Bukan satu rahsia sesetengah daripada kita suka berjalan sambil melihat skrin telefon pintar atau tablet. Kerana terlalu asyik dengan peralatan yang digunakan, tak sah jika si pengguna bergaduh atau terlibat dalam kemalangan. Bagi sebuah bandaraya di Jepun, mesej mereka terhadap obsesi ini mudah saja: cukuplah!
Pegawai-pegawai di Yamato, sebuah bandaraya tidak jauh dari Tokyo telah menyerahkan usul kepada dewan bandaraya yang melarang individu berjalan di bandar berkenaan sambil menggunakan telefon mereka.
Dalam satu temubual bersama AFP, pegawai dewan bandaraya Masaaki Yasumi berkata, “Bilangan individu yang menggunakan telefon bimbit semakin bertambah dengan pantas. Begitu juga bilangan kes kemalangan di kawasan populasi padat. Kami mahu menghalang itu daripada berlaku.”
Sekiranya usul tersebut diluluskan, ini menjadikan Yamato sebagai bandaraya pertama Jepun yang menguatkuasakan larangan penggunaan telefon semasa berjalan kaki. Bagaimanapun, individu yang masih berdegil menggunakan telefon pintar atau tablet semasa berjalan tidak akan dikenakan sebarang hukuman.
Yasumi menambah, “Kami berharap larangan tersebut dapat meningkatkan kesedaran tentang bahaya perkara sebegini.” Hebahan umum termasuk poster dan mesej kepada penduduk bakal dimulakan pada bulan hadapan.
Pada tahun 2014, satu kajian yang dibuat oleh gergasi telekomunikasi Jepun NTT Docomo mendedahkan purata lapangan pemerhatian pejalan kaki semasa menggunakan telefon pintar ialah 5% daripada apa yang dilakukan mata secara normal.
NTT Docomo turut melakukan simulasi bagi menguji penemuan mereka itu. Simulasi mereka membayangkan 1.500 pengguna menggunakan lintasan pejalan kaki Shibuya, sebuah lintasan pejalan kaki yang sibuk di Tokyo sambil menggunakan telefon pintar.
Hasilnya cukup mengejutkan. Mengikut simulasi mereka, NTT Docomo menjangkakan 2/3 pejalan kaki tidak akan menyeberang jalan tanpa berdepan insiden iaitu 446 perlanggaran, 103 orang jatuh dilanggar orang dan 21 lagi kehilangan telefon mereka.
Namun, perkara ini tidak terhad kepada pejalan kaki semata-mata. Bilangan pengguna basikal yang menggunakan telefon pintar semasa menunggang dan terlibat dalam kemalangan juga semakin bertambah. Dan dalam sesetengah kes, keluarga-keluarga mangsa membuat tuntutan kewangan sehingga AS$1 juta kepada pesalah sebagai pampasan atas apa yang berlaku.
RUJUKAN:
AFP. (2020). Japanese city aims to ban phone use while walking. Free Malaysia Today. https://www.freemalaysiatoday.com/category/world/2020/06/01/japanese-city-aims-to-ban-phone-use-while-walking/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih