Ada sebuah bandar di Australia yang orangnya gila sangat nak makan laksa. Penduduk Kota Darwin ketagih makan laksa bila tiba masa sarapan pagi, makan tengah hari, dan makan malam.
Dekat Darwin sana, mana-mana pun anda boleh jumpa laksa. Laksa boleh didapati dari medan selera dan kafe hingga restoran mewah.
BBC pernah laporkan yang ibu kota Wilayah Utara Australia itu tiba-tiba gemar terhadap laksa ke sampai jadikannya sebagai makanan ruji.
Bukan itu sahaja, Pesta Laksa Antarabangsa Darwin turut dianjurkan, mengumpulkan semua restoran di kawasan Darwin untuk bersaing mendapatkan gelaran Laksa Serantau Terbaik.
Takde siapa yang pasti macam mana atau bila kegilaan laksa ini bermula di Darwin. Kata seorang penduduk Darwin, dari kecik lagi dia dah makan laksa dan laksa sentiasa jadi hidangan yang disukai semua orang.
Mungkin ia ada kena mengena dengan sejarah panjang bandar ni. Tengok pada geografi pun, Darwin jauh lebih dekat dengan Asia berbanding ibu kota Australia yang lain.
Darwin pernah menjadi punca pencarian pendapatan dari penyelam mutiara Jepun dan pelombong emas Cina yang datang pada akhir 1800-an hingga kini.
Ada juga bukti bahawa orang asli di bahagian utara Australia berdagang dengan jiran mereka sebelum negara ini dijajah.
Lebih daripada separuh penduduk Darwin sekarang dilahirkan di luar negara atau mempunyai ibu bapa yang dilahirkan di luar negara. Mungkin dari negara-negara jiran seperti Indonesia, Malaysia dan sebagainya.
Dan sebagai penyokong Liverpool, saya dengan berat hati tulis yang kota Darwin ni adalah barangkali satu-satunya Darwin yang tak miss peluang tambah kalau laksa tu ada Nunez ehhhh nanas.
Oleh: Azizul Farhan
___
Anda nak tahu tentang kerajaan-kerajaan Melayu yang hebat pada suatu masa dahulu? Banyak lagi yang anda boleh terokai bersama siri KITAB TAMADUN MELAYU!
Dapatkan siri KITAB TAMADUN MELAYU di Shopee kami sekarang!
KTM I: https://shope.ee/7zpBeb0Bt4
KTM II: https://shope.ee/VjAiqEnvb
Kombo KTM I&II: https://shope.ee/7zpA6oaW9Q
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih