinggi jualan orang Yahudi.

Walaupun margin keuntungannya sedikit, namun beliau telah menarik ramai pelanggan dek kerana harga yang tidak terlampau mahal. Tetapi, setiap unta yang dijualnya tidak disertakan tali pengikat unta. Apabila banyak unta terjual, menjadi suatu keperluan kepada masyarakat untuk mendapatkan tali pengikat unta. Dari sinilah Abdul Rahman bin Auf mula membuat keuntungan dengan menjual tali pengikat unta.

Pengajaran dari kisah pertama adalah, “Peniaga Muslim perlu ada Skill & Strategi Perniagaan”. Apa yang dilakukan oleh Abdul Rahman bin Auf adalah Market Research (cari pasar paling sibuk), Trust through Branding (unta Uthman harganya tidak terlampau mahal seperti peniaga Yahudi) dan Supply & Demand (mengawal harga melalui keperluan masyarakat untuk mendapatkan tali unta).

Kisah Kedua

Ketika di Madinah, selain membina Masjid, antara perkara awal yang lain dibina oleh Rasulullah adalah Pasar. Oleh kerana orang Yahudi memonopoli perniagaan melalui pasar-pasar milik mereka yang antaranya ialah Pasar Qainuqa, maka Rasulullah pergi melihat pasar-pasar Yahudi di sekitar Madinah untuk melihat sistemnya. Baginda bersabda, “Bukan begini pasar kamu (Islam)”. Kemudian, baginda membina pula pasar khas untuk Muslim dengan sistem tersendiri dengan bersabda “Beginilah pasar kamu”.

Pengajaran dari kisah kedua adalah, Rasulullah menyediakan “Platform & Option” kepada para pengguna dan pembeli. Buat apa umat Islam perlu terkongkong dengan hanya pasar milik orang Yahudi jika umat Islam sendiri boleh membuat pasar sendiri dan berjual beli disitu. Kita ada pasaran dan produk sendiri. Dont play their games when we have our own.

Kisah Ketiga

Suatu ketika, Madinah ditimpa kemarau. Orang Madinah sangat memerlukan air, namun telaga yang memiliki air pada ketika itu dimiliki oleh seorang Yahudi bernama Ruumah. Dia mula menindas orang ramai yang memerlukan air dengan harga yang tinggi. Kemelaratan ini disampaikan kepada Rasulullah. Lalu Rasulullah bersabda, “Sesiapa sahaja antara kamu yang menyumbangkan hartanya untuk dapat membeli telaga itu, lalu mendermakannya untuk umat, maka akan mendapat Syurga Allah”

Tahu akan hal ini, Uthman bin Affan segera pergi bertemu dengan Ruumah untuk membeli telaga itu. Namun, Ruumah tidak mahu menjualnya. Maka, Uthman bin Affan menawarkan harga yang sangat tinggi untuk membeli hanya separuh dari telaga tersebut. Ruumah tidak faham bagaimana boleh telaga itu boleh dibeli separuh. Maka Uthman bin Affan berkata kepada Ruumah bahawa masyarakat akan membeli air dari Ruumah pada hari ini dan keesokkannya beli dari Uthman bin Affan pula. Begitulah seterusnya telaga ini digilir-gilirkan.

Setelah Ruumah bersetuju dengan perjanjian itu, maka Uthman bin Affan pulang kepada kaum Muslimin lalu menyeru, “Jangan beli air ketika giliran telaga itu milik Ruumah. Datanglah ambil air sepuas-puasnya ketika telaga itu jatuh pada hari giliranku”.

Maka umat Islam semua menyokong kempen tersebut sehingga menyebabkan Ruumah tidak mendapat sebarang hasil jualan pada hari gilirannya. Namun, dia melihat umat Islam boleh mengambilnya secara percuma pada hari giliran Uthman bin Affan. Lama kelamaan, Ruumah jatuh bankrap lalu Uthman datang untuk membeli seluruh telaga itu dengan harga yang rendah. Ruumah terdesak dan terpaksa menjual seluruh hak pemilikan telaga itu kepada Uthman bin Affan.

Pengajaran dari kisah ketiga adalah, “Community Support” terhadap sesuatu kempen. Sebagai pemegang kuasa pembeli dan pengguna yang kuat, mereka bersatu padu untuk mengikuti strategi kempen tersebut.

Walaupun pada mulanya Uthman bin Affan terpaksa bersusah payah sedikit untuk membeli separuh telaga dengan harga yang tinggi, namun setelah kempen ini berkesan, Uthman bin Affan berjaya memiliki keseluruhan hak milik telaga ini dengan harga yang murah lalu nikmatnya dikongsi semula kepada umat Islam jua.

Kesimpulan

Muslim perlu menjadi peniaga yang mempunyai skill dan strategi perniagaan yang bijak. Seterusnya, Muslim perlu memiliki platform dan option tersendiri. Akhir sekali, tiada guna ada peniaga bijak dan platform disediakan tetapi tidak mendapat sambutan dan sokongan umat. Umat selaku komuniti perlulah bersama-sama membantu ekonomi sesama Muslim.

Walaupun akan mengalami kesukaran diawal usaha, namun dengan 3 keypoint utama ini, maka nikmat keuntungan dibelakang hari kelak akan kembali kepada umat Islam jua. Umat Islam kaya, zakat pendapatan tinggi, akan dikembalikan kepada asnaf-asnaf pula untuk sama-sama membentuk ummah yang mantap ekonominya. Inilah yang dinamakan JIHAD EKONOMI.

RUJUKAN:

  • Kisah Persaudaraan Abdul Rahman bin Auf dan Saad bin Rabi : Hadis Bukhari no 2293 & 2049 dan huraian dari Ustaz Badlishah
  • Kisah Pasar Muslim oleh Rasulullah : Hadis Ibn Majah, “Di suatu tempat yang berjarak hanya beberapa rumah arah barat laut dari Masjid Nabi , Rasulullah mendirikan pasar dangan sabdanya “Ini pasarmu, tidak boleh dipersempit dan tidak boleh ada pajak di dalamnya.”
  • Kisah Telaga Uthman : Hadis Muslim, “Wahai Sahabatku! Sesiapa sahaja di antara kamu yang menyumbangkan hartanya untuk dapat membebaskan telaga itu, lalu mendermakannya untuk umat, maka akan mendapat Syurga Allah”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

IBN JAWI merupakan penuntut bidang Engineering di sebuah universiti. Beliau juga giat dalam pengajian Turath Islami secara Talaqqi Sanad bagi mengimbangi aspek duniawi dan ukhrawi. Beliau yang meminati topik Falsafah, Sejarah dan Politik merangka usaha kebangkitan ummah melalui Kalam & Qalam. Walaupun memiliki aliran pemikiran tersendiri, namun beliau terbuka untuk bertukar pandangan dengan mana-mana aliran pemikiran agar dapat memahami cara berfikir kelompok berlainan.

Comments are closed.