Pada tahun lepas, seorang lelaki bernama Brian Raymond, 45, didapati bersalah oleh mahkamah Amerika Syarikat kerana kesalahan rogol dua orang wanita dan memiliki bahan sensitif membabitkan 24 orang wanita. Apa yang lebih mengejutkan ialah Raymond merupakan bekas ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA)!

Brian Raymond. Sumber: FBI

Siasatan ke atas bekas kakitangan Kedutaan AS di Mexico itu bermula selepas seorang wanita bogel menjerit meminta tolong dari balkoni apartmen Raymond pada 31 Mei 2020. Selepas wanita itu diselamatkan, dia memberitahu tidak ingat apa-apa dengan memori terakhirnya ialah makan hidangan yang disediakan bekas ejen CIA itu.

Siasatan yang dijalankan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) membawa kepada penemuan bahan-bahan bersifat seksual membabitkan 24 orang wanita dalam alat peribadi Raymond. Kebanyakan gambar memaparkan wanita bogel atau separuh bogel dan dalam keadaan tidak sedarkan diri. Gambar-gambar ini dikatakan telah dibuat seawal tahun 2006 hingga 2020.

Kedutaan AS di Mexico City, tempat Raymond bekerja. Sumber: Marco Ugarte/AP

Kebanyakan gambar turut menunjukkan perilaku bekas ejen CIA itu meraba wanita-wanita berkenaan dan memanipulasi kedudukan anggota badan mereka. Ini termasuk mata, tangan dan kaki mereka. Siasatan FBI turut mendapati wanita-wanita ini mengalami kehilangan memori semasa bersama Raymond dan tidak tahu tentang gambar-gambar membabitkan mereka.

Pemeriksaan sejarah internet bekas ejen CIA itu turut mendedahkan Raymond mencari dadah yang boleh dicampur dengan alkohol dengan tujuan menidurkan mangsa dan mudah dibawa pergi. Antara carian internet yang dibuat ialah ‘kesan sampingan alkohol dan ambien’ dan ‘Ambien larut’. FBI juga percaya Raymond cuba memadamkan semua sejarah internetnya semasa disiasat oleh mereka.

Jika didapati bersalah, Raymond boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup, denda AS$250,000, pengawasan selama lima tahun sekiranya dibebaskan dari penjara dan melunaskan ganti rugi tertentu yang ditetapkan oleh mahkamah. Dengan skala jenayah yang dilakukan dan cubaan memusnahkan bukti semasa disiasat, agak sukar bagi pemangsa seksual ini terlepas daripada hukuman penjara seumur hidup.

Ingin baca bagaimana Jepun cuba menjajah China dan Korea pada waktu silam? Beli buku terbaru The Patriots Kitab Tamadun Jepun di: http://bit.ly/KitabTamadunJepun

Semasa perbicaraan, CIA mengecam sekeras-kerasnya perilaku Raymond yang dianggap mencemar integriti dan maruah agensi berkenaan. Tetapi bagi penulis, ini hanya kenyataan tipikal bagi menyelamatkan air muka mereka.

Hakikatnya, ada ejen CIA tertangkap selepas didapati memuat turun, menonton atau melihat gambar lucah membabitkan kanak-kanak. Lebih mengejutkan, ada yang melakukannya menggunakan komputer yang disediakan agensi dan semasa menjalankan tugas rasmi CIA.

Hal ini didedahkan dalam siri dokumen yang telah dinyahsulit membabitkan pihak agensi dan FBI yang dilepaskan kepada orang awam di bawah Akta Kebebasan Maklumat AS pada akhir tahun lepas. Sekurang-kurangnya, 10 ejen dan kontraktor agensi dikesan FBI sebagai pedofil dalam tempoh 14 tahun. Bagaimanapun, semua identiti mereka ini tidak didedahkan atas alasan privasi dan undang-undang persekutuan.

Contoh transkrip dokumen FOIA berkenaan perilaku keji ejen CIA yang dikesan oleh FBI. Sumber: Buzzfeed News.

Pendedahan ini membawa kepada persoalan sejauh mana agensi perisikan AS itu memandang serius kesalahan seksual yang dilakukan oleh ejen dan kakitangan mereka. Ini kerana dengan menghitamkan semua nama ejen dan kontraktor terlibat, agak sukar bagi Jabatan Keadilan AS (DOJ) untuk bertindak. DOJ juga kelihatan enggan mengejar kes-kes ini walaupun sudah terbukti ia merupakan satu jenayah keji.

Semasa dokumen-dokumen ini didedahkan, CIA bertegas semua individu terlibat telah dikenakan tindakan disiplin secara dalaman. Tetapi tindakan disiplin tidak sama dengan hukuman undang-undang. Tidak mustahil seperti kes Raymond, perilaku sumbang ejen dan kontraktor agensi dipandang sepi selagi mana ia tidak menjejaskan operasi mereka di lapangan.

Ingin baca mengenai sejarah Islam di India? Beli buku terbaru The Patriots, Mughal: Mutiara Islam Di India di: http://bit.ly/PraTempahMughal

Ini mengundang persoalan berapa ramai mangsa di luar sana yang gagal mendapat keadilan susulan sikap pilih kasih CIA. Kalau menyeksa tahanan sahaja dianggap perlu atas nama keselamatan negara, alasan sama pasti digunakan bagi melindungi salah laku ejen-ejen mereka. Apakah ini bermakna CIA dipenuhi dengan pedofil dan pemangsa seksual sebagai tentera ‘perang bayang’ (shadow warfare) mereka?

RUJUKAN

Cormier, A. dan Leopold, J. (2021, 1 Disember). Secret CIA Files Say Staffers Committed Sex Crimes Involving Children. Buzzfeed News.

Simone Mitchell, T. (2021, 29 Oktober). Former CIA employee accused of drugging and molesting at least 24 women. Insider.

Steinbuch, Y. (2021, 27 Julai). Ex-US Embassy staffer pleads guilty to sexual abuse of two women. New York Post.

Sumber gambar: Dennis Brack/Danita Delimont/Imago Images.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply