Baru-baru ini, laman media sosial Jepun kecoh dengan berita ‘batu pembunuh’ Jepun atau Sessho-seki terbelah dua. Ia diberi gelaran sedemikian kerana jika sesiapa cuba menyentuh batu itu, orang tersebut akan mati.

Sessho-seki mempunyai asal-usul mitologi yang menarik. Kisahnya, batu ini pada asalnya mayat seorang wanita bernama Tamamo no Mae. Tetapi jelitawan ini bukan sebarang jelitawan. Namanya itu sebenarnya menyembunyikan identiti sebenar dirinya: kitsune atau musang berekor sembilan.

Mengikut cerita rakyat yang muncul pada Zaman Edo, kitsune muncul di China semasa era pemerintah terakhir Dinasti Shang, Raja Zhou sebagai gundiknya bernama Daji. Daji menggoda baginda menjadi pemerintah yang zalin sehingga membawa kepada kejatuhan dinasti itu pada 1046 SM.

Kitsune kemudiannya melarikan ke Tianzhou (nama Cina untuk India) dan menyamar sebagai Puan Kayo, gundik kepada Putera Mahkota Banzoku (berdasarkan kisah Kalmashapada). Seperti Zhou, Banzoku juga berlaku kejam dengan memenggal lebih seribu orang. Apabila pemerintahan baginda digulingkan, kitsune sekali lagi melarikan diri ke China sekitar 780 SM.

Semasa di China buat kali kedua, dia menyamar sebagai Bao Si, gundik kepada pemerintah Dinasti Zhou, Raja Yu. Perilaku kejam baginda yang dipengaruhi oleh Bao Si membuatkan ramai sedar ini perbuatan musang berekor sembilan. Akibatnya, kitsune sekali lagi dihambat keluar oleh angkatan tentera Zhou.

Si musang masih tidak serik-serik. Setelah semua itu, dia masih mengulangi helah sama – kali ini, di Jepun. Kitsune menyamar sebagai Tamamo no Mae dan menjadi wanita kegemaran maharaja Jepun ketika itu, Maharaja Toba. Bagaimanapun, ini juga mengakibatkan baginda sentiasa gering sekaligus mengundang rasa curiga dalam kalangan pegawai istana.

Lantas, seorang ahli astrologi bernama Abe no Yasuchika dipanggil untuk memeriksa keadaan Toba. Si ahli nujum sedar penyakit baginda dicetuskan oleh faktor luaran berupa seekor musang berekor sembilan. Sebaik melihat Mae, Yasuchika mendedahkan wanita tersebut sebenarnya semangat kitsune.

Murka dengan tindakan kitsune berkenaan, Toba mengarahkan dua orang samurai untuk membunuhnya di lembah Nasu. 200 tahun kemudian, semangat Mae memasuki sebuah batu yang dikenali sebagai Sessho-seki.

Tamamo no Mae bertukar menjadi kitsune semasa dikejar samurai-samurai yang dihantar Maharaja Toba. Sumber: Koleksi H.O. Havemeyer, Muzium Seni Metropolitan, New York.

Sesiapa yang menyentuh batu tersebut akan terhidu gas beracun lalu mati. Tetapi pada akhirnya, hantu kitsune itu dibebaskan daripada batu tersebut hasil tindakan seorang sami Buddha bernama Genno Shinsho. Selepas mengadakan upacara keagamaan untuk kitsune berkenaan, barulah ia dapat berehat dengan aman di alam sebelah sana.

Begitupun, ramai penduduk tempatan percaya batu tersebut masih wujud. Disebabkan kaitan Sessho-seki dengan kisah Maharaja Toba, ia diwartakan sebagai tapak warisan sejarah tempatan pada 1957.

Tetapi Sessho-seki mengundang kegemparan apabila ia terbelah dua pada Isnin lepas. Ramai pakar menyifatkan ia berlaku akibat perubahan masa, hakisan dan cuaca. Tetapi ada juga yang menyifatkan dengan terbelahnya batu tersebut, semangat kitsune kembali bebas untuk meneruskan pekerjaan jahatnya itu.

Ketika ini, pegawai-pegawai kerajaan di peringkat tempatan dan pusat sibuk membincangkan langkah seterusnya berkenaan Sessho-seki. Tetapi bagi seorang pegawai kerajaan di Nasu, dia berharap batu tersebut dapat dibaiki semula agar terus menjadi warisan sejarah tempatan sebagai tatapan generasi seterusnya.

RUJUKAN

Ferguson, I.S. (2012) “The Evolution of a Legend–A Comparison of the Character of Tamamo no mae Portrayed in Muromachi Period Otogizōshi and in the Late-Edo Vendetta Tale, Itoguruma kyūbi no kitsune (The Spinning Wheel and the Nine-Tailed Fox)”. Asian Languages & Civilizations Graduate Theses & Dissertations. Paper 6.

McCurry, J. (2022, 7 Mac). Japan’s ‘killing stone’ splits in two, releasing superstitions amid the sulphur springs. The Guardian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply