He Jiankui telah didakwa merupakan saintis pertama yang melakukan perubahan gen ke atas bayi menggunakan teknologi CRISPR. Hal ini menimbulkan kontroversi dan kini Jiankui telah dihukum penjara selama 3 tahun.
Teknologi CRISPR adalah teknologi menukar susunan DNA manusia yang mempunyai pelbagai tujuan seperti hentikan jangkitan penyakit dan memperbaiki genetik yang cacat.
CRISPR mempunyai kemampuan untuk mencarik DNA. CRISPR adalah nama pendek bagi “CRISPR-Cas9”. Protein Cas9 ialah sejenis enzim yang bertindak seperti gunting yang mampu menggunting DNA.
Teknologi CRISPR diadaptasi daripada mekanisma pertahanan semula jadi baktera dan archaea. Organisma ini menggunakan pelbagai jenis protein Cas termasuk Cas9 untuk menghalang serang daripada virus.
Apabila komponen ini dihantar ke organisma yang lebih kompleks, protein tersebut membolehkan gen dan DNA diedit atau disunting.
Kerajaan China telah mengutuk berpuatan Jiankui apabila dia mengumumkan dua bayi kembar yang telah disunting gen mereka dilahirkan. Baru-baru ini, bayi ketiga hasil daripada eksperimen Jiankui telah dilahirkan.
Pada November 2018, ketika Jiankui mengumumkan kewujudan bayi kembar tersebut, dia sengaja tidak memberitahu bayi ketiga yang DNA-nya telah disunting. Menurut kenalan Jiankui, bayi tersebut dianggarkan lahir pada Julai 2019.
Ketika tiba bulan Julai 2019, tiada apa-apa berita mengenai kelahiran bayi tersebut. Tetapi pada Januari 2020, kerajaan China telah mengumumkan kelahiran bayi tersebut.
Namun laporan tidak memberitahu status bayi tersebut seperti jantina dan kesihatannya. Malah, tidak diketahui sama ada bayi itu masih hidup lagi ataupun tidak.
RUJUKAN:
- China Quietly Confirms a Third CRISPR-Edited Baby Has Been Born. https://www.sciencealert.com/china-quietly-confirms-there-s-a-third-crispr-baby
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih