Dengan hanya melihat sebuah cermin, pasti ramai yang berkebolehan untuk menilai penampilan wajah mereka sendiri, sehingga menaikan sifat keyakinan diri dan bersemangat untuk berada di tempat yang dikelilingi ramai orang. Tetapi tahukah anda, sebenarnya bayi yang lingkungan 3 hingga ke 6 bulan lebih sudah sudah tahu menilai, mengukur dan mendikriminasikan penampilan dan kecantikan wajah seseorang?

Kajian psikologi dahulu pernah melaporkan bahawa bayi yang sekitar 3 hingga ke 6 bulan boleh diskriminasi dan menilai secara visual terhadap muka perempuan dewasa. Perkara tersebut mengejutkan semua orang kerana tidak disangkakan mereka boleh mendiskriminasikan wajah penampilan seseorang. Para pengkaji lain juga mendapati bahawa bayi melihat wajah lebih lama, jika wajah orang dewasa tersebut lebih menarik berbanding wajah yang tidak.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Ada tiga buah eksperimen yang dikendalikan di University Of Texas Austin, oleh 4 orang ahli psikologis untuk mengetahui sama ada seorang bayi yang berumur 3 hingga ke 6 bulan berkebolehan untuk menilai penampilan seseorang.

Berdasarkan analisa keputusan ketiga-tiga buah eksperiment tersebut, kesetiap bayi-bayi yang diuji memberi keputsan yang signifikan. Bayi-bayi tersebut lebih lama melihat terhadap wajah yang lebih tertarik daripada wajah yang biasa. Keputusan yang lain juga wanita dewasa yang berkulit hitam juga lebih lama dilihat oleh bayi-bayi tersebut. Secara tambahan, bayi sendiri juga boleh menilai penampilan  wajah bayi yang lain, tidak setakat golongan dewasa.

Secara kesimpulanya, Jika seorang bayi itu melihat wajah anda lebih lama,kemungkinan besar penampilan anda tertarik bayi tersebut, tetapi jangan sedih apabila anda mendukung bayi tersebut, tiba-tiba menangis melihat wajah awak, bayi tersebut tidak tertarik atau menganggap wajah anda menakutkan.

RUJUKAN:

Langlois, J. H., Ritter, J. M., Roggman, L. A., & Vaughn, L. S. (1991). Facial diversity and infant preferences for attractive faces. Developmental Psychology, 27(1), 79.

Artikel dikirimkan oleh Hazwan Mohaimin untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.