Mungkin sukar menemui sesiapa yang tidak pernah mendengar cerita Pompeii, sebuah kota raya Roman yang musnah dan tertanam dibawah debu gunung berapi dari Gunung Vesuvius yang meletus pada 79 AD. Inilah fakta menarik yang anda boleh tahu mengenai cara mereka hidup, dan maut.
1. Ditubuhkan sekitar 7 Sebelum Masihi, Pompeii adalah kawasan yang membangun pesat dan bandaraya membangun sebelum bencana. Ia merupakan resort percutian untuk golongan Roman yang kaya datang untuk bercuti disana.
2. Gempa kecil kerap terjadi sebelum Vesuvius meletus, namun penduduk Pompeii tidak gentar kerana ianya sudah kerap berlaku dan menjadi satu kebiasaan.
3. Hamba abdi juga panik melarikan diri dan meninggalkan majikan mereka sewaktu gunung Vesuvius meletus, jika ditangkap oleh majikan mereka, mereka boleh dihukum bunuh. Namun disaat ini, masing-masing sibuk memikirkan nyawa mereka sendiri.
4. Golongan Roman di Pompeii tidak tahu bahaya sebenar Vesuvius kerana letusan terbesar yang terakhir berlaku pada 1800 Sebelum Masihi, pada zaman itu ia telah menhancurkan penempatan Zaman Gangsa.
5. Letusan bermula pada pagi 24 Ogos 79 Masihi, hanya sehari selepas Vulcanalia, iaitu perayaan dewa api Rom
6. Letusan itu mungkin berlangsung kira-kira 24 jam tetapi abu, batuan lebur dan batu timbul (Pumice) masih meliputi bandar untuk dua hari seterusnya, sehingga kedalaman sehingga 6 meter (20 kaki) .
7. Aliran Piroklastik sepantas 100 kilometer sejam serta sepanas 300-500 Celsius membunuh serta mengeraskan orang yang bertempiaran lari. Akibat suhu ekstrim dan panas, otak meletup didalam tempurung kepala, darah dan organ mengelegak. Mereka mati dalam keadaan meringkuk kerana otot mengecut pada suhu yang ekstrim, manakala golongan kaya yang bersembunyi didalam villa dengan keyakinan struktur batu marmar mereka menahan letusan juga maut dimasak hidup-hidup oleh bahang yang tersangat panas. Kematian mereka dapat diketahui kerana para arkeologi dan pakar forensik menyiasat mayat mereka yang tertimbun.
8. Tapak Pompeii lenyap ditimbun debu gunung Vesuvius selama 1,500 tahun sehingga penemuan pada 1599 apabila penggalian untuk saliran bawah tanah untuk dialirkan ke sungai tempatan yang melalui dinding purba yag diukir dengan lukisan dan tulisan.
9. Seorang arkitek Domenico Fontana menggali keluar beberapa lukisan-lukisan, tetapi kerana kebanyakkan darinya mempunyai unsur dewasa dan luar tabii ianya tidak dianggap elok untuk tontonan, dia mengambil keputusan untuk menanam semula.
10. Selepas itu, bandar itu perlu menunggu 150 tahun lagi sehingga ianya ditemui semula untuk kali kedua pada 1748 oleh jurutera ketenteraan Sepanyol iaitu Rocque Joaquin de Alcubierre. Pada kali ini, banyak objek dalam keadaan sediakala sepertimana juga keadaan bangunan sewaktu ianya digali.
11. Apaila Raja Francis Naples yang pertama melawat Pompeii untuk pameran artifak bersama isterinya dan anak perempuannya pada 1819, dia sangat malu dengan seni erotik (dewasa). Dia mengambil keputusan untuk mengunci jauh-jauh di dalam kabinet rahsia, hanya boleh diakses oleh “Orang dengan umur matang dan moral yang dihormati”
12. Kini lebih 3 juta orang tinggal berdekatan dengan Gunung Vesuvius dan kini menjadikannya berkemungkinan gunung merbahaya didunia. Letusan terakhir adalah pada tahun 1944, sejak itu, gunung berapi itu tidak aktif, (nasib baik…)
Sumber Rujukan : Dokumentari : The Real Pompeii (National Geographic Channel),
Pompeii The Last Day (BBC) Documentary
Laman Sesawang
http://list25.com/25-mind-blowing-facts-about-the-pompeii-destruction/5/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih