Semalam, team Twitter The Patriots ada menaikkan thread mengenai golongan dalam Bangsar Bubble, dan betapa thread tersebut menjadi viral sehingga di RT lebih 9000 kali, dan menjadi trending nombor satu di Twitter.

Bangsar Bubble ni adalah satu terma merujuk kepada golongan yang hidup senang dan berpendidikan berbanding majoriti rakyat Malaysia. Mereka tinggal di koridor Bandaraya Kuala Lumpur. (Jangan ambil secara literal, boleh jadi golongan ini tinggal di bandar besar yang lain).

Jadi, bila ada isu berkaitan hak asasi manusia, kebebasan kehakiman, kebebasan media, statut-statut antarabangsa, reformasi syarikat berkaitan kerajaan, dan lain-lain, merekalah yang orang pertama bangun lantang membantah, menyokong dan berdemo.

Nak tahu siapa yang jadi aktivis LGBT? Nak tahu siapa yang terlebih berkempen untuk BLM sampai menyerang budaya dan tradisi Melayu? Nak tahu siapa yang menentang hak 153 orang Melayu seperi UiTM, MARA etc? Nak tahu siapa yang mengatakan Melayu pendatang. Inilah golongan dalam istilah Bangsar Bubble tersebt. 

Golongan elit bandar ini adalah penentu populariti bakal pemerintah di kawasan urban. Dan hanya ahli politik yang tunduk dan berpemikiran seperti meraka sahajalah yang layak menang di kawasan mereka.

Masalah pada golongan elit bandar dan anak-anak mereka yang bersepah di Twitter ini, mereka tidak memahami naluri majoriti Melayu yang lain, dan berpendapat bahawa mereka membawa suara majoriti Melayu.

Mereka juga menganggap kebolehan berbahasa Inggeris sebagai ukuran kepandaian. Bercakap Melayu ni macam allergic sangat, dan nampak low class. Sebab tu golongan yang perjuangkan semua ni kau akan nampak 24 jam speaking nak nampak “intelektual.”

Sampai level ada seorang influencer ni buat #challenge cakap Bahasa Melayu penuh sepanjang hari dia. Seorang Melayu membuat cabaran bercakap Bahasa Melayu selama 24 jam tanpa perkataan English walaupun SELURUH HIDUPNYA TINGGAL DI MALAYSIA. Ya, itulah golongan dalam bangsar Bubble.

Dan dek kerana mereka ini lantang menyerang segala perkara berkaitan dengan Melayu, dan kebetulan dalam waktu yang sama, mereka sedang menolak kelompok Melayu majoriti menjadi jauh ke kanan dan ke kanan. Dan kebetulan kebanyakan mereka sokong PH, maka tempiasnya kena ke PH.

Di media sosial yang kebanyakan tak dikuasai oleh urban Malay ini, contohnya macam FB, maka PH dikecam oleh majoriti Melayu yang konservatif sebagai membawa ancaman kepada identiti Melayu-Islam di Malaysia.

Korang tahu tak kalau di Twitter, sokongan kepada PH masih tinggi, tapi kalau ke FB, IG dan seumpama dengannya, populariti PH semakin jatuh kerana isu-isu berkaitan dengan Melayu. Tengok Poll dibawah ini yang dibuat oleh sebuah organisasi.

Nampak kan perbezaan besar? Netizen FB yang terdiri daripada Melayu urban yang jijik dengan kelompok BB, Melayu kampung dan pinggiran bandar, sedang menunjukkan respon mereka menolak pemikiran Bangsar Bubble yang tampak menguasai PH buat masa ini. Atau itu yang mereka nampak…

Cuba bawa isu macam consent, LGBTQ, tuduh Melayu pendatang, nak hapuskan UiTM semua bagai, anda akan dikecam oleh mob attack yang anda sendiri tak tahu datang dari mana. Bahkan isu perbincangan di Twitter ni diejak oleh pelbagai meme oleh netizen FB.

Betapa orang Melayu sangat bencikan golongan Bangsar Bubble ni, korang tahu tak yang Najib Razak yang sebelum PRU dulu sama level dibenci di FB macam dia terima kat Twitter, diangkat menjadi hero kat sana? Satu post Najib boleh mencecah sehingga lebih 100K Likes dengan pujian-pujian daripada majoriti Konservatif.

Warga Twitter yang terperangkap dalam bubble tersendiri mesti pelik kenapa Najib yang terpalit dengan isu korupsi tiba-tiba dipuja sedemikian rupa? Sama juga macam Trump di US. Korupsi, rasisme, dan skandal seks menyelubungi batang tubuh Trump. Tetapi kenapa Trump boleh menang?

Tapi sebab Demokrat diselubungi SJW, Libertard, maka masyarakat US menunjukkan penentangan mereka ke atas ideologi yang dianut oleh golongan dalam Bangsar Bubble, atau dikenali di US sebagai Liberal Bubble maka masyarakat US menunjukkan penentangan mereka ke atas ideologi yang dianut oleh golongan BB ini dengan memberi undi mereka ke atas Trump.

Di Malaysia, terutama ketika PH menjadi kerajaan, masyarakat Melayu-Islam yang Konservatif melihat golongan dalam Bangsar Bubble dan suara-suara Liberal menguasai PH. Kemuncak kepada rasa jijik mereka ialah Perhimpunan Anti ICERD. Laporan mengatakan lebih 200 ribu manusia berhimpun di Kuala Lumpur.

Mesti ada masyarakat Twitter yang berasa pelik, mereka tak pernah nampak pun suara Konservatif sebesar ini, tetapi kenapa boleh seramai ini yang turun membantah ICERD? Slogan yang dibawa oleh Melayu majoriti ketika perhimpunan ini semuanya membantah perjuangan golongan dalam Bangsar Bubble di Twitter.

Dekat mana suara anti Monarki kuat berdendang? Twitter. Dekat mana suara perjuangan melawan 153, UiTM, kuat dilaungkan? Twitter. Dekat mana perjuangan angkat LGBT paling harum mewangi? Twitter.

Jadi, ini membuatkan orang Melayu semakin marah, lantas kemarahan mereka diterjemahkan dalam perhimpunan ICERD, menjadikan perhimpunan terbesar pernah menghimpunkan Melayu-Islam dalam sejarah Malaysia.

Bahkan kejatuhan kerajaan PH tempoh hari, disambut dengan gembira di FB atas alasan jatuhnya sebuah kerajaan Liberal, anti-Melayu-Islam, anti raja2 Melayu dan perlembagaan. Tidak seperti di Twitter, populariti Tan Sri Muhyidin memuncak dikalangan Konservatif.

Masyarakat Melayu-Islam majoritinya Konservatif dah tak peduli pada kerajaan pintu belakang, tak peduli pada korupsinya UMNO-BN, atau PAS menjual agama, tapi dek kerana golongan dalam Bangsar Bubble yang terlalu lantang menentang identiti Melayu, agama Islam, raja-raja Melayu.

Mereka melihatnya sebagai ancaman yang lebih besar berbanding isu korupsi, 1MDB dan sebagainya. Selagi PH tak bersihkan identiti mereka dengan golongan dalam Bangsar Bubble yang beraja di Twitter, amat sukar untuk PH mendapatkan kepercayaan Melayu-Islam ini.

Akibatnya, seperti di US apabila rakyat US memilih Trump, Melayu-Islam berpaling kepada BN, PN, Najib, UMNO, Haji Hadi, sebagai bentuk perlawanan mereka ke atas ideologi golongan-golongan Liberal dan SJW di Twitter.

Bila difikirkan semula, tak hairan kenapa PN begitu bersungguh-sungguh mahu PRU dalam waktu terdekat kerana mereka yakin boleh menang kerana suara majoriti Melayu-Islam dibelakang mereka, dek kebencian majoriti kepada SJW dan Bangsar Bubble.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.