Geng anti-vaksin mungkin meroyan membaca cerita ini tetapi suntikan BCG atau nama penuhnya vaksin Bacillus Calmette-Guerin banyak menyelamatkan nyawa bayi saban tahun dari pelbagai penyakit termasuk tuberkulosis (TB) dan mengurangkan jangkitan penyakit pernafasan.

Dan siapa sangka, suntikan vaksin ini dianggap senjata rahsia dalam melawan Covid-19. Walaupun keberkesanannya melawan penyakit wabak itu masih belum dibuktikan secara saintifik, ia kini diuji dalam ujian percubaan yang sedang dijalankan Australia pada Isnin.

Di Melbourne, saintis-saintis mula menyuntik suntikan BCG atau plasebo kepada ribuan doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan sebagai sebahagian daripada ujian-ujian bagi menguji keberkesanan vaksin tersebut melawan Covid-19. Menurut penyelidik penyakit berjangkit dari Universiti Melbourne, Dr Nigel Curtis, mereka mahu melihat bagaimana vaksin itu dapat mengurangkan risiko tempoh jangkitan dan tempoh bagi peserta kembali bekerja.

Ujian klinikal sama membabitkan 1,000 pekerja kesihatan turut dijalankan di Belanda seperti didedahkan oleh Dr Mihai G. Netea, seorang pakar penyakit berjangkit dari Pusat Perubatan Universiti Radboud di Nijmegen. Seperti Australia, separuh daripada peserta diberi suntikan plasebo.

Di Amerika Syarikat pula, Pengarah Immunologi Hospital Awam Massachussets Dr Denise Faustman pula sedang mencari dana untuk memulakan ujian klinikal sama di Boston. Keputusan awal ujian boleh diperoleh dalam tempoh empat bulan.

Jadi, kenapa suntikan BCG dianggap calon terbaik melawan jangkitan Covid-19? Berdasarkan kajian saintis, vaksin tersebut dilihat melatih sistem imun mengenalpasti dan bertindak terhadap semua bentuk jangkitan seperti virus, bakteria dan parasit.

Vaksin ini terhasil daripada eksperimen yang dijalankan dua pakar iaitu Dr. Albert Calmette dan Dr. Camille Guerin sebagai sebahagian usaha melawan mycobacterium bovis, sejenis penyakit TB yang melanda spesis lembu. Dua saintis ini membiakkan bakteria yang diambil dari tetek lembu dan melakukan perkara sama pada sampel TB lembu selama sedekad.

Hasilnya selepas tempoh itu, sampel TB lembu yang diberi kepada haiwan-haiwan makmal terlalu lemah untuk mengaktifkan penyakit TB lembu. Vaksin ini kemudiannya digunakan buat kali pertama pada tahun 1921 dan digunakan secara meluas selepas P3rang Dunia Kedua (WWII).

Hari ini, BCG banyak digunakan di negara-negara maju dan negara di mana ancaman TB masih wujud dengan 100 bayi diberi suntikan berkenaan setiap tahun. Dan walaupun ia difokuskan kepada TB, ia turut memberi kesan baik seperti meningkatkan sistem imuniti badan, mengurangkan risiko penyakit viral, jangkitan pernafasan dan sepsis.

Menurut Curtis, suntikan BCG menyelamatkan banyak nyawa sama seperti suntikan vaksin polio. Namun, beliau menegaskan ia bukan suntikan spesifik untuk Covid-19 kerana ia tidak boleh diberi kepada individu yang mempunyai sistem imunisasi badan yang lemah.

Walaupun ramai meragui keberkesanan BCG, bagi Dr Faustman pula, apa saja yang dapat membantu semua pihak terutama petugas barisan hadapan amat membantu lebih-lebih lagi sekiranya ia sudah ada. Tambahnya lagi, beliau tidak sanggup menunggu tempoh dua tahun untuk vaksin khas Covid-19 yang dianggapnya sudah terlewat sekiranya lebih banyak nyawa melayang tatkala mendepani wabak berkenaan.

RUJUKAN:

Caryn Rabin, Roni. (2020). Can an Old Vaccine Stop the New Coronavirus?. The New York Times. https://www.nytimes.com/2020/04/03/health/coronavirus-bcg-vaccine.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.