Para sarjana masih sedang berbincang tentang asal-usul manusia. Hasil daripada perbincangan mereka, banyak ilmu baru diketahui tentang manusia prasejarah. Jika dulu, manusia prasejarah digambarkan seperti beruk.
Hari ini gambaran ini sudah tidak popular, disebabkan penemuan-penemuan baru. Manusia prasejarah terbukti mengamalkan cara hidup bersebab, makanan dimasak dan perdagangan jarak jauh.
Prasejarah merangkumi suatu zaman antara 5,000 hingga 315,000 tahun lalu. Untuk memahami kriteria prasejarah, 5,000 tahun lalu ialah kebangkitan sejarah bertulis dan 315,000 pula ialah zaman kedatangan manusia moden (homo sapiens).
Setiap masa saintis mendapat ilmu baru yang menambahkan pengetahuan.
Contohnya 12,000 tahun dahulu ialah zaman apabila kambing dijinakkan. Gua Xianren di China pula menyimpan tembikar tanah liat 20,000 tahun dulu.
Tapak Bhimbetka di India mempunyai lukisan berseni pada permukaan batu, yang berusia 30,000 tahun (UNESCO, n.d.).
Saintis siap tahu yang manusia sudah mempunyai pakaian sejak 170,000 tahun dulu lagi (Torrent, 2011).
Senang kata, manusia prasejarah memang pintar dan majmuk. Dan mereka turut mengamalkan sesuatu yang berterusan sehingga hari ini. Sama seperti keturunan setiap zaman, manusia prasejarah tidak hidup selamanya.
Tiba satu masa, mereka balik ke kampung asal sementara jasad menumpang di negeri cacing. Tabiat menanam jasad tanpa roh telah menjadi suatu kebiasaan, seolah-olah ia tiada permulaan pula.
Saintis walau bagaimanapun mendapati bahawa tabiat ini dimulakan jauh sebelum zaman agama-agama moden lagi.
Rahsia ini sudah lama terbongkar. Dari dulu lagi saintis menumpahkan keringat untuk mengeluarkan rangka-rangka manusia prasejarah untuk dikaji.
Antara tahun 1970 hingga 1973 contohnya, enam rangka manusia homo neanderthalensis ditemui saintis.
Salah satu daripadanya men1ngg4l dunia pada umur dua tahun. Semua rangka ini (termasuk rangka bayi) dikeluarkan secara profesional, yakni dibuat begitu rapi dan tidak terjejas keadannya.
Kerana saintis menggunakan teknik arkeologi paling canggih (ketika itu), yang tidak diamalkan di tapak-tapak lain.
Jadi rangka ini berada dalam keadaan baik untuk diteliti. Setelah sekian lama, saintis mencatatkan apa yang ditemui.
Tetapi mereka terlepas pandang satu perkara. Semasa rangka dikeluarkan, saintis terdahulu tidak sedar sesuatu: 47 buah tulang (yang mereka sendiri temui) sebenarnya merupakan tulang daripada rangka yang sama (CNRS, 2020).
Bermakna bayi Neanderthal ini m4t1 dulu… dan 47 tulangnya dikeluarkan (tanpa saintis tahu yang semuanya daripada bayi ini).
Maka saintis-saintis terkini daripada Perancis dan Sepanyol terpaksa kembali ke tapak penemuan di La Ferrassie, Perancis. Antoine Balzeau dan Asier Gómez-Olivencia memimpin sepasukan pakar arkeologi meneliti semula tempat perkvbvran Neanderthal tersebut.
Mereka sudah mengetahui tentang protein, tarikh (carbon dating) dan genetik tulang tersebut. Sekarang mereka hanya perlu meneliti kawasan sahaja. Mereka mengetahui sesuatu yang baru walaupun tidak menemui apa-apa.
Bayi Neanderthal tersebut sebenarnya telah ditanam tanah berbatu dengan kaki menghadap barat. Kepala mulusnya yang ke arah timur sedikit tinggi daripada pinggul. Dan tulang-tulangnya pula terbukti tidak berselerak langsung.
Ini bermakna bayi tersebut tidak tert1mbvs. Sebaliknya, dia dik3bvmikan dengan cepat (masa peng3bvmian dan kem4t1an tidak jauh). Jasadnya tidak disentuh binatang buas (tiada kesan g1g1tan pada tulang).
Maka penemuan ini menambahkan lagi ilmu pengetahuan sains tentang manusia prasejarah. Bayi ini sudah lama m4t1.
Tetapi jasadnya membuktikan satu perkara yang jelas: 41,000 tahun yang lalu, manusia sudah dik3bvmikan. Persoalannya, kenapa bayi ini m4t1?
RUJUKAN:
CNRS. (2020, Disember 9). New evidence: Neanderthals (ditapiskan) their (ditapiskan).
Torrent, D. (2011, Januari 7). Lice DNA shows humans first wore clothes 170,000 years ago. University of Florida.
UNESCO. (n.d.). Rock Shelters of Bhimbetka.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih