Apabila seseorang itu dihukum pen.ja.ra oleh mahkamah atas tuduhan je.na.yah, cara mereka mengisi masa sebagai ban.du.an berbeza-beza. Bagi seorang ban.du.an bernama Christopher Havens, 40, masanya dihabiskan bukan saja dengan mempelajari matematik. Malah, ia turut membantunya menyelesaikan satu masalah matematik tertua di dunia!

Rajah 1: Christopher Havens

Havens yang kini dipen.ja.rakan di sebuah pen.ja.ra berhampiran Seattle tidak mempunyai masa silam yang menggembirakan. Selepas tercicir dari sekolah, tidak tahu hala tuju hidupnya dan menjadi penganggur, ini mendorongnya menjadi penagih da.d.ah sebelum terlibat dalam satu kes pembu.nu.han. Havens kemudiannya disabitkan bersalah di mahkamah dan dihukum pen.ja.ra selama 25 tahun. Semasa artikel ini ditulis, dia sedang menjalani hukuman untuk tahun kesembilan.

Semasa dalam pen.ja.ra, Havens mula mempelajari pengetahuan matematik yang lebih tinggi sekaligus mengubah kehidupannya 360 darjah. Dia kemudiannya dibenarkan mendapatkan pelbagai jenis buku matematik oleh pihak pen.ja.ra dengan syarat mengajarkan kemahiran aritmetik asas kepada ban.du.an-ban.du.an lain.

Bagaimanapun, itu masih tidak mencukupi kepada Havens. Dia kemudiannya menghantar satu surat bertulisan tangan kepada seorang penerbit jurnal matematik dengan harapan mendapatkan beberapa isu Annals of Mathematics, jurnal terkenal dalam bidang berkenaan.

Rajah 2: Contoh surat bertulisan tangan yang dikarang Havens. Sumber: The Conversation

Dalam surat tersebut, Havens memberitahu matematik kini menjadi matlamat hidupnya dan membantu mengubah kehidupannya ke arah lebih baik. Tetapi dia turut menyuarakan rasa kecewa kerana tidak dapat berdiskusi dengan sesiapa tentang topik-topik matematik yang lebih rumit. Surat tersebut diterima oleh seorang editor dari Mathematica Science Publisher sebelum ia dihantar kepada pasangannya, Profesor Madya Marta Cerruti.

Sebaik membaca surat tersebut, Profesor Marta tahu orang terbaik untuk menjawab hal ini ialah bapanya, Profesor Umberto Cerruti dari Turin. Pada awalnya, Profesor Umberto merasa skeptik dengan kandungan surat Havens. Bagi menguji keupayaan ban.du.an itu, beliau menjawab surat Havens dan memintanya menyelesaikan satu teka-teki matematik yang rumit.

Selepas beberapa lama, ban.du.an itu mengirim jawapan tersebut berbentuk surat berukuran 120 cm panjang. Isi kandungan surat menunjukkan Havens menulis formula matematik yang panjang untuk menyelesaikan persoalan yang dikirim. Selepas membuat pengiraan sama pada komputer, sedarlah Profesor Umberto bahawa lelaki itu telah menjawab soalan yang dikemukakannya dengan tepat.

Lantas, ini mendorong beliau menjemput Havens untuk membantu menyelesaikan satu masalah matematik yang dicetuskan oleh ahli matematik Yunani terkenal, Euclid. Permasalahan teori nombor membabitkan pecahan berterusan cuba dibongkar oleh saintis dan pakar matematik selama 2,000 tahun tetapi ia masih gagal diselesaikan. Malah, Profesor Umberto sendiri bergelut menyelesaikan teori nombor Euclid itu.

Pecahan berterusan ialah pecahan bercampur di mana nombor penyebutnya pernah sekali menjadi pecahan bercampur dengan struktur ini berterusan menuju ke arah infiniti. Ini menjadikan pecahan ini saling berkait antara satu sama lain. Tetapi pecahan berterusan bukan digunakan untuk aritmetik asas tetapi untuk menyelesaikan masalah penganggaran yang memerlukan siri pengiraan yang rumit.

Rajah 3: Contoh pecahan berterusan. Sumber: A.Freund/DW

Teori nombor Euclid ini digunakan secara meluas dalam kriptografi moden. Ini sekaligus menjadikan ia alat berguna bukan saja dalam sektor perbankan dan kewangan tetapi juga untuk komunikasi keten.te.raan.

Dan siapa sangka, Havens berjaya menyelesaikan teori nombor Euclid ini. Semasa menerangkan jawapannya kepada Profesor Umberto, dia mendapati terdapat beberapa nombor tetap dalam penganggaran sebuah kelas nombor yang besar. Profesor Umberto kemudiannya membantu Havens memformulasikan formula matematiknya dalam bentuk kertas kajian saintifik.

Kertas kajian mereka diterbitkan dalam Jurnal Research in Number Theory pada Januari 2020. Bagi orang seperti Havens, ia pastinya satu pencapaian yang hebat. Namun begitu, dia tidak mahu berhenti di situ saja. Havens turut menubuhkan sebuah kelab matematik yang dianggotai oleh 14 orang ahli dan mereka menjadikan setiap 14 Mac sebagai sambutan Hari Pi.


Rajah 4: Havens berucap sempena sambutan Hari Pi. Sumber: Perkhidmatan Pen.ja.ra Washington.

Menariknya, Profesor Umberto berkesempatan bertemu dengan Havens di Seattle di mana ia menjadi asas artikel beliau yang bertajuk “Pi Day behind bars — Doing mathematics in pr.is.on”. Artikel itu kemudiannya diterbitkan jurnal Math Horizons. Profesor Umberto tertarik dengan seorang ban.du.an yang berjaya menghafal 461 titik perpuluhan pertama pi.

Bila ditanya memilih matematik, Havens dalam korespondennya dengan dengan Profesor Marta memberitahu ia merupakan satu cara menyelesaikan hutangnya dengan masyarakat. Siapa sangka, di dalam pen.ja.ra, akan ada individu yang mempunyai minda sehebat Sir Isaac Newton. Dengan bimbingan yang betul, Havens boleh menjadi gergasi dalam kalangan para cendekiawan hari ini dan memecah sempadan saintifik yang kita kenali.

RUJUKAN

Freund, Alexander. (2020, 22 Jun). DITAPIS solves ancient math problem and finds his mission. DW.

Cowie, Ashley. (2021, 6 September). Impr.is.oned DITAPIS Solves Ancient Math Problem. Ancient-Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply