Batu adalah salah satu manuskrip yang juga medium ilmu dalam Alam Melayu. Salah satu batu bersurat yang masyhur ditemui ialah batu bersurat Terengganu yang bertarikh 4 Rejab 702 Hijrah bersamaan 22 Februari 1303 Masihi. Keajaiban yang ada pada batu bersurat Terengganu ialah hanya dengan sebongkah batu bersurat itu terzahir satu tamadun manusia yang agak menyeluruh.

Pada batu bersurat Terengganu yang ditemui di Kuala Berang itu terzahir elemen-elemen ketamadunan seperti berikut:-

1) Masyarakat yang beragama Islam

Pada batu bersurat ini jelas terpahat bahawa Rasulullah & para pengikutnya merupakan model yang wajib diikuti serta peranan penguasa untuk meneguhkan Agama Islam.

Masyarakat yang beragama merupakan salah satu ciri masyarakat yang bertamadun. Tambahan pula pada batu bersurat ini terzahir bahawa masyarakat Melayu di Kuala Berang telah pun menganut agama Islam. Seperti sedia maklum, Islam memiliki tamadun dan keilmuan yang tinggi. Maka terdapat kebarangkalian besar bahawa ilmu-ilmu ketamadunan Islam telah dipelajari oleh masyarakat Melayu di Kuala Berang.

2) Memiliki sistem pentadbiran & politik

Pada batu bersurat ini jelas terpahat peranan Raja Mandalika yang bermaksud wakil raja (jawatan seumpama gabenor pada hari ini) iaitu melaksanakan syariat Islam.

3) Memiliki sistem perundangan

Tujuan utama batu bersurat ini ditulis adalah sebagai dokumen undang-undang di mana jelas dinyatakan hukuman termasuk hukum hudud.

4) Memiliki keadilan sosial yang begitu tinggi

Pada batu bersurat ini jelas terpahat bahawa seluruh golongan tidak terkecuali dari menerima hukuman jika melakukan kesalahan termasuk anak madalika (wakil raja) yang turut akan direjam sekiranya terbukti berzina dan telah berkahwin.

5) Pengetahuan ilmu matematik

Pada batu bersurat ini jelas terpahat pecahan angka metematik seperti “sepuluh tengah tiga”, unit ukuran seperti “tahil, paha dan saga” dan nombor ordinal seperti “pertama, keempat, kelima dan keenam.

6) Pengetahuan ilmu falak atau astronomi

Pada catatan tahun batu bersurat ini dinyatakan perkataan “tahun saratan” (sharatan) yang membawa maksud kumpulan bintang yang membentuk dua tanduk kambing biri-biri yang merujuk kepada Buruj al Hamal atau zodiak Aries.

Maka terdapat keberangkalian bahawa masyarakat Melayu Terengganu pada ketika itu telah pun menggunakan alat mencerap langit tamadun Islam iaitu asturlab (astrolabe).

7) Memiliki sistem kalendar

Batu bersurat ini juga membuktikan bahawa orang-orang Melayu telah menggantikan sistem kalendar zaman Hindu-Buddha dengan sistem kalendar Islam di mana padanya terpahat perkataan hari Jumaat & bulan Rejab.

8) Memiliki sistem tulisan tersendiri

Batu bersurat Terengganu turut menjadi bukti awal penggunaan tulisan Jawi selain kitab Bahrul Lahut dan bukti perubahan abjad tulisan Melayu dari rencong/pallawa/kawi kepada Jawi yang berasaskan huruf Arab sama ada dalam bentuk suai-gabung atau pakai terus.

9) Aktiviti ekonomi dan perdagangan

Catatan tentang penggunaan emas, ‘harta denda’, unit sukatan dan aturan bagi pihak yang berpiutang membuktikan kepesatan aktiviti ekonomi dan perdagangan. Pengamalan Islam juga membuktikan Kuala Berang adalah pelabuhan yang dikunjungi oleh pedagang-pedagang Islam dari luar.

10) Pelbagai kearifan tempatan

Proses pemahatan batu bersurat ini boleh membuktikan kearifan tempatan dalam ilmu menempa besi dan kepintaran memilih jenis batu (ilmu geologi). Selain itu, perkataan ‘benuaku’, ‘benua Terengganu’ dan ‘behumi penentua’ boleh membuktikan kearifan ilmu geografi masyarakat setempat.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Undang-undang Islam (LLM), Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Kini sedang menyambung pengajian Doktor Falsafah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengarah Maktab Tamadun Alam Melayu dan Islam.

1 Comment

Leave A Reply