Anjing digunakan dalam medan p3rang setidak-tidaknya sejak 3000 tahun yang lalu. Mesir, Yunani, Parsi, Sarmatia, Briton, dan Rom – kesemua tamadun ini pernah menjadikan anjing sebagai anjing p3rang, anjing peninjau, anjing pengawal, anjing penjejak, ataupun anjing penghukum. Walau bagaimanapun, hanya di tangan para c0nquistador Sepanyol anjing p3rang digunakan pada skala melampau dan ia memberikan kesan yang amat dahsyat dalam sejarah penjajahan Dunia Baru.
Christopher Columbus merupakan individu pertama yang menggunakan anjing p3rang di Dunia Baru. Beliau pernah menggunakannya ke atas orang-orang asli Hispaniola pada tahun 1493 dan semasa berlabuh di Jamaica pada 1494. Namun, hanya dalam Pert3mpuran Vega Real pada tahun 1495 barulah Columbus menyedari kemampuan sebenar penggunaan anjing p3rang di rantau itu.
Pada 27 Mac 1495, Columbus dan Bartholomew mara ke pedalaman Hispaniola dengan membawa 200 orang tentera, 20 orang kavalri, dan 20 ekor anjing Mastiff bagi tujuan menvndukkan orang asli Arawak. Pasukan ini dipimpin oleh seorang c0nquistador bernama Alonso de Ojeda yang mempelajari seni penggunaan anjing p3rang semasa terlibat dalam pert3mpuran menentang orang Islam di Granada. Dalam The Pawprints of History: Dogs in the Course of Human Events, Stanley Coren memerincikan babak pert3mpuran tersebut sebagaimana berikut:
“Beliau menghimpunkan anjing p3rang jauh di sayap kanan dan menanti hingga pert3mpuran mencapai kemuncak. Kemudian, barulah beliau melepaskan kesemua 20 ekor mastiff sambil berteriak, “Tomalos!” (terkam mereka). Anjing-anjing ini pun menghambat perajurit-perajurit musuh dan menerpa ke atas tubuh mereka. Habis perut dan tenggorok mereka dibaham. Mana-mana musuh yang tersungkur jatuh pula, teruk dikeronyok hingga putus anggota tubuh mereka. Selesai mengerjakan satu tubuh, anjing-anjing p3rang ini memangsakan tubuh yang lain pula.”
Dalam perlayaran demi perlayaran yang dilakukan ke benua Amerika, ratusan dan bahkan ribuan ekor anjing dibawa masuk. Baka yang paling masyhur ketika itu adalah mastiff, yang boleh membesar sehingga mencapai berat 250 paun dan rahangnya yang besar pula berupaya menghancurkan tulang-belulang manusia. Saiznya yang besar dan rupa parasnya yang bengis sememangnya mampu memutikkan rasa gerun dalam hati sesiapapun yang menjadi mangsanya. Anjing-anjing p3rang ini sering digunakan oleh para c0nquistador masyhur seperti Balboa, Velasquez, Cortes, de Soto, Toledo, Coronado, dan Pizarro sebagai senjata tempur, kaedah hukuman, dan p3rang psikologi ke atas musuh. Namun, anjing yang paling ganas dalam sejarah penjajahan Dunia Baru adalah anjing milik Juan Ponce de Leon yang dikenali sebagai Becerrillo.
BECERRILLO: ‘KERBAU’ YANG DILATIH UNTUK MEMBVNUH
Nama Becerrillo membawa maksud ‘Kerbau Kecil’. Anjing ini adalah jenis mastiff dengan matanya berwarna p3rang dan kulitnya pula kemerahan. Becerrillo dimiliki oleh Juan Ponce de Leon. Namun, ia sering berada di bawah jagaan Kapten Diego Guilarte de Salazar dan Sancho de Aragon.
Asal-usul Becerrillo tidaklah diketahui, namun ia dipercayai lahir di benua Amerika di rumah anjing milik Ponce. Catatan terawal berkenaan Becerrillo datang dari tahun 1511. Pada masa itu, Becerrillo sudah pun disifatkan sebagai seekor anjing p3rang yang menggerunkan.
Ponce de Leon si tuannya adalah individu yang bertanggungjawab men4kluk Puerto Rico. Selepas berlabuh di sana pada tahun 1508, beliau serta-merta memenuhkan kantungnya dengan emas, sebelum kemudiannya memujuk anak Christopher Columbus yang bernama Diego supaya melantiknya sebagai gabenor pulau itu. Ponce kemudian berangkat membawa pasukan tentera dan sejumlah anjing p3rang untuk menvndukkan masyarakat asli di Puerto Rico demi menimbunkan lagi harta kekayaan.
Sejak awal lagi beliau melatih Becerrillo untuk menjadi anjing p3rang yang gagah. Anjing ini diajarkan supaya dapat membezakan antara tentera Sepanyol dan orang asli, menjejak dan menghambat tawanan p3rang yang melarikan diri, serta membvnuh musuh di medan tempur
Sejarahwan Sepanyol kurun ke-16, Bartolome de las Casas menyifatkan Becerrillo sebagai seekor anjing p3rang yang “menyerang musuh dengan ganas dan melindungi rakan dengan berani.” Beliau juga mencatatkan betapa orang asli “lebih takutkan 10 orang tentera Sepanyol yang ditemani Becerrillo berbanding 100 orang penjajah tanpa Becerrillo.”
Becerrillo amat mahir menjejak, membvnuh, dan menakutkan musuhnya. Bagi Ponce, kehadiran Becerrillo dalam kempen penundukkan kaum Taino di Puerto Rico adalah seumpama kekuatan 50 orang tentera.
Memasuki tahun 1512, tuah Ponce de Leon mula berubah arah. Diego Columbus naik iri dengan kekayaan yang diraih oleh Ponce di Puerto Rico. Maka, beliau memujuk raja untuk melantiknya sebagai gabenor pulau itu sekaligus merampas kuasa Ponce secara rasmi.
Lantaran enggan melepaskan impiannya yang mahu menimbunkan harta kekayaan, Ponce pun mendapatkan geran bagi menakluk sebuah pulau yang bernama Bimini. Menurut khabar, pulau ini kononnya dipenuhi dengan emas dan segala macam kekayaan. Justeru pada tahun 1512, Ponce berangkat menuju pulau itu dan meninggalkan Becerrillo di bawah jagaan Guilarte de Salazar dan Sancho de Aragon.
Tidak lama kemudian, Salazar memanfaatkan Becerrillo dalam sebuah pert3mpuran. Pada suatu malam, masyarakat asli melakukan ser4ngan secara mengejut. Namun, Becerrillo sempat menyalak memberikan amaran. Lantas, Salazar pun dengan segera bertindak balas sambil membawa Becerrillo di sisi. Dalam tempoh 30 minit sahaja, Becerrillo berjaya membvnuh 33 orang asli sehingga habis medan tempur itu dipenuhi dengan k0rban.
BECERRILLO MENUNJUKKAN BELAS IHSAN
Walaupun Becerrillo dilatih untuk membvnuh manusia, dalam Pawprints of History karangan Coren, terdapat satu kisah yang cukup menarik perhatian. Kisah ini memerihalkan betapa pada suatu hari, para penjajah Sepanyol berkem di luar petempatan Caparra, Puerto Rico, bagi menanti ketibaan gabenor Sepanyol. Sebagai satu hiburan, Salazar bertindak memberi sekeping kertas kepada seorang wanita tua, lalu menyuruhnya agar menghantar surat itu kepada gabenor.
Sebaik sahaja wanita ini berangkat pergi, Salazar melepaskan Becerrillo dan memerintahkannya supaya membvnuh wanita tua itu. Tatkala hampir sahaja anjing p3rang itu menerpa ke arahnya, si wanita itu pantas melutut dan merayu, “Tolonglah hai tuan anjing. Saya sedang dalam perjalanan untuk menghantar surat ini kepada raja Kristian. Saya merayu pada kamu, hai tuan anjing, janganlah cederakan saya.”
Becerrillo lantas menghidu-hidu wanita itu, lalu berpaling dan beredar pergi. Tatkala kejadian ini diceritakan kepada gabenor, beliau pun membebaskan wanita tua itu dan melarang sebarang tindakan menakut-nakutkan warga awam secara sengaja. Beliau malah menambah dengan berkata, “Aku tidak akan biarkan belas ihsan dari seekor anjing jauh melebihi belas ihsan seorang penganut Kristian.”
KEMATIAN BECERRILLO
Mimpi ngeri terhadap Becerrillo berakhir pada suatu hari dalam tahun 1514, apabila orang asli Caribs dari Pulau Vieques menangkap Sancho de Aragon. Menurut Gonzalo Fernandez de Oviedo y Valdes dalam karyanya yang berjudul 1535 Historio, Becerrillo terus sahaja mengejar orang asli itu walaupun mereka sudah pun menaiki kanu. Dengan mudah, Becerrillo menjadi mangsa bidikan panah. Tentera Sepanyol cuba merawat kecederaan yang ia alami, namun Becerrillo menghembuskan nafas terakhirnya tidak lama kemudian. Becerrillo disemadikan secara rahsia dan menurut Oviedo, pemergiannya lebih diratapi berbanding rakan-rakan lain.
Seperti kebanyakan anjing, Becerrillo bersifat amanah dan setia hingga ke akhir hayat. Becerrillo mungkin telah meragut banyak nyawa, namun pembvnuh yang sebenar tidak lain dan tidak bukan tentulah manusia yang memiliki dan mendidiknya.
TERJEMAHAN:
Joanna Gillan. (19 September 2020). Becerillo: The T3rrifying W4r Dog of the Spanish C0nquistadors. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-ancient-traditions/becerrillo-0014283
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih