Pada tahun 1988, sekumpulan anak muda telah menubuhkan kumpulan kugiran bernama Tool. Pada awalnya, mereka bermula sebagai kugiran ‘alternative rock’ kerana pengaruh grunge sewaktu zaman tersebut. Namun, mereka mula beranjak ke arah genre ‘progressive metal’ selepas album ‘Aenima’ dikeluarkan. Berlainan dengan kugiran progressive metal yang lain, Tool menggabungkan alternative metal, sekaligus mewujudkan kelainan tersendiri. Kebanyakan kumpulan prog metal dan prog rock mempunyai elemen ‘synthesizer’ dan ‘keyboard’. Pada tahun 2001, album-karya agung Lateralus dikeluarkan dan mereka berjaya merangkul anugerah Grammy bagi album tersebut.
Saya tak mahu cerita panjang tentang scene prog metal, yang itu saya boleh cerita pada artikel lain. Saya akan teruskan tentang keunikan lagu Lateralus. Jadi, apa yang bagus sangat tentang lagu ni?
Pertamanya, lirik lagu ini disusun dalam corak Fibonacci! Corak Fibonacci ialah sejenis corak berdasarkan kalkulasi yang sentiasa wujud dalam alam sekitar sebagai ratio kecantikan dan fitrah. Operasi corak Fibonacci ini lebih dikenali sebagai Golden ratio.
Bagi menghasilkan bentuk yang cantik, benda tersebut perlulah mempunyai Golden ratio yang berpadanan dengan corak lengkungan di atas seperti objek di bawah:
Daripada kalkulasi Fibonacci, nilai yang kita dapat adalah tak berpenghujung bermula daripada nombor 0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, …Sekiranya kita plotkan graf Fibonacci, corak yang tak berpenghujung akan dihasilkan:
Sekarang, kita lihat susunan korus lirik Lateralus:
(1) Black,
(1) then,
(2) white are,
(3) all I see,
(5) in my in•fan•cy,
(8) red and yel•low then came to be,
(5) rea•ching out to me,
(3) lets me see.
(2) There is,
(1) so,
(1) much,
(2) more and
(3) beck•ons me,
(5) to look through to these,
(8) in•fi•nite pos•si•bil•i•ties.
(13) As be•low so a•bove and be•yond I im•ag•ine,
(8) drawn out-side the lines of rea•son.
(5) Push the en•ve•lope.
(3) Watch it bend.
Kalau anda perasan, lirik ini ditulis berdasarkan corak Fibonacci! Nombornya berdasarkan sebutan suku kata, membentuk 1,1,2,3,5,8… suku kata. Corak kepanjangan lirik korus juga berbentuk seperti graf yang menegak.
Sebagaimana rentak lagu bergenre prog rock dan metal, lagu ini menggunakan rentak masa ganjil dan selalu bertukar seperti lagu Blackened-Metallica:
“Blackened has perhaps the most changing time signatures of any Metallica song. The intro is in 4/4, then 3/4, 4/4 again, and then followed by a 5/4 measure, leading into the 7/4 riff..” – Wikia.
Berkenaan lagu Lateralus, lagu ini pada awalnya menggunakan rentak masa ganjil 9/4, 8/4 (atau 4/4 sebanyak dua kali) dan 7/4. Nombor 987 ini ialah nombor ke-16 Fibonacci:
0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, 233, 377, 610, 987
Permulaan instrumental lagu ini berhenti pada minit ke 1:37. Sekiranya kita tukarkan nilai minit dan saat ini kepada nombor biasa, ia akan menjadi 1 minit + 0.618 minit. Golden ratio mempunyai nilai sebanyak 1.618…Nilai 1:37 ini sekiranya disusun menjadi 13:7 akan membawa tema Fibonacci kerana 13 ialah nilai ketujuh dalam nombor Fibonacci.
Sekarang, mari kita bincang berkenaan interpretasi liriknya.
Verse Lateralus bermula dengan penampakan warna oleh sang penyanyi yang bermula dengan warna hitam, kemudiannya putih dan seterusnya merah dan kuning. Warna ini ialah berdasarkan empat proses warna magnum opus dalam alkimia yakni nigredo (hitam), albedo (putih), citrinitas (kuning) dan rubedo (merah). Penghujung proses ini akan menghasilkan batu hikmat (philosopher’s stone) yang digunakan sebagai bahan mawlihayat, kehidupan kekal abadi. Ayat ‘As below so above and beyond I imagine’ juga merujuk kepada Hermeticisme berkenaan falsafah alkimia. Selepas itu, korus mula masuk.
Over thinking, over analyzing separates the body from the mind
Withering my intuition, missing opportunities and I must
Feed my will to feel my moment drawing way outside the lines
Korus Lateralus membincangan tentang falsafah Descartes berkenaan dualiti minda dan jasad. Descartes berpendapat mind manusia mampu wujud di luar jasad. Berkenaan konteks Lateralus, falsafah dualiti ini menyentuh permasalahan yang wujud akibat kehidupan material kita sehingga kita terlupa tentang kepentingan spiritualiti yang perlu diseimbangkan. Korus ini juga menyentuh falsafah rasionalism-empirisisme berkenaan masalah logikalisme. Apabila manusia terlampau banyak berfikir, kadang kala kita terlepas pandang terhadap benda-benda enteng yang barangkali penting. Empirisisme menyebut ilmu berpunca daripada pengalaman manakala rasionalisme menyebut ilmu berpunca daripada hikmah, ataupun daripada Tuhan. Logikalisme menyisih aspek spiritualiti kerana tak mampu dibuktikan melalui eksperimen dan ini menyebabkan masalah materialisme, di mana kita menolak perkara yang tak wujud secara jasmani seperti aspek rohani. Selepas itu, verse dan korus diulang kembali sampai ke bahagian bridge.
I embrace my desire to
I embrace my desire to
Feel the rhythm, to feel connected
Enough to step aside and weep like a widow
To feel inspired
To fathom the power
To witness the beauty
To bathe in the fountain
To swing on the spiral
To swing on the spiral to
Swing on the spiral
Of our divinity
And still be a human
With my feet upon the ground I lose myself
Between the sounds and open wide to suck it in
I feel it move across my skin
I’m reaching up and reaching out
I’m reaching for the random or what ever will bewilder me
What ever will bewilder me
And following our will and wind we may just go where no one’s been
We’ll ride the spiral to the end and may just go where no one’s been
Bahagian bridge lagu ini dimainkan dengan rentak perlahan sebelum menjadi semkain rancak di penghujung lagu. Berdasarkan rentak perlahan dan juga lirik yang dinyanyikan, sang penyanyi menerima kelemahan diri. Oleh itu, dia cuba mengubah diri dengan menerima permasalahan tersebut. Oleh kerana dia cuba untuk mengubah diri, dia secara tak langsung sedang mengubah dirinya ke arah yang lebih baik. Barangkali ini merujuk kepada konsep eksistensialisme Nietzsche berkenaan perulangan abadi. Sekiranya kita hidup di dimensi di mana setiap kali kita mati, kita akan dihidupkan dengan jalan cerita yang sama. Jadi, apa yang patut kita lakukan? Nietzsche menyarankan supaya kita melawan takdir tersebut. Amor Fati! Cintakan takdir anda dan melawan kembali supaya kita tak perlu menjadi hamba kepada ketentuan takdir. Penggunaan kata ‘spiral’ merujuk kepada corak Fibonacci dalam Golden ratio. Buat pengetahuan semua, Golden ratio ini juga wujud dalam corak DNA. Sekiranya dikaitkan info ini dengan konteks lagu, ia membawa maksud evolusi manusia ke arah yang lebih bagus. Hal ini berpadanan dengan lagu 46&2 dalam album Aenima, juga membawa maksud evolusi manusia daripada 46 kromosom ke 48 kromosom. Lagu ini diakhiri dengan seruan penyanyi supaya terus berevolusi ke tahap yang lebih tinggi.
Spiral out, keep going
Spiral out, keep going
Spiral out, keep going
Spiral out, keep going!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih