Dulu pernah kecoh pasal satu artifak ini, yang kononnya artifak ini mempunyai teknologi begitu tinggi di zamannya iaitu tamadun Mesopotamia. Sampaikan artifak ini tergolong dalam artifak OOPARTS (Out Of Place Artifacts).

 

Artifak yang saya maksudkan ialah Bateri Baghdad. Bateri Baghdad atau Bateri Parthian ialah sebuah artifak berbentuk pasu tanah liat dan dalamnya terdapat sebatang rod silinder kumprum. Di dalam silinder itu pula terdapat sebatang rod besi.

 

Artifak ini ditemui pada tahun 1936 apabila pengkaji Iraq melakukan penggalian di Kampung Khujut Rabu berdekatan kota Baghdad. Kampung tersebut berusia lebih 2,000 sejak era kerajaan Parthia, kira-kira antara 250 SM dan 224 Masihi.

 

Rupa Bateri Baghdad itu menimbulkan spekulasi dalam kalangan ahli arkeologi, mencari-cari apakah fungsi artifak itu. Teori paling popular ialah Bateri Baghdad itu berfungsi sebagai bateri macam bateri kita guna sekarang.

 

Teori fungsi bateri ini dipopularkan oleh pengkaji dari Kanada bernama Paul T. Keyser apabila menerbitkan artikel pada tahun 1990-an dalam Journal of Near Eastern Studies.

 

Beliau berpendapat bahawa Bateri Baghdad mampu menghasilkan arus elektrik untuk tujuan perubatan, terutamanya rawatan elektrik ke atas anggota badan yang sakit.

 

Rawatan menggunakan arus elektrik pernah dilakukan oleh tamadun Yunani Kuno dan Rom, di mana mereka menggunakan ikan pari elektrik untuk janakan arus elektrik dalam rawatan sakit kepala dan gout.

 

Tapi di Iraq ikan pari elektrik ini tidak menetap di sana, jadi orang Mesopotamia sana mencipta penjana elektrik sendiri menggunakan proses penyaduran elektrik (electroplating). Maka, wujudnya Bateri Baghdad!

 

Dari teori inilah ramai yang percaya bahawa Bateri Baghdad adalah bukti tamadun Mesopotamia adalah yang pertama menjana arus elektrik, sekaligus artifak itu tergolong dalam OOPARTS.

 

Tapi, betulkah teori Bateri Baghdad sebagai bateri yang menghasilkan arus elektrik?

 

Ramai saintis menentang teori Keyser ini kerana mustahil dan tiada sebarang bukti kukuh, terutamanya rekod tentang penjanaan elektrik oleh tamadun Mesopotamia.

 

Lagi satu, banyak pasu tanah liat ditemui di kampung dekat Baghdad yang rupanya sama dengan Bateri Baghdad ini. Maka, saintis lain percaya bahawa artifak itu sebenarnya penyimpan kertas papyrus.

 

Untuk mengkaji apakah fungsi sebenar Bateri Baghdad ini, saintis seluruh dunia perlu ke Muzium Kebangsaan Iraq tapi sayang, akibat peperangan di Iraq pada tahun 2003, muzium itu diserang dan banyak artifak hilang terutamanya Bateri Baghdad.

 

Jadi, Bateri Baghdad tetap dianggap sebagai artifak misteri yang penuh dengan kontroversi. Sama ada artifak itu benar-benar berfungsi sebagai bateri atau tidak, biarlah masa menentukannya.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply