Mesti ada yang pelik kenapa kami ulas pasal isu semasa ini. Sebenarnya kami ingin berkongsi satu kata-kata falsafah yang sangat relevan dengan cara hidup zaman sekarang. “Apabila sampai ke puncak hidup, di situlah syaitan rasa tergugat dan akan mula mengerumuni kita.”

Pernyataan ini tiada kena mengena dengan agama pun. Definisi “syaitan” itu pula sangat meluas. Senang cakap, apa-apa jua unsur kejahatan ditunggalkan dalam satu perkataan.

Zaman sekarang, mulut orang tidak terbatas. Jari jemari pun boleh berkata-kata. Ada saja yang tidak kena, kerana budaya kecam-mengecam sudah menjadi seperti “escapisme” untuk keluar daripada realiti yang membosankan. Cuba tengok kejayaan Irdina Shahriman.

Dalam kelompok 10,000 pelajar di Virginia Tech, beliau di tempat pertama. Ini bukan institusi di ceruk entah mana hala dalam negeri Kansas. Ini antara universiti berkolej kejuruteraan sangat terkemuka.

Tetapi macam biasa – mulut orang takkan tutup.

Jika ada yang tidak faham, individu ini mempersoalkan, “(Irdina) boleh masak? (Irdina) pandai buat sandwich? Atau (Irdina) pandai basuh pinggan? Kalau tidak, aku rasa tak berbaloi kahwin (dengan Irdina).”

Ada dua benda kena ulas di sini: 1) definisi “sandwich” yang sangat mendalam dan 2) perangai syok sendiri. Kerana kedua-dua perkara ini adalah barah terhadap ummah.

Stereotaip Sandwich Pada Wanita

Segelintir (diulangi semula, segelintir) lelaki berasa sangat tidak senang tengok wanita berjaya. Asal nampak anak-anak gadis berilmu dan petah menyampaikan pendapat, mesti risau dibuatnya. Jadi mereka ini akan cuba apa saja untuk turunkan wanita.

Dulu boleh kacau guna undang-undang. Tetapi sekarang setakat hina sajalah.

Cuba tengok macam mana Hillary Clinton kena kutuk semasa kempen presidennya pada tahun 2008. Ada yang siap buat kumpulan Facebook “Hillary Clinton: Stop Running for President and Make Me A Sandwich.”

Tiada siapa suruh JFK berhenti kempen. Sebab? Barah penjantinaan.

Stereotaip sebegini menunjukkan suatu pemikiran yang “perempuan kena jadi perempuan. Jangan cuba jadi lelaki.” Konteksnya pula, perempuan kena sentiasa lemah. Biar lelaki saja yang berjaya (Smeltz, 2010).

Ada banyak variasi, seperti “love your hair, now iron my shirt” (lawa rambut! Dah pi seterika baju aku.)

Barah Hasil Syok Sendiri

Malas ulas lebih bab stereotaip itu sendiri. Sebab lagi relevan kalau kita bicarakan pasal implikasinya. Zaman media sosial mendedahkan jiwa orang macam mana. Tetapi kalau makin ramai mengeluarkan stereotaip sebegini, berapa lama sebelum agama Islam mula dipandang serong?

Ini belum lagi datang golongan-golongan yang mempertahan dengan hujah “isteri kena dengar cakap suami”. Padahal Islam juga mewartakan asas “sekufu” antara suami dan isteri. Kalau perempuan bijak kahwin dengan lelaki dangkal, memang tidak sekufu jawabnya.

Asas “sekufu” ini bersifat individualisme. Maksudnya, agama Islam tidak meletakkannya sebagai hukum. Jadi kena guna akal sendiri. Namun dalam masyarakat yang tidak faham tentang sekufu, cuba tengok apa sedang berlaku. Ramai dalam kalangan wanita enggan berkahwin.

Ambil contoh Amerika Syarikat. Pada tahun 2007, 39 peratus orang enggan berkahwin. 10 tahun kemudian, statistik sudah meningkat ke 42 peratus (Fry, 2017).

Dalam kalangan 42 peratus, majoriti besar berusia bawah 35 tahun. Maksudnya anak muda enggan berkahwin kerana 1) sangat suka hidup berkarier 2) ingin bebas tanpa kongkongan dalam bab keputusan hidup dan 3) tidak mahu anak (Lusinski, 2018).

Buka minda sikit. Fikir kenapa wanita fikir sedemikian. Berlagak? Tidak. Macam mana masyarakat yang “make me a sandwich” zaman 1990-an boleh lahir generasi “bebas tanpa kongkongan” 20 tahun kemudian?

Sekarang buka mata. Sebab tanda-tanda awal benda ini sudah berputik di Malaysia.

RUJUKAN:

Fry, R. (2017, Oktober 11). The share of Americans living without a partner increased, especially among young adults. Pew Research.

Lusinski, N. (2018, Mei 30). 11 women reveal why they never want to get married. Bustle.

Smeltz, A. (2010, April 19). Make Me A Sandwich? Not On My Watch. State College.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply