Apabila terpandang Sofia, pasti mata semua orang akan terpegun. Dengan pemandangan yang cukup indah itu membuatkan sesiapa sahaja yang melihat akan terpikat. Ya bandar yang terletak di Bulgaria ini memang sungguh cantik.

Sebab terbanyak begitu banyak bangunan daripada pelbagai seni bina yang wujud di situ. Ditambah lagi bandar ini merupakan antara bandar yang tertua di Eropah dan pernah dikuasai oleh pelbagai empayar. Boleh dikatakan bandar Sofia juga antara ibu kota tertua di dunia.

Persoalannya sejak bila bandar Sofia ini wujud?

Bandar Sofia dikatakan telah wujud semenjak era neolitik sekitar 7000 tahun yang lalu. Kawasan ini mula berubah menjadi bandar apabila puak Thracian Serdi mendudukinya secara tetap lantas berikan nama Serdica. Ketika itu Sofia ataupun Serdica berada di bawah pemerintahan puak Odrysae.

Memasuki abad pertama masihi, Serdica telah diduduki oleh orang Rom setelah mereka berjaya menakluk wilayah Thracian. Buat pengetahuan semua, Tharician merupakan wilayah yang terletak di Istanbul, Selatan Bulgaria dan Timur Greece. Bagi melicinkan urusan pentadbiran, Serdica yang terletak di tengah-tengah wilayah Tharician dipilih sebagai pusat pentadbiran.

Bermula dari situ Rom telah membina begitu banyak bangunan sehingga jumlah penduduknya meningkat berkali-kali ganda. Bukan setakat itu sahaja, Serdica juga menjadi pusat perdagangan dan agama Kristian yang cukup penting untuk seluruh Balkan.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Disebabkan kedudukan Serdica yang membangun dan begitu maju, orang-orang Gasar sentiasa cuba untuk menakluk. Paling teruk sekali adalah serangan orang Hun yang membuatkan Serdica musnah sama sekali. Tapi Serdica bernasib baik sebab Maharaja Justinian sudi membangunkan kembali bandar tersebut hingga namanya ditukar kepada Triaditsa.

Selama bertahun-tahun, Sofia ataupun Triaditsa terus kekal berada dalam Empayar Rom biarpun sering diserang oleh anasir jahat seperti orang Slav. Menjelang tahun 809, Triaditsa telah dimasukkan di dalam First Bulgarian Kingdom. Bermakna Triaditsa menjadi antara wilayah yang wujud dalam negara paling tua di Eropah.

Tapi sekejap je Triaditsa berada dalam First Bulgarian Kingdom. Sebab Triaditsa kembali semula ke Empayar Rom setelah ditakluk oleh Maharaja Basil II. Macam biasa, Triaditsa terus diserang oleh puak-puak gasar seperti Magyar dan Serb. Angkara daripada serangan bertali arus, Rom tidak mampu lagi untuk mentadbir Triaditsa. Hasilnya Second Bulgarian Kingdom berjaya menakluk Triaditsa.

Selepas penaklukan itu Second Bulgarian Kingdom telah menukar nama Triaditsa kepada Sofia sempena nama sebuah gereja. Penukaran nama itu juga didorong oleh faktor perdagangan. Katanya nama Sofia ni lagi manis dan sangat dekat dengan aktiviti perdagangan di sana.

Malangnya, Sofia bertahan di tangan orang Bulgaria hanya 100 tahun sahaja. Sebab Empayar Uthmaniyah telah menyerbu masuk ke Sofia. Ada yang dakwa, Uthmaniyah melakukan begitu banyak kekejaman ketika menakluk Sofia.

Bukan itu sahaja, kehadiran Uthmaniyah membuatkan wajah Sofia yang banyak bercirikan Rom mula berubah. Masa tu begitu banyak bangunan baru berasaskan seni bina Uthmaniyah telah dibina. Malah banyak gereja telah diubah kepada masjid. Jalan-jalan raya juga mula dibina bagi memudahkan penduduk Sofia.

Dalam masa yang singkat, Sofia menjadi antara bandar perdagangan terpenting di Empayar Uthmaniyah. Tapi di dalam sudut hati paling kecil orang Bulgaria, mereka teringin sekali membebaskan Sofia daripada cengkaman penjajah.

Hasrat mereka itu tertunai apabila tentera Rusia berjaya menakluk Sofia melalui perang Russo-Turkish. Sofia telah diserahkan kepada kerajaan sementara Bulgaria untuk dijadikan sebagai pusat pentadbiran.

Selepas perang dunia kedua, rejim komunis berjaya merampas kuasa di Bulgaria. Sofia yang sebelum ini banyak bercirikan Rom, Uthmaniyah, Renaissance dan Baroque mula bertukar wajah. Rejim komunis telah membina begitu banyak bangunan dengan seni bina Stalinis.

Rejim Komunis yang memerintah Bulgaria hanya bertahan selama 45 tahun sahaja. Hari ini Bulgaria ataupun Sofia menjadi antara bandar yang cantik dan unik di Eropah. Sebab korang boleh nampak begitu banyak seni bina di sana. Jadi tak peliklah bila kita pandang Sofia terus hati terpikat.

Kepada korang semua kalau nak merasai betapa indahnya Sofia, korang boleh ke Bulgaria. Dekat sini boleh jumpa begitu banyak Sofia.


Inilah masa nak mengenali budaya Slavik. Jemput baca buku HUJAN EMAS DI TANAH SLAVIK. Link: https://bit.ly/slavikshopee

Rujukan

Bradshaw, M. (2017, Disember 19). Sofia Turbulent History. Local Life. Dipetik daripada https://www.local-life.com/sofia/articles/history

In Your Pocket. (n.d). History of Sofia. Dipetik daripada https://www.inyourpocket.com/sofia/History

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply