Setiap 3 Oktober, orang Korea Selatan akan menyambut Gaecheonjeol (개천절) yang merupakan salah satu Hari Kebangsaan di Korea Selatan.

Orang Malaysia duk bergaduh pasal 31 Ogos atau 16 September yang sepatutnya dijadikan Hari Kebangsaan, orang Korea rilek je ada 5 Hari Kebangsaan: 1 Mac ialah Samiljeol untuk memperingati pengisytiharan kemerdekaan pada 1 Mac 1919; 17 Julai ialah Jeheonjeol untuk memperingati pembentukan Republik Korea (nama rasmi Korea Selatan); 15 Ogos ialah Gwangbokjeol untuk memperingati kemerdekaan daripada Jepun pada 15 Ogos 1945; 3 Oktober ialah Gaecheonjeol; dan 9 Oktober ialah Hangeulnal yang merupakan hari penghormatan tulisan rasmi bangsa Korea, Hangeul.

Secara literal “gae” bermaksud buka, “cheon” bermaksud langit, jadi Gaeocheonjeol bermaksud “hari terbukanya langit”. Menurut lagenda orang Korea, 3 Oktober ialah hari di mana Hwanung (환웅), anak Hwanin (Dewa Langit) turun dari langit ke Gunung Baekdu pada tahun 2457 Sebelum Masihi. Hwanung kemudian berkahwin dengan Ungnyeo (웅녀) yang merupakan wanita jelmaan beruang dan mereka melahirkan anak bernama Dangun (단군). Macam familiar kan? Kisah tu ada dalam cerita Taewang Sasingi yang dibintangi oleh Bae Yong-joon.

Dangun kemudian mengasaskan Gojoseon, negara pertama “bangsa Korea” pada 3 Oktober 2333 Sebelum Masihi. Jadi Gaecheonjeol adalah untuk meraikan Hwanung dan Dangun yang dianggap sebagai “moyang bangsa” (josang) Korea. So hari ni korang boleh nampak muka-muka “Hwanung” dan “Dangun” ada di Korea merata-rata.

Cerita macam ni dengar pun tahu mitos semata-mata. Dan korang mesti ingat perayaan ni ditetapkan pada zaman dulu-dulu zaman feudal kan. Tapi sebenarnya, Gaecheonjeol hanya disambut bermula pada abad ke-20.

Sebelum abad ke-20, kisah Hwanung dan Dangun dianggap sebagai mitos semata-mata. Sejarawan Korea pada zaman Goryeo (918-1392) dan Joseon (1392-1910) mengkaji sejarah pakai metod Confucian yang menekankan fakta dan rekod empirikal. Kisah Hwanung-Dangun hanya terdapat dalam catatan Samguk Yusa yang bagi mereka, bukan catatan sejarah yang kredibel. Jadi mereka menolak cerita Hwanung-Dangun sebagai mitos dan fantasi.

Tapi selepas Korea dijajah oleh Jepun pada 1910, kisah Hwanung-Dangun ni mula dikorek balik oleh cendekiawan nasionalis Korea. Jepun menafikan kemerdekaan Korea berdasarkan hujah “superiority”: orang Korea bukan bangsa, sebab mereka selama ni hanya bernaung di bawah China, pakai adat China, pakai nama China, pakai tulisan China, memakai pakaian China. Jadi adalah natural bagi Jepun menguasai Korea sebab menurut Jepun, pusat tamadun Asia Timur dah beralih dari China ke Jepun. Justeru, nasionalis seperti Shin Chae-ho, Choe Nam-seon dan Park Eun-sik memerlukan satu simbol untuk mengangkat identiti kebangsaan Korea dan membebaskan negara mereka.

Dan mereka menjumpai simbol tersebut dekat Hwanung dan Dangun. Dengan menjadikan Dangun sebagai penanda permulaan sejarah bangsa, nasionalis Korea berjaya construct satu naratif kebangsaan yang bersifat kesinambungan, dari Gojoseon sambung ke Gija Joseon sambung ke Wiman Joseon kemudian ke Goguryeo ke Goryeo ke Joseon. Dengan itu mereka berjaya menaikkan kesedaran kebangsaan orang ramai untuk menyertai gerakan pembebasan negara dan membebaskan bangsa mereka.

Selepas penjajahan Jepun tamat dan Korea Selatan ditubuhkan, perayaan Gaecheonjeol pun diwartakan sebagai Hari Kebangsaan bermula tahun 1949. Korea Utara mula-mula tak sambut sebab komunis tak percaya “tahyul” dan “mitos”. Tapi lama-kelamaan, pemerintah Korea Utara sedar, ideologi komunisme sahaja tak mampu untuk mengabsahkan pemerintahannya.

Jadi pada tahun 1994, Kim Il-sung membina Makam Dangun dan mewarwarkan cerita Hwanung-Dangun di kalangan rakyat. Propaganda kerajaan siap kata Kim Jong-il (anak Kim Il-sung yang mewarisinya menjadi pemimpin tertinggi) juga lahir di Gunung Paektu sama macam Dangun. Jadi tak kira Korea komunis di utara atau Korea kapitalis di selatan, kedua-dua mengangkat kisah Hwanung-Dangun sebagai “national myth”.

Selain orang Korea, bangsa Asia Timur yang lain pun ada national myth dia. Orang Cina sedunia memanggil diri sebagai Yan Huang Zisun (炎黃子孫) yang bermaksud “anak cucu Yandi dan Huangdi”, dua raja lagenda yang dikatakan hidup pada 5000 tahun yang lepas. Susur galur Maharaja Jepun masih bersandarkan Amaterasu yang dikatakan sebagai Dewa Matahari. India dalam Bahasa Sanskrit dan Hindi ialah “Bharat”, merujuk kepada Raja Bharata, watak dalam Mahabharata.

Meanwhile di Malaysia, orang duk layan polemik “Hang Tuah tak dapat dibuktikan” “cerita Sang Sapurba tu semua dongeng”. Bukan benda tu tak betul, memang tugas ilmuwan dan intelektual adalah untuk membezakan fakta dan mitos, cuma kita perlu faham fungsi mitos dalam nation-building. Nasionalisme tak dapat dicipta menerusi rasionalisme, ia sememangnya berasaskan romantisme dan memerlukan sedikit “fantasi” dan “imaginasi” (sebab tu nation dipanggil “imagined” community). Di situ mitos memainkan peranan.

Pada masa kita sibuk “deconstruct” mitos dan naratif lama, kita tak tau apa yang kita mahu “construct”. Jadi tak kira kita pandang ke Timur 10, 20 atau 100 tahun lagi, kita pun tak akan capai apa yang mereka capai sebab kejayaan mereka adalah berlandaskan identiti bangsa yang kukuh, di-sustain oleh “national myth” yang diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Orang Switzerland pun ada national myth pasal William Tell yang sampai hari ni masih tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Apatah lagi bangsa Eropah yang lain. Hmm, maybe tinggal Canada je kot yang boleh jadi model nation-building kita.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.