Apabila kita berbincang tentang Hari Pengakhiran atau Hari Kiamat, kita mesti sinonim dengan bencana alam yang mengganas, kehadiran Dajjal menguasai dunia, turunnya Nabi Isa A.S menghukum Dajjal, dan sudah semestinya kaum Yakjuj dan Makjuj, topik yang kita bincangkan nanti. Hari Kiamat adalah sebuah perbincangan yang sentiasa diutarakan tanpa henti dalam kalangan masyarakat kita yang beridentitikan Melayu muslim. Topik ini bukan sekadar kesedaran untuk kita mengingati mati dan sentiasa beribadah, malah ia menjadi keharusan apabila kita membuka topik tentang teori konspirasi apabila lepak di kedai mamak.

Untuk artikel ini, saya terangkan tentang asal-usul kaum Yakjuj dan Makjuj yang menjadi sebahagian dari tanda besar Hari Kiamat. Siapakah kaum-kaum ini? Adakah mereka ialah golongan yang bakal hancurkan Bumi pada saat-saat pengakhiran dunia? Adakah sejarah dunia pernah merekodkan kewujudan kaum akhir zaman ini?

Bercakap pasal pembangunan petanda hari kiamat, terlebih dahulu ingin kami mempelawa kalian beli buku KITAB TAMADUN ISLAM. Kelahiran Nabi akhir zaman, iaitu Nabi Muhammad SAW merupakan suatu bukti bahawa telah lahirnya sebuah peradaban yang agung. Ketika kebanyakan daripada tamadun itu terbina dan berdiri di tepian laut serta lembangan sungai, kuasa Tuhan mentakdirkan tamadun Islam berdiri di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang. Baginda tekun mengajar umatnya erti sebuah kehidupan melalui cebisan-cebisan wahyu daripada Tuhan sehingga ia lengkap menjadi sebuah kitab agung, yakni al-Quran. Beli di: https://shopee.com.my/The-Patriots-Kitab-Tamadun-Islam.-i.238336777.5538250581

Asal-Usul Yakjuj Dan Makjuj

Yakjuj dan Makjuj adalah salah satu identiti yang bakal menghancurkan dunia pada akhir zaman, sama ada bersifat individu atau kaum. Kitab Al-Quran pernah menyatakan tentang kaum ini dalam Surah Al-Kahfi (ayat 83-106) dan Surah Al-Anbiya (ayat 95-98). Kaum Yakjuj dan Makjuj adalah kaum keturunan Nabi Nuh A.S yang berasal dari utara dan sentiasa merosakkan penempatan di sekelilingnya.

Kaum Yakjuj dan Makjuj juga dikenali dengan nama Gog dan Magog yang pernah dicatatkan dalam Kitab Bible. Ya, ajaran Kristian juga mempunyai kisah tentang kaum perosak ini. Kaum ini pernah dinyatakan dalam Bab Genesis 10, Ezekiel 38, dan Revelation 20 (dalam versi King James). Ketiga-tiga bab dalam kitab Bible menjelaskan kaum Yakjuj dan Makjuj adalah penyumbang kepada era pengakhiran dunia dan bersubahat dengan iblis untuk melawan Tuhan.

Terdapat banyak pendapat berkenaan kaum Yakjuj dan Makjuj ini. Pendapat paling popular ialah kaum ini seperti raksasa yang lebih kuat dari manusia. (Sumber: The Hobbit 3)

Orang Yahudi juga tidak terkecuali mempercayai kaum ini melalui catatan dalam kitab mereka. Kaum ini menurut agama Yahudi akan dihapuskan oleh seorang Messiah yang bakal selamatkan dunia. Pokoknya ketiga-tiga agama ini menyatakan secara jelas bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj adalah sebahagian dari malapetaka menuju Hari Kiamat.

Menurut Islam yang dicatatkan dalam Al-Quran, terdapat seorang raja yang soleh bernama Zulkarnain bersama bala tenteranya pernah melawan kaum Yakjuj dan Makjuj ini. Al-Quran mencatatkan firman Allah SWT  bahawa kaum ini begitu ganas dan tidak pernah berhenti menyerang, sepertinya mereka ini tidak mempunyai sifat manusia. Raja Zulkarnain kemudian membina sebuah tembok besar yang diperbuat dari besi dan tembaga atas pemintaan rakyat kampung yang berjiran dengan kaum Yakjuj dan Makjuj. Tembok tersebut menjadi pertahanan dari keganasan kaum perosak sehingga tibanya Hari Kiamat.

Kesemua catatan dalam kitab ketiga-tiga agama yang mempunyai penganut majoriti dunia ini menjadikan kaum Yakjuj dan Makjuj sebagai tanda besar yang mesti dipercayai oleh para penganutnya, Namun begitu, bagi mereka yang bukan penganut ketiga-tiga agama ini, mereka mesti menyatakan persoalan yang kita harus peka, iaitu adakah terdapat rekod sejarah tentang kewujudan kaum perosak ini? Kalau tiada, adakah kewujudan kaum ini sekadar kepercayaan total bagi penganut tanpa mempersoalkan realiti?

Pencarian Kaum Yakjuj Dan Makjuj Yang Sebenar

Untuk menjawab persoalan kritikal ini, kita harus merungkai dahulu sebarang rekod sejarah dunia yang mempunyai kaitan dengan kaum Yakjuj dan Makjuj ini. Jawapan sebenar siapakah kaum Yakjuj dan Makjuj sebenar berubah berzaman-zaman. Dalam era empayar Rom setelah menerima ajaran Kristian sebagai agama rasmi empayar, para ahli agama dan sejarawan beranggapan kaum Scythia, iaitu kaum nomad yang menetap di Asia Tengah dan sebahagian Eropah Timur ialah kaum Yakjuj dan Makjuj.

Menurut sejarawan Rom bernama Jordanes, kaum Goth, Scythia, dan Amazon (kaum wanita pemburu dalam rekod Yunani Kuno) adalah kaum Yakjuj dan Makjuj, serta berandaian bahawa pintu besi yang Raja Zulkarnain bina terletak di wilayah Kaukasus. Tambahan lagi, rekod dari kerajaan Byzantine menyatakan Raja Zulkarnain itu sebenarnya Alexander The Great dan baginda dikatakan pernah bertembung dengan puak Hun. Di sini para ahli akademik dan paderi Byzantine percaya bahawa puak Hun adalah kaum Yakjuj dan Makjuj.

Ramai pengkaji berpendapat bahawa ‘Zulkarnain’ yang dicatatkan dalam Al-Quran ialah Alexander The Great, raja Yunani Kuno yang terkenal dengan kempen penjelajahan ke timur.

Kemudian gelaran kaum Yakjuj dan Makjuj berubah lagi pada abad ke-9 dan ke-10 Masihi. Ketika ini kerajaan Khazar yang menerima agama Yahudi sebagai agama rasmi kerajaan bermaharajalela di wilayah Kaukasus kerana keberkatan dalam urusan perdagangan Jalan Sutera. Ramai paderi Eropah menyatakan bahawa wilayah tempat kerajaan Khazar bina ialah wilayah asal kaum Yakjuj dan Makjuj. Maka, tidak hairan jika ada antara paderi mengandaikan rakyat Khazar ini adalah kaum perosak Bumi.

Masuk abad ke-13 Masihi, muncul kuasa kaum Mongol dari Asia menghancurkan dunia Islam yang sekian lama bertapak di Timur Tengah termasuklah semenanjung Arab. Sehinggalah tentera Mongol menceroboh dunia Eropah bermula dari Poland dan Hungary, para paderi Eropah menggelarkan puak Mongol dengan nama ‘Magogoli’ dan percaya bahawa puak dari Asia ini ialah keturunan kaum Yakjuj dan Makjuj yang telah hancurkan pintu besi Raja Zulkarnain.

Puak Mongol juga tersenarai sebagai antara kaum Yakjuj dan Makjuj yang sebenar. Terdapat pandangan dari paderi Eropah menyatakan puak ini adalah keturunan Yakjuj dan Makjuj. (Sumber: VentureBeat)

Setelah para penjelajah Eropah meneroka China dan Mongolia, ternyata andaian paderi Eropah adalah salah. Puak Mongol hanyalah puak nomad yang berasal dari wilayah Mongolia, mengabdikan kehidupan mereka di padang rumput Asia sehinggalah mereka menjadi berkuasa sejak diperintah oleh ketua puak bernama Genghis Khan. Para paderi serta ahli akademik Eropah kemudian bersepakat bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj sebenarnya menetap di kawasan timur laut Asia, wilayah paling hujung di dunia pada waktu itu. Banyak peta rekaan pemeta Eropah menyatakan lokasi kaum Yakjuj dan Makjuj yang sama.

Bagi masyarakat Arab muslim ketika zaman kegemilangan, mereka percaya bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj hanyalah salah satu tanda besar sebelum berlakunya Hari Kiamat. Kaum ini telah ditakdirkan menjadi penghancur dunia dan tiada siapa mampu menandingi kaum perosak ini. Kerana kepercayaan ini, mereka tidak mempunyai rekod mana-mana kaum nomad yang mempunyai persamaan dengan kaum Yakjuj dan Makjuj, seperti rekod-rekod dari para paderi Kristian Eropah.

Sehingga kini, tiada siapa tahu siapakah kaum Yakjuj dan Makjuj yang sebenar. Mungkin dalam kalangan kita telah wujud kaum ini, berkomuniti secara senyap-senyap dan hanya tunggu masa saja untuk muncul melunaskan takdir mereka. Hanya Tuhan saja yang tahu bilakah kaum perosak ini memunculkan diri.

RUJUKAN:

Budge, Sir Ernest Alfred Wallis, ed. (1889). “A Christian Legend concerning Alexander”. The History of Alexander the Great, Being the Syriac Version. Vol. II. Cambridge University Press. pp. 144–158.

Danaryati, Adnin. 24 January 2022. Mengenal Yakjuj dan Makjuj, Kaum Perusak Bumi yang Dikurung Sampai Menjelang Kiamat. iNews.

Gow, Andrew Colin (1998). “Gog and Magog On Mappaemundi and Early Printed World Maps: Orientalizing Ethnography in the Apocalyptic Tradition”. Journal of Early Modern History. 2 (1): 61–88.

Westrem, Scott D. (1998). Tomasch, Sylvia; Sealy, Gilles (eds.). Against Gog and Magog. Text and Territory: Geographical Imagination in the European Middle Ages. University of Pennsylvania Press.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply