Semestinya tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia apabila bercakap tentang peristiwa 13 mei yang menjadi satu titik hitam buat kita semua. Bagusnya sejarah ini, bukan sahaja memberi pengajaran buat kita semua, ia juga semai perasaan hormat dan takut akan undang-undang.
Kota Kuala Lumpur dibanjiri penduduk tempatan semasa pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum pada 10 Mei 1969. Keadaan yang pada mulanya meriah dan selamat itu tidak lama selepas parti Gerakan, bersama sokongan padu ahli mereka berarak di sekitar Kuala Lumpur dilihat seolah olah berbaur provokasi apabila aksi dan kata-kata yang tidak sopan dilaungkan kepada kaum melayu yang akhirnya hanya mencetus kemarahan.
Perarakan yang berlaku pada 10 Mei berbalas dengan perarakan parti UMNO tiga hari kemudian yang mengakibatkan terjadinya peristiwa 13 Mei 1969. Kota yang sebelum ini menjadi tarikan pelancong dan rakyat tempatan untuk meluangkan masa berjalan-jalan bersama keluarga kini berubah jadi pusat rusuhan kaum. Darah berlumuran, ratusan cedera, hampir 10 ribu yang ditahan dan hancur musnah harta benda awam.
Keadaan yang tak dapat dikawal Polis ini membawa kepada proklamasi darurat mengikut perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Kalau sebelum ini kita hanya tahu bahawa Yang di-Pertuan Agong yang mengambil alih kerajaan persekutuan dan negara diperintah oleh tentera, sisi darurat ini hanya sebahagian kecil dari impak yang sebenarnya akan berlaku.
Namun, adakah peristiwa 13 Mei proklamasi darurat di Malaysia buat pertama kali? Secara konteks yang lebih meluas, tidak. Sebelum pembentukan Malaysia pada tahun 1957, Tanah Melayu terkesan apabila terdapat pemberontakan komunis pada tahun 1948 sehingga 1960. Semasa tempoh ini, British telah mengisytihar darurat di beberapa bahagian yang benar-benar terkesan atau dulu dipanggil “hot spot”.
Pada tahun 1964, Tunku Abdul Rahman isytihar darurat setelah berlaku pencerobohan udara dari tentera Indonesia. Hal ini untuk memudahkan Akta Darurat 1964 diluluskan parlimen yang memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengubal peraturan-peraturan darurat yang membolehkan harta benda disita, aktiviti pencarian dan tangkapan dilakukan tanpa melalui proses biasa.
Seperti yang kita dapat lihat, darurat ratanya berpunca dari ancaman. Namun ada juga darurat yang tak berpunca dari ancaman tapi lebih kepada mempercepatkan sesuatu proses. Contohnya, kes Stepehen Kalong Ningkan selaku Ketua Menteri Sarawak dalam usaha Majlis Negeri untuk menyingkirkan beliau dari jawatan tersebut.
Kenapa darurat kalau nak singkirkan Ketua Menteri? Jawapan pendek, prosesnya lebih mudah. Pada masa itu, Parlimen menggubal Akta Darurat yang memberikan kuasa mutlak kepada Gabenor Sarawak dan kuasa untuk mengadakan Majlis Negeri tanpa nasihat Ketua Menteri. Sejurus selepas penggubalan Akta Darurat, Majlis Negeri yang bersidang pada 23 September telah mengeluarkan “vote of no confidence” atau undi tidak percaya ke atas Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri Sarawak dan berjaya singkirkan beliau.
Adakah tindakan ini selaras dengan Perlembagaan Persekutuan? Mahkamah menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytihar darurat sekiranya baginda berpuas hati.
Jadi berbalik kepada soalan adakah peristiwa 13 Mei mencetus pengisytiharaan darurat buat pertama kali? Secara konteks lebih meluas, tidak. Namun, buat pertama kali semasa peristiwa 13 mei, Malaysia melalui situasi rusuhan kaum yang amat teruk sehingga darurat atas dasar keselamatan awam diisytihar.
Sejarah darurat Malaysia mengajar kita bahawa tidak semua pengiisytiharaan darurat memberi kesan yang sama. Contohnya darurat 13 Mei memberi kesan perintah berkurung dan negara telah diperintah secara lebih keras dimana Yang di-Pertuan Agong berkuasa di bawah undang-undang tentera. Manakala, Darurat Sarawak pada tahun 1966 tidak mempunyai kesan sampingan kepada penduduk Sarawak cuma rombakan kabinet sahaja yang berlaku.
Jadi, amatlah penting jika kita memahami sejarah darurat yang telah berlaku dan kesan sampingan yang ia bawa kepada Malaysia sekiranya darurat diisytiharkan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih