Tikus adalah haiwan rodensia yang mahir beradaptasi hampir keadaan muka bumi di dunia dengan memakan apa saja dan mampu melahirkan generasi dalam masa singkat.

Tikus juga berpotensi sebagai perosak kepada sektor agrikultur yang mampu meruntuhkan ekonomi negara dan pembawa bakteria dan virus berbahaya kepada manusia.
Namun, terdapat satu-satunya lokasi dalam dunia yang bebas dari tikus dan tidak ada ‘jalan pintas’ untuk haiwan licik ini ‘menakluk’ lokasi ini. Lokasi yang saya nyatakan ialah negeri Alberta, Kanada.

Alberta satu-satunya negeri yang bebas dari tikus. Pada abad ke-19 Masihi, tikus hanya berhabitat di timur Kanada dan pada tahun 1950-an tikus berjaya menerobos ke Alberta. Walau bagaimanapun, kerajaan Alberta telah mengesan awal kehadiran haiwan rodensia ini, kemudian melaksanakan program kawalan perosak dengan hapuskan haiwan ini yang menyeberangi sempadan Alberta/Saskatchewan.

Pada tahun 1942, Akta Perosak Agrikultur Alberta memberi kuasa kepada Menteri Pertanian untuk senaraikan haiwan-haiwan yang berpotensi sebagai perosak ternakan dan pertanian. Setiap warga Alberta sama ada penduduk kota atau kampung wajib menghapuskan haiwan perosak yang telah kerajaan senaraikan. Jika salah satu penduduk gagal bertindak, kerajaan akan memberikan bantuan namun penduduk tersebut harus membayar kos pembasmian perosak.

Tikus disenaraikan sebagai haiwan perosak pada tahun 1950. Akta Perosak Agrikultur dipinda pada tahun yang sama dengan mengarahkan setiap perbandaran melantik pemeriksa kawalan perosak. Pada tahun seterusnya, kerajaan mengadakan persidangan tentang kawalan tikus di timur Alberta.
Sebanyak 2,000 helai poster dan 1,500 buah pamplet bertajuk ‘Rat Control in Alberta’ diedarkan ke seluruh pelosok kota dan perkampungan di seluruh Alberta, sama ada di stesen keretapi, sekolah, pejabat pos, malah bangunan-bangunan swasta.

Pada bulan Jun 1952 dan Julai 1953, bahan kimia bernama arsenik trioksida digunakan sebanyak 63,000 kg dalam bentuk serbuk. Serbuk ini ditabur ke 8,000 buah bangunan dan 2,700 bidang ladang sebagai cara penghapuskan tikus perosak.

Namun penggunaan arsenik memberikan kesan yang teruk kepada haiwan ternakan, unggas, dan haiwan peliharaan. Pada tahun 1953, racun tikus perosak anti-gumpalan bernama Warfarin diperkenalkan dan kesannya Warfarin lebih selamat dari arsenik.

Masuk tahun 1955, populasi tikus meningkat sehingga 573 ekor tetapi atas kepantasan kerajaan dan warga Alberta mengawal haiwan perosak ini, populasi tikus berkurang mendadak selepas tahun 1959.

Perbelanjaan kerajaan ke atas kawalan tikus perosak meningkat 100% pada tahun 1975. Seluruh perkhidmatan dalam zon kawalan bermula dari Montana hingga Cold Lake akan diperiksa setahun sekali. Setiap tahun beratus-ratus laporan diterima akan kehadiran tikus perosak walaupun pada akhirnya kebanyakan kes hanya salah anggap haiwan kecil lain seperti tupai dan spesis tikus hutan.

Warga Alberta mempunyai bermacam-macam cara hapuskan tikus perosak melalui umpan, keracunan gas, atau perangkap. Bangunan yang menjadi sarang tikus dipindahkan atau dimusnahkan. Ada sesetengah kes, sarang tikus dimusnahkan dengan gerudi atau bulldozer. Ada warga Alberta juga menggunakan cara drastik iaitu menembak gunakan senapang patah dan meletupkan sarang tikus. Alberta sememangnya ‘berperang’ dengan haiwan perosak ini.

Namun begitu, tikus masih menembusi ke Alberta melalui saluran yang betul seperti melalui pengkaji yang memerlukan tikus putih sebagai uji kaji, dan rakyat Kanada yang memelihara tikus dan tidak ketahui undang-undang Alberta.

Kerajaan kemudian memberi kelonggaran akan kemasukan tikus melalui saluran sebegini dengan syarat tikus putih hanya boleh dimiliki oleh pihak zoo, universiti, kolej, dan pengkaji yang mempunyai kelulusan dari institut kajian Alberta. Bagi warga Kanada luar Alberta yang mempunyai tikus peliharaan, Alberta melarang mereka membawa tikus tersebut. Jika langgar, mereka harus membayar denda sebanyak $5,000 (kira-kira RM 15,000) bagi seekor tikus.

Pada tahun 2004, seorang warga telah melepaskan 38 ekor tikus di kota Calgary. Setibanya pegawai kawalan tikus perosak di residen kejadian, kesemua tikus telah mati setelah penduduk residen berjaya hapuskan dengan penyapu dan skop sampah. Jika penjenayah ini ditangkap dan tikus-tikus ini tidak dihapuskan awal, dia akan dikenakan denda sebanyak $190,000 (kira-kira RM570,000).

Jadi, kalau pembaca nak lawat Alberta, jangan bawa tikus. Warga Alberta sana pantang kalau nampak tikus berkeliaran. Jika terjumpa, boleh jadi perang besar.

RUJUKAN:

How Does Alberta, Canada, Stay Rat-Free? Quota.com. Published on 23 August 2019.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.