Penggunaan gαnja atau cαnnabiss bukanlah sesuatu baharu yang wujud pada abad ini, sebaliknya gαnja sudah digunapakai dalam pelbagai jenis rawatan sejak zaman Mesir Kuno lagi.

Penggunaan gαnja yang bersifat ‘universal’ banyak mempengaruhi sebahagian budaya masyarakat di dunia yang memanfaatkan dari tumbuhan ini.

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Tamadun Cina juga tidak ketinggalan mewarisi kegunaan pokok cαnnabiss ini apabila ahli arkeologi di China telah menemui bukti di sebuah makam berusia sekitar 1,300 tahun di mana ia mengandungi biji-biji gαnja bersaiz besar.

Satu kajian baru telah mendedahkan bahawa gαnja di China bukan sahaja ditanam untuk membuat pakaian dan minyak, tetapi ia juga digunakan untuk faedah perubatan.

Makam berusia 1,320 tahun ini ditemui secara tidak sengaja pada tahun 2019 semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan di sebuah sekolah rendah di Taiyuan, wilayah Shanxi.

Makam tersebut mengandungi jasad/kerangka seorang panglima p3rang bernama Guo Xing di mana beliau terb4nuh dalam satu siri pertempuran berdarah di semenanjung Korea.

Makam ini dianggap luar biasa kerana dihiasi dengan lukisan dinding berwarna-warni, ahli arkeologi menemui timbunan beberapa barangan kubur dan artifak pengebumian di dalam balang tanah liat yang dipelihara dengan baik.

Antara Lukisan Dinding Yang Ditemui Pada Makam Purba Selain Benih Gαnja

China dan tumbuhan cαnnabiss mempunyai sejarah yang sangat lama, dan ia telah lama digunakan untuk tujuan berkhayal atau ‘high’, manakala biji benihnya dimakan dalam kuantiti yang banyak sebagai faedah pemakanan ber’nutrisi’.

Perbezaan Gαnja Di China Zaman Purba Dan Dunia Moden

Begitu baik kualiti pemeliharaan makam purba ini sehinggakan apabila saintis melihat benih gαnja melalui mikroskop, mereka mendapati beberapa biji benih masih dalam keadaan baik dan warna asalnya tidak luntur. Dalam jurnal Arkeologi Pertanian, kajian mengatakan bahawa benih purba itu hampir dua kali ganda lebih besar daripada biasa, ini membawa maksud ia berbeza secara genetik daripada strain kanabis hari ini.

Manusia mempunyai sistem endokannabinoid (ECS) yang kompleks atas sebab tertentu. Badan kita telah membangunkan keupayaan untuk memproses secara metabolisme terhadap kanabinoid – sebatian kimia semulajadi daripada tumbuhan gαnja. Walaupun THC dan CBD adalah kanabinoid yang terkenal secara komersial, terdapat lebih 100 jenis yang berbeza di mana semuanya memberi kesan berbeza pada tubuh manusia.

ECS mengawal pemprosesan emosi, tidur, ingatan, kawalan rasa sakit dan tindak balas keradangan dan imun.

Aspek penting yang diperhatikan adalah manfaat kesihatan, sehingga teks Cina Kuno merekodkan Wu Gu (gαnja) sebagai salah satu daripada lima tanaman makanan ruji.

12,000 Tahun Gαnja Di China

Kajian baru mengatakan gαnja pertama kali dikenalkan di China sejak 12,000 tahun lalu. Menjelang 6,600 SM, tumbuhan itu telah diambil dalam dos yang tinggi untuk mendapatkan kesan halusinasi dalam upacara ritual.

Benih gαnja yang ditemui pada makam purba itu merupakan daripada keluarga tumbuhan Cαnnabiss sativa yang berasal dari Asia Tengah. Tumbuhan ini secara amnya memberi kekuatan dan tenaga berbanding dengan Cαnnabiss indica dari India yang mewujudkan perasaan santai dan tenang.

Biji Gαnja Yang Ditemui

Dalam penemuan itu, Biji gαnja disimpan dalam periuk tanah yang diletakkan di atas keranda Guo Xing termasuk beberapa jenis bijirin lain. Ini bermakna konsepsi penggunaan gαnja sudah wujud dalam budaya masyarakat Cina kuno yang menganggap biji gαnja sebagai makanan penting dalam perjalanan si m4ti ke alam akhirat.

Selain menanam, biji gαnja juga digunakan dalam masakan bubur. Pengambilan biji gαnja menawarkan banyak manfaat pemakanan tetapi tanpa sebarang kesan psikoaktif(macam kesan dadah).

Jemput beli buku imprint Fiksyen The Patriots di http://bit.ly/PraTempah

Gαnja sudah lama ‘bersahabat’ dengan manusia sejak zaman purba. namun kelebihan gαnja, adakah ia memberi manfaat kepada manusia sentiasa menjadi polemik sebahagian masyarakat hari ini. ada yang menyokong berdasarkan kajian saintifik, selebihnya menolak kerana melihat cara menghalalkan kegunaan gαnja adalah justifikasi golongan bani tenang untuk terbang ke bulan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Leave A Reply