“Moria… You fear to go into those mines. The dwarves delved too greedily and too deep. You know what they awoke in the darkness of Khazad-dum… shadow and flame.”~Saruman

“Balrog, a demon of Ancient World. This foe is beyond any of you. RUN!” ~Gandalf, Fellowship of the Ring

Kalau kita tengok Lord of The Ring, Fellowship of the Ring, salah satu peristiwa paling epik ketika itu adalah pertarungan di jambatan Khazad Dum. Ketika itu Gandalf berdiri di tengah-tengah jambatan untuk menghalang makhuk berunsur api yang bernama Balrog. Ketika itu juga Gandalf mengeluarkan kata-kata ini:-

“I am a servant of the Secret Fire, wielder of the flame of Anor. You cannot pass. The dark fire will not avail you, flame of Udûn. Go back to the Shadow!”

“YOU SHALL NOT PASS” ~ Gandalf, Fellowship of the Ring

Tetapi kan, siapa sebenarnya makhluk bernama Balrog ini. Para penonton filem mungkin tidak tahu bahawa Balrog sebenarnya wujud lebih lama lagi sebelum Lord of The Ring, malah tersangat lama sebelum kewujudan Middle Earth. Sukar untuk diceritakan Balrog ini tanpa menceritakan prekuel kepada Hobbit dan Lord of the Ring, Silmarilion. Oleh itu, kisah-kisah Balrog ini akan diceritakan ringkas tanpa terlalu banyak mendedahkan Silmarilion kerana kisah-kisah di Silmarilion lebih epik.

Kisah kewujudan Balrog ini bermula dengan era sebelum kewujudan Bumi Middle Earth pun. Di permulaan, wujud Tuhan, Eru Iluvatar (analogi kepada One God dalam dunia Tolkien). Eru Iluvatar pun cipta golongan Ainur (analogi kepada malaikat dalam dunia Tolkien) dan salah seorang daripadanya, Melkor antara yang terhebat dalam golongan Ainur. Kalau sesiapa yang tahu unsur simbolism Kristianiti dalam karya Tolkien, akan tahu Melkor ni analogi kepada Lucifer.

Dikatakan ketika penciptaan bumi Arda (bumi Middle Earth), Melkor ingin mencipta ciptaan sendiri, dan ini menarik perhatian juga Ainur-Ainur lain, antaranya mula juga mengikuti Melkor. Melkor dan pengikutnya mencabar Eru Iluvatar meskipun gagal tiap-tiap kali kerana hanya Eru Iluvatar yang hanya boleh mencipta.

Ketika selesai penciptaan Arda, Ainur-ainur lain termasuklah Melkor dan pengikutnya juga turun ke bumi Arda dan terbahagi kepada dua kumpulan, yang lebih berkuasa termasuk dalam golongan valar manakalah yang kurang kuasa dalam golongan Maiar.

Melkor menyatakan dirinya sebagai Valar setelah tibanya bumi Arda, dan kerana sifat sombong, angkuh dan dendamnya terhadap Eru Iluvatar, bertekad untuk melakukan kerosakan di bumi Arda. Pengikut-pengikutnya pula menjadilah konco-konco Melkor dari golongan Maiar, termasuklah Sauron dan Balrog, dan mereka juga mengikut tuannya Melkor melakukan kerosakan. Ye Sauron juga seorang Maiar tapi kita fokus kat Balrog dahulu.

Melkor (Morgoth) beserta tujuh Balrog

Ketika pada masa awal dunia Arda, dinamakan the First Age, terdapat bukan satu, bukan dua, bukan tiga tapi tujuh Balrog dibawah Melkor. Bayangkan ada tujuh raksasa hitam legam gergasi berapi ketika Lord of the Ring. Malah mereka juga ada nama lain, iaitu Valaraukar, nama dari bahasa Quenya yang bermaksud “Demon of Might” tetapi lebih dikenali dengan Balrog, nama dari bahasa Sindarin. Balrog juga dikatakan “flames of Udûn”, Udûn bersempena lokasi tempat mereka memerintah semasa First Age, zaman bermulanya epik Silmarilion.

Dikatakan ketika zaman First Age, Melkor (sekarang dinamakan Morgoth yang bermaksud “The Black Foe”) beserta Balrogs berperang dengan golongan Valar lain serta juga golongan Elves, golongan yang dicipta Eru Iluvatar ketika awal penciptaan bumi Arda. Oleh kerana Morgoth tidak mampu mencipta sepertimana Eru Iluvatar, dia hanya mampu merosakkan ciptaan.

Melalui kerosakan oleh Melkor, muncullah golongan Orcs dan Naga. Kisah penciptaan mereka juga unik tetapi untuk diwaktu lain. Kita fokus ke cerita Balrog. Malah ada suatu ketika Balrog juga menunggang seekor naga bertempur dengan golongan Elves dalam pertempuran di kota Elves bernama Gondolon. Makhluk berunsur api menunggang haiwan bersayap yang juga boleh menyembur api, sememangnya suatu pemandangan yang sangat menakutkan bagi pihak Elves ketika itu.

Balrog menunggang naga ketika menyerang kota Gondolin

Peperangan ketika zaman First Age amat dahsyat, tetapi untuk menceritakan kesemuanya amat rumit kerana “World-building” Tolkien amat dalam dan tersangat teliti. Untuk meringkaskan cerita, banyak Balrog m4ti bertarung dengan watak-watak Elves dalam banyak pertarungan yang amat dahsyat.

Tiap-tiap Elves yang bertarung dengan Balrog pasti m4ti. Tetapi ketika berakhirnya peperangan yang paling dahsyat ketika perang dalam First Age, iaitu War of Wrath, Morgoth akhirnya kalah dan diusir keluar dari bumi Arda dan kebanyakan Balrog sama ada telah m4ti ataupun menyorokkan diri seperti satu yang dikenali sebagai Durin’s Bane.

Pertarungan antara Durin’s Bane dengan Gandalf di puncak Zirakzigil.

Balrog bernama Durin’s Bane, tapi kenapa namanya sebegitu?. Dikatakan Balrog ini menyorokkan diri di suatu gunung yang bernama Misty Mountain. Lama kelamaan, ketika Third Age (selepas Hobbit tetapi sebelum Lord of the Ring berlaku), golongan Dwarf mula melombong Mithril di kawasan gunung tersebut Khazad Dum atau Moria, tanpa menyedari Balrog tersebut yang bersembunyi disitu.

Balrog tersebut kemudiannya memunculkan diri dan mengusir keluar golongan Dwarf serta membvnuh raja mereka, Durin IV, demikianlah kenapa ianya dinamakan Durin’s Bane (Pembvnuh Durin).

Berikut pengusiran golongan Dwarf, orcs dan goblins (golongan subspesis orcs) mula bersembunyi juga di Moria. Ketika “Fellowship of the Ring”, Durin’s Bane akhirnya memunculkan diri semula ketika mengejar Frodo dan kawan-kawannya sehingga tiba di jambatan Khazad Dum dimana Gandalf kemudiannya menghalang Durin’s Bane dari mara kehadapan.

Balrog tersebut cuba berlawan namun jambatan tersebut runtuh menyebabkan dia jatuh ke dalam bumi, tetapi sempat menarik Gandalf sekali jatuh. Mereka pula kemudian bertarung di suatu puncak bernama Zirakzigil setelah menaiki dan akhirnya Balrog tersebut m4ti sekali dengan Gandalf sepertimana berlaku dengan ramai Elves yang bertarung dengan Balrog sebelum ini (namun Gandalf pula kemudian dihidupkan semula).

Pertarungan antara Durin’s Bane dengan Gandalf di puncak Zirakzigil.

Dengan kem4tian Durin’s Bane, maka tiadalah lagi Balrog disebut dalam Lord of The Ring. Sama ada kesemua Balrog telah pun m4ti atau ada yang masih menyorokkan diri tidak pula dinyatakan Tolkien. Sememangnya Balrog merupakan musuh kepada penghuni bumi Arda. Balrog sememangnya merupakan makhluk fiskyen ikonik Tolkien dan menunjukkan kreativiti beliau yang amat tinggi dalam penciptaan dunia fantasinya dan ianya terbukti dengan sejarah penciptaannya serta impaknya dalam dunia Tolkien.

RUJUKAN:

  1.  The Silmarillion, Quenta Silmarillion, Chapter I: “Of the Beginning of Days”
  2. The Silmarillion, Quenta Silmarillion, Chapter III: “Of the Coming of the Elves and the Captivity of Melkor”
  3. The Silmarillion, Quenta Silmarillion, Chapter XXIII: “Of Tuor and the Fall of Gondolin”
  4. The Silmarillion, Quenta Silmarillion, Chapter XXIV: “Of the Voyage of Eärendil and the War of Wrath”
  5. The Lord of the Rings, Appendix A: Annals of the Kings and Rulers, III: Durin’s Folk
  6.  The Lord of the Rings, The Fellowship of the Ring, Book Two, Chapter V: “The Bridge of Khazad-dûm”
  7.  The Lord of the Rings, The Two Towers, Book Three, Chapter V: “The White Rider”

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan lepasan Biologi Sel dan Molekul dari UPM dan sedang meneruskan pengajian Sarjana Sains Medikal di UKM. Sebagai peminat dunia dan haiwan prasejarah sejak kecil lagi, sangat suka menelaah ilmu-ilmu dunia prasejarah. Dari membaca buku-buku mengenai makhluk prasejarah kepada menelaah artikel-artikel kajian, video-video dokumentari serta isu-isu terkini mengenai dunia prasejarah, masih menanam harapan untuk menceburkan diri dalam bidang Paleontologi. Juga meminati dunia “high fantasy” seperti Tolkien’s Middle Earth dalam Lord of the Ring, kini giat menghabiskan masa lapang untuk menulis karya fiksyen serta mencari inspirasi untuk “worldbuilding”. Menanam impian untuk membawa dunia Palaeontologi ke masyarakat Malaysia serta menghasilkan dunia fantasi dan karya epik tersendiri setaraf Lord of The Ring

Comments are closed.