Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Bait-bait di atas merupakan sebahagian daripada puisi “Melayu” yang pernah dinukilkan oleh Sasterawan Negara, Dato Usman Awang. Puisi “Melayu” ini menerangkan sifat-sifat orang Melayu yang penuh dengan adab dan tatasusilanya. Di dalam rangkap yang tertera di atas, Usman Awang menerangkan bahawa Melayu itu jika marahnya datang, karakter kesopanan Melayu itu berubah 360 darjah. Pada masa yang sama, Usman Awang juga memberi amaran agar tidak mencetuskan kemarahan, kerana jika Melayu itu marah, habis punah lah segala lawan!

Di dalam sejarah Melayu sendiri, terdapat banyak peristiwa yang menyebabkan orang Melayu itu bangkit dari lenanya, berubah daripada menjadi seseorang yang lemah lembut, bertukar menjadi seseorang yang lain apabila bangsanya dipijak, maruahnya tercalar dan agamanya diperlekeh hingga ke tapak kaki.

Sejak penjajahan British yang bermula di Pulau Pinang pada 1842 hingga tercetusnya Perang Dunia Kedua, terdapat banyak insiden yang menyebabkan Melayu bangkit. Namun, kebangkitan Melayu ketika zaman ini lebih tertumpu kepada sesebuah negeri. Contohnya, kebangkitan Dato Maharaja Lela menentang JWW Birch berlaku di Perak, kebangkitan Dato Bahaman dan teman-temannya tertumpu di sekitar Pahang dan Pantai Timur, kebangkitan Tok Janggut menentang Inggeris di Kelantan dan berbagai-bagai kebangkitan pahlawan Melayu lain. Namun, selepas perang, semangat kebangkitan orang Melayu kini menjadi lebih luas dan lebih seragam. Ditambah pula dengan kemunculan akhbar, radio dan pelbagai lagi memudahkan masyarakat Melayu itu untuk mendapatkan maklumat.

Peristiwa kebangkitan Melayu pertama yang melibatkan seluruh Melayu di Malaya bangkit ialah apabila British mencadangkan Malayan Union untuk menyeragamkan pentadbiran Malaya pada ketika itu. Apabila tertubuhnya Malayan Union, maka sultan-sultan yang ada bakal kehilangan kuasa mereka. Terasa terhina dengan tindakan pihak pemerintah British pada ketika itu, orang-orang Melayu di seluruh Tanah Melayu mengadakan demonstrasi secara besar-besaran di seluruh bandar-bandar utama di Tanah Melayu pada ketika itu. Contohnya pada 15 Disember 1945, satu demontrasi telah diadakan oleh Persatuan Melayu Kelantan semasa kedatangan Mac Michael tiba di istana Sultan Kelantan. Pada 19 Januari, Persatuan Melayu Kedah mengadakan demonstrasi di Alor Setar dan disertai kira-kira 50 000 orang. Pada 1 Februari 1946, Persatuan Melayu Kelantan sekali lagi mengadakan tunjuk perasaan di Kota Bharu. Pada 10 Februari 1946, satu lagi tunjuk perasaan disertai oleh 15 000 orang Melayu termasuk wanita diadakan di Johor.

Dato’ Onn b. Ja’afar dan Persatuan Melayu Selangor telah berusaha mengadakan Kongres Melayu Se-Malaya. Pada 29 dan 30 Mac 1946, Kongres Melayu Se-Malaya telah mengadakan mesyuarat tergempar dan beberapa persetujuan telah dicapai. Antaranya ialah, orang Melayu mesti bersatu padu menentang Malayan Union, Raja-raja Melayu, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan orang Melayu akan memulaukan upacara pengisytiharan Malayan Union dan Kongres sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan parti politik yang kuat untuk menentang Malayan Union. Akhir sekali, Kongres mahu kerajaan British menarik balik Malayan Unuion dan mengekalkan Tanah Melayu seperti sebelum tahun 1941. Penentangan Orang Melayu membuahkan hasil apabila British memansuhkan Malayan Union dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948.

Selang beberapa lama selepas itu, Peristiwa Rusuhan Natrah sekali lagi membangkitkan kemarahan Orang Melayu. Selepas tersebarnya berita Natrah dimurtadkan dan berlutut di hadapan patung Virgin Mary, kemarahan Orang Melayu tidak dapat dikawal lagi. Mereka mengadakan rusuhan di Singapura selama tiga hari tiga malam.

Rusuhan bermula apabila kes pendengaran Natrah diadakan diadakan di mahkamah pada 15 Disember 1950. Penunjuk perasaan mula berkumpul di depan mahkamah untuk sama-sama nak bagi sokongan moral kepada keluarga angkat Natrah, dan juga sebab sentimen agama dan campur tangan British dalam hal ni. Berang sebab terlalu lama menunggu, sebilangan perusuh membaling batu terhadap polis dan menghalang lalu lintas dengan menggunakan kayu. Situasi bertambah buruk lagi bila orang ramai mula jadikan orang kulit putih yang ada di situ sebagai mangsa kemarahan mereka. Keadaan makin teruk selepas tu dan polis pun lepaskan tembakan. Rusuhan bersambung balik keesokan harinya dan hanya berakhir pada 13 Disember 1950.Berdasarkan laporan dari Suruhanjaya Siasatan dalam Rusuhan Singapura, terdapat 18 kematian, dan 173 cedera parah termasuk bangsa kulit putih, Eurasians, Melayu, Cina dan India. Sebanyak 119 kenderaan dimusnahkan, dan 72 kes kebakaran. Pihak pemerintah pula mengisytiharkan Darurat selama 7 hari selepas Rusuhan tersebut.

Lama selepas itu, beberapa tahun selepas Singapura berpisah dari Malaysia, terjadinya rusuhan 13 Mei 1969. Sebelum pilihanraya 1969, seorang pekerja UMNO telah dibunuh sebagai tanda amaran terhadap orang Melayu sebagai tanda amaran kepada orang Melayu sempena PRU 1969. Hasilnya, Perikatan menang tipis sahaja di dalam PRU tersebut. Kumpulan-kumpulan pembangkang yang berfahaman chauvinist ini pula melaunkan sentimen perkauman seperti Melayu Balik Kampung dan sebagainya. Di Kampung Baru, Dato Haron Idris meminta orang Melayu supaya bertenang. Namun, apabila orang Melayu yang ada pada ketika itu mendapat perkhabaran bahawa seorang Melayu telah ditetak di Setapak, mereka bangkit dan membela saudara sebangsa mereka tersebut. Mereka membakar kereta-kereta, memusnahkan kedai-kedai dan membunuh bangsa-bangsa tersebut. Seluruh negara kemudiannya diisytiharkan darurat dan parlimen digantung serta-merta.

49 tahun selepas itu, kerajaan mengumumkan untuk meratifikasikan ICERD dimana jika perkara tersebut dilaksanankan, maka hak istimewa orang Melayu akan terhapus. Di tambah pula dengan insiden berlakunya isu pemilikan kuil diantara penganut Hindu dan pihak pemaju One City. Disebabkan tindakan oleh kerajaan tersebut, seluruh Melayu berhimpun bagi menentang peratifikasian ini di Dataran Merdeka. Dianggarkan sejuta orang Melayu dari seluruh pelusuk negeri turun sebagai tanda bahawa jangan main-main sama orang Melayu.

Berbalik kepada isu kuil, ketika suasana tegang itu berlaku, seorang ahli bomba yang ditugaskan untuk memadamkan kebakaran di situ tiba di sana. Malangnya, beliau telah ditarik keluar oleh pihak pihak pelampau ini dan membelasah beliau sehingga cedera parah. Pada 18/12, ahli bomba tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Hal ini sekali lagi menimbulkan kemarahan orang Melayu, disebabkan isu kuil, satu nyawa yang tidak bersalah sudah menjadi korban. Para pelakunya masih senang lenang duduk di atas kerusi empuk.

Buat bangsaku, marilah kita bersatu hati membela bangsa kita ini, kematian beliau harus kita bela. Tuntutlah ia dengan keadilan dan janganlah pula melampaui batas, sesungguhnya, Allah benci akan mereka yang melampaui batas. Buat keluarga Muhammad Adib, kami mengucapkan ucapan takziah. Kami warga Patriots amat berdukacita dengan kejadian yang menimpa dan kami pasti akan menuntut bela atas kehilangan beliau. Sebagaimana kata-kata Almarhum Dr Burhanuddin Al Helmy

Di atas robohan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka
Bersatu padulah segenap baka
Membela hak keadilan pusaka!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.