Sehingga hari ini, kes positif COVID-19 di Bangladesh telah melebihi 12 ribu kes dengan 199 kemat1an. Populasi negara ini adalah sekitar 131 juta penduduk. Kes pertama dikesan pada awal Mac lagi. Dua orang lelaki dan seorang perempuan telah dikesan positif. Dua darinya baru pulang dari Italy dan seorang lagi ahli keluarga terdekat (Kamran R.C, 2020).
Pada 17 Mac, rakyat Bangladesh akan menyambut hari kelahiran pengasas negara itu iaitu hari lahir Syeikh Mujibur Rahman. Beliau adalah perdana menteri pertama Bangladesh. Sambutan besar-besaran diadakan saban tahun untuk memperingati jasa beliau.
Disebabkan tiga kes positif COVID-19 itu, pihak kerajaan telah menangguhkan sambutan itu buat sementara waktu. Beberapa program yang melibatkan keramaian juga dibatalkan untuk mengelakkan perhimpunan sosial secara besar-besaran. Ini langkah awal untuk mengelakkan penularan wabak v1rus ini.
Pada awal Februari, kerajaan Bangladesh telah membawa keluar rakyatnya yang berada di Wuhan. Sebanyak 312 orang ditelah diterbangkan dari China kemudian menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu. Tiada yang dikesan positif v1rus ini di kalangan mereka. Kedutaannya di China menyatakan sebanyak 5760 rakyatnya berada di China (Muktadir Rashid, 2020)
Pada 16 Mac, pihak kerajaan telah menutup semua institusi pelajaran. Disebabkan kes yang semakin meningkat, pihak kerajaan melaksanakan sekatan pergerakan(Lockdown) untuk semua rakyat bermula 26 Mac. Penambahan tempoh Lockdown diteruskan sehingga 16 May ini.
Pada 25 April lalu, seramai 251 doktor telah positif COVID-19 susulan masalah kekurangan peralatan perlindungan diri (PPE) dan jangkitan melalui pesakit yang dirawat (berita harian, 2020). Pada tarikh 1 May, seramai 881 orang anggota perubatan telah disahkan positif iaitu 392 doktor, 191 jururawat dan 298 staff kesihatan lain-lain (SM Najmus Sakib, 2020)
Seorang pesakit telah didiagnos demam denggi tetapi dikesan positif COVID-19 pada 29 April di sebuah hospital, St. John Vianney Hospital. Seramai 22 orang staff telah dijangkiti dan pihak hospital terpaksa menutup fasiliti itu. Semua staff hospital itu diarahkan menjalani kuarantin di fasiliti hospital dan rumah untuk mengelakkan jangkitan lain.
Disebabkan tidak mahu merawat pesakit COVID-19, enam doktor telah digantung tugas kerana gagal hadir kerja. Kerajaan Bangladesh melalui perdana menterinya, Syeikh Hasina telah memaklumkan imbuhan kepada semua staff perubatan yang telah berbakti dalam krisis ini.
Dalam tempoh lockdown yang dianjak sehingga 16 May ini, kilang pakaian dibenarkan untuk kembali beroperasi sejak hujung bulan lalu. Bangladesh adalah antara pengeluar terbesar dalam sektor pembuatan pakaian dunia. Lebih kurang 10 ribu akan kembali bekerja dalam sektor ini. Majikan perlu menjaga kebersihan dan keselamatan pekerjanya sepanjang tempoh mereka bekerja.
Walaupun masjid ditutup, orang masih datang untuk bersolat diluar masjid dalam tempoh lockdown. Disebabkan desakan rakyatnya, masjid juga kembali dibuka untuk ibadan solat berjemaah sejak hujung bulan lalu. Semua orang yang hadir perlu menjaga jarak sosial dan kebersihan. Ruang solat perlu dibersihkan sebelum digunakan dan semua orang yang masuk perlu mensanitasi tangan.
Semua orang perlu memakai topeng muka. Orang yang sak1t, warga emas dan kanak-kanak turut dilarang daripada menyertai solat berjemaah (Kamran R.C., Sharif Khiam. 2020) Walaupun terdapat beberapa pihak yang tidak setuju dengan langkah ini, aktiviti solat berjemaah tetap berjalan seperti biasa.
Bangladesh juga mencatatkan kes positif COVID-19 di sebuah penjara pada 22 April lalu. Seorang doktor yang bertugas di penjara telah dihantar ke Dhaka Medical College Hospital (DMCH) telah dijangkiti v1rus ini. Empat orang rakan sekerjanya dikuarantin selepas dia dikesan positif. Beberapa orang penghuni penjara turut dikesan mengalami simptom dan dikuarantin.
Lebih menyedihkan lagi, satu kes bvnuh diri dilaporkan pada 25 Mac lalu selepas dia merasakan dia positif COVID-19 padahal dia tidak menjalani ujian di hospital. Lelaki ini pulang dari Dhaka ke kampungnya dan mengalami simptom demam dan penurunan berat badan. Dia telah dipulaukan oleh penduduk kampung sehingga menjejaskan emosinya. Disebabkan dia takut akan menjangkiti orang lain, dia mengambil langkah membvnuh diri.
Dalam situasi ini, sokongan dan perhatian daripada ahli keluarga terdekat amat penting. Dia bukannya meminta untuk dijangkiti (walaupun dalam kes ini dia bukan confirmed positif) wabak virus ini.
Sama juga dengan orang lain yang telah sembuh, janganlah kita pulaukan orang yang dah discaj dari hospital. Saya tahu anda sedikit paranoid dan sangsi sekiranya mereka kembali menularkan v1rus ini. Tapi mereka juga manusia dan tidaklah perlu dilayan sebegitu.
Setiap penyakit ada ubatnya. Apa yang penting dalam keadaan sekarang ialah menjaga kebersihan diri dan penjarakan sosial. Wabak v1rus ini perlu segera dihentikan penularan.
RUJUKAN:
- Kamran Reza Chowdhury (2020) Bangladesh Confirms First COVID-19 Cases on Its Territory, Benar News, Dhaka, Bangladesh.
- Muktadir Rashid (2020) 312 Bangladeshis quarantined in Dhaka after arriving from Wuhan, New Age Website, Bangladesh. https://www.newagebd.net/article/98297/312-bangladeshis-quarantined-in-dhaka-after-arriving-from-wuhan
- Kamruzzaman (2020) COVID-19: Bangladesh to extend lockdown until May 16, Anadolu Agency Website, Bangladesh. https://www.aa.com.tr/en/asia-pacific/covid-19-bangladesh-to-extend-lockdown-until-may-16/1826659
- Mamun, M. A., & Griffiths, M. D. (2020). First COVID-19 suicide case in Bangladesh due to fear of COVID-19 and xenophobia: Possible suicide prevention strategies. Asian journal of psychiatry, 51, 102073. Advance online publication. https://doi.org/10.1016/j.ajp.2020.102073
- Berita Harian (2020) COVID-19: 251 doktor di Bangladesh dijangkiti. Portal Berita Harian. Malaysia.
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/04/681342/covid-19-251-doktor-di-bangladesh-dijangkiti - SM Najmus Sakib (2020) Bangladesh: 11% COVID-19 cases among health workers, Anadolu Agency Website, Bangladesh.
https://www.aa.com.tr/en/asia-pacific/bangladesh-11-covid-19-cases-among-health-workers/1826014 - Rock Ronald Rozario (2020) Covid-19 strikes down church hospital in Bangladesh, Herald Malaysia Online.
http://www.heraldmalaysia.com/news/covid-19-strikes-down-church-hospital-in-bangladesh/53246/2 - Kamran Reza Chowdhury, Sharif Khiam (2020) Bangladesh’s Mosques to Reopen amid Worsening Coronav1rus Infections, Benar News, Dhaka, Bangladesh.
https://www.benarnews.org/english/news/bengali/bangladesh-coronav1rus-05062020184310.html - Kamruzzaman (2020) Bangladesh reports first prison coronav1rus case, Anadolu Agency Website, Bangladesh.
https://www.aa.com.tr/en/asia-pacific/bangladesh-reports-first-prison-coronav1rus-case/1813716
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih