Fidel Castro dilahirkan pada 13 Ogos 1926, di daerah Birán, sebuah bandar kecil di timur Cuba. Bapanya Ángel Castro adalah seorang petani tebu yang kaya dari Sepanyol yang pertama kali datang ke pulau itu ketika perang kemerdekaan Cuba (1895-1898). Fidel Castro mendapat pendidikan awal di sekolah Jesuit(Roman Catholic) dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Havana dalam bidang undang-undang, semasa di sana beliau menjadi minat berpolitik dengan menyertai anti rasuah parti orthodox dan mengambil bahagian dalam usaha menggulingkan Rafael Trujillo diktator kejam dari Dominican Republic.
Pada tahun 1950, Fidel Castro telah menamatkan pengajiannya di University of Havana, dua tahun kemudian beliau bertanding untuk pilihan raya Cuba. Sebenarnya pilihan raya tidak pernah berlaku, kerana pada masa itu Cuba diperintah oleh seorang diktator Fulgencio Batista yang membuat rampasan kuasa terhadap presiden kelima Cuba Gerardo Machado pada tahun 1933. Castro bertindak balas dengan merancang untuk memberontak beliau berkata “Dari saat itu, saya mempunyai idea yang jelas tentang perjuangan”.
Revolusi Cuba Bermula
Pada bulan Julai 1953, Castro bersama kira-kira 120 orang melakukan serangan ke atas berek tentera Moncada di Santiago de Cuba.
serangan itu gagal, Castro telah ditangkap dan dihukum penjara 15 tahun dan banyak dari pengikutnya telah dibunuh. Batista yang disokong Amerika Syarikat telah ”mengampunkan” castro dan dibebaskan pada tahun 1955 sebagai sebahagian daripada pengampunan umum. Batista melakukan perkara tersebut kerana untuk menjaga ‘authoritarian image’ beliau.
Akhirnya Castro ke Mexico, di mana beliau bertemu rakan-rakan revolusi Ernesto Che Guevara. Pada tahun berikutnya, Castro dan 81 orang pengikutnya belayar di atas kapal layar untuk pergi ke pantai timur Cuba
Setelah sampai ke destinasi, mereka telah diserang hendap oleh tentera kerajaan. Anggaran hanya 18 orang terselamat dari serangan tersebut termasuk Castro, adiknya Raúl dan Guevara, mereka melarikan diri jauh ke dalam Sierra Maestra Mountains di tenggara Cuba dengan hampir tiada senjata atau bekalan makanan. Menurut Castro, pihak revolusioner merancang serangan semula, pada awal tahun 1957 mereka sudah menarik ramai rekrut dan memenangi pertempuran kecil terhadap Pengawal Luar Bandar(Patrol).
Pada tahun 1958, Batista cuba untuk melenyapkan pemberontakan dengan serangan besar-besaran, perang gerila dilakukan oleh pihak revolusioner bagi melancarkan serangan balas dan akhirnya berjaya menumbangkan rejim Batista pada 1 Januari, 1959.
Castro tiba di Havana seminggu kemudian bagi mengambil alih jawatan perdana menteri.
Fidel Castro mendirikan negara komunis pertama di Hemisfera Barat, selepas mengetuai penggulingan diktator tentera Fulgencio Batista pada tahun 1959. Beliau memerintah Cuba hampir lima dekad, Castro memerintah Cuba sebagai Perdana Menteri dari 1959 – 1976 dan kemudian sebagai presiden dari 1976- 2008 dan akhirnya menyerahkan kuasa pemerintahan kepada adiknya Raúl Castro pada tahun 2008.
Pada masa pemerintahan beliau, Castro telah berjaya mengurangkan kadar buta huruf rakyat Cuba, membina sekolah dan meningkatkan penjagaan kesihatan awam. tetapi telah dikritik hebat kerana mengekang kebebasan ekonomi dan politik. Castro juga mempunyai hubungan yang sangat bermusuhan dengan Amerika Syarikat, terutamanya kerana pencerobohan Bay of Pigs dan Krisis Peluru Berpandu Cuba.
Menurut Fabián Escalante bekas secret service beliau, Fidel Castro terselamat daripada 634 percubaan membunuhnya yang dirancang oleh CIA, antara percubaan membunuh Castro ialah –
1. The poisoned cigar – Curut telah tercemar dengan toksin botulinum yang boleh mengakibat seseorang mati apabila meletakannya di mulut.
2. The exploding seashell plot – Scuba diving antara hobi Fidel Castro, meletupkan kerang laut semasa dalam satu ekspedisi beliau.
3. The Explosives Speech – meletakan bahan letupan dibawah pentas tempat beliau berucap
Fidel Castro meninggal dunia 25 November 2016 pada usia 90 akibat sakit tua.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih