Prof Syed Hussien Alatas di dalam bukunya bertajuk Intelektual Masyarakat Membangun telah menghuraikan secara lanjut tentang idea Bebalisme dan Kepandiran Di Kalangan Masyarakat Membangun. Buku ini dikaji dan ditulis oleh beliau kerana beliau memerhatikan masyarakat pada zaman tersebut bermasalah untuk berkembang  yang menyebabkan ketinggalan dari segi politik, ekonomi, kehidupan, sosial dan kehidupan.

Baginya walaupun adanya kaum intelektual pada zaman tersebut yang memiliki pendidikan tinggi malah ada yang mendapat pendidikan barat… tetapi kegagalan untuk menjadi intelek dan kritis menyebabkan kemunduran. Ada pendidikan tetapi bebal dan pandir.

Apa itu Bebalisme? Menurutnya arwah telah merumuskan bahawa bebalisme bukan suatu ideologi, sistem kepercayaan, kebudayaan atau falsafah melainkan sikap berfikir yang lesu, tidak berfikir, tidak terpengaruh dengan logik, lekas percaya, tidak ilmiah, kadangkala kasar, acuh tidak acuh, tidak berdaya cipta dan tidak ada tujuan akhir. Sebagai parasit, bebalisme menyatukan diri di dalam pelbagai kelompok.

Sebagai contoh, orang yang ada ciri-ciri bebalisme tidak menghargai keterangan logis dan empiris atau pemikiran rasional sebaliknya lebih mempercayai hal yang luar batas. Rasa mudah percaya menyebabkan satu kelompok menyebarkan berita tanpa ada keterangan logik, penyelidikan empiris dan pemikiran rasional. Maka Bebalisme akhirnya akan menyebabkan orang berpendidikan buta terhadap pemikiran akhirnya melahirkan masyarakat pandir.

Ciri-ciri orang Pandir yang digariskan oleh arwah pertama tidak mampu mengenali permasalahan. Kedua jika diberitahu masalah tidak mampu menyelesaikannya, ketiga tidak mampu mempelajari apa yang diperlukan. Keempat tidak mempelajari seni belajar dan kelima paling syok tidak mengaku kepandirannya. Ini menyebabkan pentadbir yang berpendidikan selalunya akan membuat keputusan atau berfikir tidak di luar kotak, kritis atau tidak tahu apa yang patut dibuatnya dan mengikut sahaja.

Menurut Richard dan Linda ( 2002 ) faktor yang menyebabkan manusia gagal berfikir secara kritis adalah Hipokrasi, sombong, berat sebelah, malas berfikir, kesetiaan buta, sentimen peribadi, tidak mengendahkan kebenaran, keras kepala, egosentrik dan sosiosentrik dan konformiti. Sifat-sifat sombong, malas berfikir, keras kepala, kesetiaan buta menyebabkan masyarakat mudah terpedaya dengan fakta, maklumat atau idea yang tidak mempunyai autoriti ( Mohd Azhar Abdul Hamid et Al ).

Umumnya pemikiran kritis dan intelek mempunyai sifat-sifat berikut iaitu bersifat kebenaran, kejujuran, tanpa kepentingan langsung, kekuatan hujah, rasional dan objektif. Terlalu banyak contoh bebalisme dan kepandiran yang diberikan. Boleh baca selanjutnya di

Sumber:

Intelektual Masyarakat Membangun. Syed Hussien Alatas. DPB. 1989.

Menyemai Budaya Fikiran Kritis Di Kalangan Masyarakat Malaysia. Mohd Azhar Abdul Hamid et al. Isu-isu Sosial. Penerbit UTM.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang penulis muda dengan salah sebuah syarikat terkemuka. Berpendidikan Sarjana Sains Sosial UKM. Seorang ulat buku dan sukakan sejarah

Leave A Reply