Banjir A.rak London 1814 merupakan kema.langan aneh namun tra.gik dalam sejarah kota London. Petaka ini berlaku pada tanggal 17 Oktober 1814, dengan puncanya datang daripada sebuah kilang a.rak bernama Horse Shoe Brewery. Kilang ini terletak di penjuru Great Russell Street dan Tottenham Court Road, St. Gilles, London Tengah.

Jika mengimbau sejarahnya, Horse Shoe Bre.wery ditubuhkan sebelum tahun 1764 dan mula membuat penghasilan berskala besar pada tahun 1810. Semenjak itu, ia tersohor sebagai pengeluar a.rak terkemuka di kota London.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Tahun yang sama juga menyaksikan kilang milik Henry Meux ini membeli sebuah tangki fermentasi setinggi 6.7 meter yang mampu menampung muatan sehingga 3,500 tong a.rak. Tangki inilah yang menjadi punca berlakunya Banjir A.rak London Bagaimanapun, ia bukanlah tangki paling besar yang dimiliki oleh Horse Shoe Bre.wery. Dicatatkan, kilang tersebut mempunyai sebuah tangki lain yang mampu menampung muatan sehingga 18,000 tong a.rak.

Sebagai langkah keselamatan, tangki-tangki fermentasi ini kebiasaannya diikat dengan rantai besi yang kukuh. Namun pada tengah hari tanggal 17 Oktober 1814, kerani yang bernama George Crick melaporkan yang salah satu rantai pengikat tangki tercabut. Beliau bagaimanapun tidak mengambil peduli kerana keadaan sebegitu memang biasa berlaku dua-tiga kali dalam setahun.

Tambahan, majikan Crick sendiri bersikap lewa dan mengarahkan Crick supaya menulis sepucuk surat kepada penyelenggara bagi menangguhkan tarikh pembaikian rantai tersebut.

Sekitar sejam selepas Crick selesai membuat kerja-kerja pemantauan, telinganya menangkap suatu bunyi letu.pan yang datang dari arah gudang tempat tangki tadi berada. Letu.pan tersebut kemudian disusuli oleh letu.pan tangki-tangki lain.

Menurut laporan Crick, muatan keseluruhan tangki yang mele.tup ini bersamaan dengan 8,000 – 9,000 tong a.rak (bersamaan 320,000 gelen) sekali gus mengakibatkan banjir setinggi 15 kaki yang membadai kawasan kejiranan St. Giles.


Suasana di ruangan dalam sebuah kilang a.rak kurun ke-19 yang dipenuhi tangki-tangki besar

Permukiman ini disifatkan sebagai permukiman kumuh (tidak teratur, kotor, dan terpinggir). Oleh kerana itu, ia tidak mempunyai sistem saliran mahupun longkang yang membolehkan banjir tadi surut. Akibatnya, ombak a.rak yang menggulung ini pun menghentam bangunan-bangunan kediaman di sepanjang laluannya. Antara kawasan yang paling terjejas ialah New Street, di mana kebanyakan mang.sa kor.ban berasal dari sana.

Sejarah bagaimanapun mempunyai rekod-rekod yang berbeza berkaitan identiti mang.sa kor.ban. Lima daripada mereka merupakan tukang ratap yang sedang meratapi kema.tian seorang budak lelaki berusia dua tahun yang mening.gal dunia pada hari sebelumnya.

Dua mang.sa lain terkor.ban sewaktu menikmati secangkir teh. Mereka ialah seorang wanita bersama anak perempuannya yang berusia tiga tahun. Mang.sa kelapan pula ialah seorang remaja yang sedang bekerja mencuci periuk di belakang pub Tavistock Arms – terbunuh akibat dihem.pap dinding pub yang run.tuh.

Kilang Horse Shoe Bre.wery

Kononnya, penduduk di kawasan banjir mengambil kesempatan untuk mendapatkan a.rak percuma dalam kejadian ini. Namun, tiada sebarang catatan kontemporari yang mampu mengesahkan dakwaan tersebut. Apa yang pasti, mereka lebih mengutamakan kerja-kerja mencari dan menyelamat mang.sa banjir, khususnya yang terperang.kap di sebalik run.tuhan bangunan.

Laporan akhbar pada masa itu juga menyatakan bahawa penduduk setempat memberikan kerjasama dengan tidak membuat bising supaya memudahkan usaha mengesan kedudukan mang.sa yang terperang.kap.

Sebaik banjir surut, pihak berkuasa menjalankan penyelidikan bagi mencari punca kejadian. Anehnya, kilang Horse Shoe Bre.wery tidak dikenakan sebarang pendak.waan. Kata pihak berkuasa, banjir tersebut adalah kehendak Tuhan yang tidak boleh dielakkan walaupun jelas sekali ia berpunca daripada sikap cuai.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Lebih aneh, kilang tersebut dikecualikan daripada cukai mengikut kadar kerugian yang mereka alami. Sementara keluarga miskin yang menjadi mang.sa pula langsung tidak menerima sebarang bentuk pampasan.

Operasi kilang Horse Shoe Bre.wery terus dilanjutkan sehingga tahun 1921 sebelum ia berpindah ke Nine Elms Brewery. Premis lama ditutup dan diro.bohkan. Tapaknya kemudian digantikan dengan Dominion Theater yang dibina pada tahun 1928 dan masih berdiri sehingga ke hari ini.

TERJEMAHAN
Wu Mingren. (1 Mac 2019). Forgotten Disaster: The Great London Be.er Flood that Kil.led Eight People. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.