Ada yang berbuka dengan hidangan barbeku hari ini? Mungkin, ada baiknya kita telusuri dahulu apa sejarah di sebalik teknik memasak yang dipanggil barbeku atau BBQ ini.

Penjelajah Sepanyol Gonzalo Fernández De Oviedo y Valdés ialah orang pertama yang menggunakan perkataan barbecoa dalam bahan bercetak pada tahun 1526 dalam Diccionario de la Lengua Española (Edisi ke-2) Real Academia Española.

Tapi, lama sebelum itu, apabila Columbus mendarat di Amerika pada tahun 1492, orang Sepanyol telah melihat bagaimana orang asli Amerika Utara dan Selatan memanggang daging di atas rangka kayu yang dinyalakan kayu api di bawahnya.

Mereka ialah Taínos yang mendiami Hispaniola, Jamaica dan Cuba. Orang Sepanyol memanggilnya sebagai barbacoa. Barbacoa ini adalah untuk menggambarkan cara memasak daging secara perlahan di atas api terbuka.

Penakluk dari Sepanyol kemudiannya menerima gaya masakan panggang ini dan menyebarkannya ke lebih banyak kawasan di Amerika dan seterusnya.

Proses memasak daging secara perlahan-lahan di atas api pada zaman penjajahan awal selalunya dikhaskan untuk potongan daging yang berkualiti rendah yang ditinggalkan untuk orang yang diperhambakan dan berpendapatan rendah.

Daging yang lebih berkualiti sebenarnya tidak memerlukan proses memasak lama yang akan mengurangkan kesegaran rasa daging. Di seluruh kawasan selatan, barbeku telah lama menjadi sumber makanan yang murah, bagi golongan hamba meskipun prosesnya panjang.

Menjelang abad ke-19, teknik masakan barbeku ini semakin terkenal di Amerika Selatan, dan daging babi menjadi daging utama di barbeku. Barbeku memberi kelebihan untuk banyak makanan dimasak sekaligus dan dengan cepat menjadi item menu pilihan untuk perhimpunan besar seperti perayaan gereja dan perhimpunan kejiranan.

Separuh pertama abad ke-20 menyaksikan penghijrahan besar-besaran orang Afrika Amerika dari luar bandar Selatan ke bandar Utara, dan semasa mereka berpindah, mereka membawa resipi ini bersama mereka.

Menjelang 1950-an, premis barbeku milik mereka telah tumbuh di hampir setiap bandar di Amerika. Bersama-sama dengan ayam goreng, roti jagung dan hush puppies, barbeku mula dikenali sebagai hidangan “makanan jiwa” bagi rakyat Amerika.

Hari ini, barbeku adalah antara kaedah memasak yang popular bagi mereka yang inginkan kelainan dalam hidangan daging serta ayam. Malah, di setiap negara berbeza, hidangan barbeku turut mempunyai kelainan yang tersendiri.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.