Saya begitu terkesan dengan kiriman (posting) di FB baru2 ini tentang adik beradik yang kelaparan yang selalunya mencari makanan di sampah. Saya kira kejadian ini berlaku di Sabah. Sudah sampai masanya kita belajar dari Uthmaniyah bagaimana menangani masalah kemiskinan.
Rakyat yang hidup dalam daulah Uthmaniyah dahulu pasti tidak akan kelaparan sebegini kerana di merata tempat dalam daulah Uthmaniyah dibina dapur awam. Dapur awam yang dipanggil ‘Imaret’ atau ‘Darul It’am’ ini sentiasa berasap dan menyediakan makanan percuma untuk sesiapa sahaja. Malah ada dapur awam mampu menyediakan makanan untuk ribuan orang setiap hari.
>
Mereka juga tidak akan hidup gelandangan kerana disediakan tempat penginapan untuk orang-orang yang miskin di samping mendapat pendidikan dan perkhidmatan kesihatan yang percuma.
Rahsia bagaimana daulah Uthmaniyah dapat membina ratusan atau ribuan dapur awam serta menyediakan makanan yang percuma pada rakyatnya ialah amalan dan institusi wakaf yang sangat aktif dan utuh. Dari Sultan, pembesar hingga ke rakyat biasa gemar melakukan wakaf. Di samping itu institusi wakaf bijak menguruskan & menjana harta wakaf.
Begitu kukuhnya amalan wakaf dalam daulah Uthmaniyah sehingga sekitar ¾ dari harta negara adalah berasaskan wakaf. Seluruh kemudahan awam seperti masjid, tanah perkuburan, sekolah, perpustakaan, hospital, jalan raya jambatan, empangan, pancuran air, rumah orang miskin, anak yatim & ahli sufi, hotel, caravanserai, tempat mandi awam, pasar, bazar dan sebagainya dibina, dibiayai & diselenggara dengan dana wakaf termasuk dapur awam.
Seorang pakar sejarah Uthmaniyah yang bernama Akgunduz berkata:-
“Disebabkan wakaf, seorang lelaki dalam Daulah Uthmaniyah boleh dilahirkan dalam rumah wakaf, tidur dalam buaian wakaf, diberi makan dengan harta wakaf, belajar di sekolah wakaf dan membaca buku wakaf. Kemudian setelah dewasa, beliau mengajar di sekolah wakaf, menerima gaji dari harta wakaf dan apabila meninggal dunia dia diletakkan dalam keranda wakaf dan dikebumikan dalam tanah wakaf.”
Dana wakaf turut membiayai golongan ibu tunggal yang memerlukan bantuan kewangan, perbelanjaan pakaian dan kasut untuk pelajar yang miskin. Malah perbelanjaan dan kelengkapan pengantin-pengantin yang miskin turut mendapat pembiayaan dari dana wakaf.
Selain itu, dana wakaf dalam Daulah Uthmaniyah juga digunakan untuk membiayai kos pemeliharaan haiwan yang berkeliaran tanpa tuan termasuk makanan dan tempat tinggal haiwan tersebut.
Bayangkan begitu tingginya kebajikan daulah Uthmaniyah sehinggakan binatang berkeliaran pun diberi makan dan tempat tinggal. Ini semua berkat amalan wakaf dalam Islam yang juga memberi natijah kepada kepesatan dakwah Islam oleh Uthmaniyah
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih