Kisah berkenaan Firaun dan Nabi Musa (as) tidak terhad di dalam Al-Quran sahaja. Kisah ini turut dicatat di dalam Bible menerusi Kitab Keluaran (Exodus).

 

Walaubagaimanapun, tidak dinyatakan siapakah Firaun Mesir Purba yang sangat zalim terhadap Bani Israel ini. Identitinya masih diperdebatkan, namun sarjana meletakkan Ramses II sebagai Firaun yang mengejar Nabi Musa (as).

 

Ada sepuluh bala besar yang berlaku semasa pemerintahannya, bermula dengan pertemuan Nabi Musa (as) dengan Firaun setelah tongkat Nabi Harun (as) berubah menjadi ular dan memakan ular ahli-ahli sihir Mesir.

 

Bala pertama ialah air Sungai Nil menjadi darah. Ikan-ikan mati dan air busuk sehingga rakyat Mesir tidak boleh meminumnya. Firaun tetap keras hati kerana kononnya ahli sihirnya juga boleh tukarkan air menjadi darah.

 

Seminggu kemudian, Tuhan menghantar katak yang membanjiri Mesir. Katak memasuki istana, bilik tidur, rumah rakyat dan bergelimpangan merata-rata. Firaun memohon Nabi Musa (as) menghentikan bala ini, tetapi tetap tidak menepati janji membebaskan Bani Israel.

 

Bala ketiga ialah kutu yang menyerang seluruh Mesir. Ahli sihir Mesir tidak dapat menandingi bala ini, tetapi Firaun tetap keras hati. Bala keempat adalah gerombolan langau yang membanjiri rumah-rumah rakyat Mesir, tetapi tidak di Tanah Goshen di mana Bani Israel tinggal. Sekali lagi, Firaun tidak menepati janjinya.

 

Bala kelima ialah wabak yang menyerang haiwan ternakan Mesir, tetapi haiwan Bani Israel tidak terjejas. Bala keenam ialah nanah yang teruk menyerang rakyat Mesir dan ahli sihir mereka sendiri tidak dapat menahan sakitnya. Namun, Firaun tetap angkuh.

 

Bala ketujuh ialah ribut taufan yang dahsyat, yang memusnahkan segalanya kecuali di Tanah Goshen. Firaun mengaku dosanya dan meminta bala dihentikan tetapi tidak menepati janjinya. Bala kelapan ialah kawanan belalang yang melitupi tanah dan memakan sisa-sisa tanaman yang ada. Mesir menjadi gersang tetapi Firaun tetap tidak berganjak.

 

Bala kesembilan ialah kegelapan yang menyelubungi Mesir selama tiga hari. Mesir tidak dapat melihat apa-apa tetapi Tanah Goshen terang. Firaun masih tidak melepaskan Bani Israel dan mengugut untuk membunuh Nabi Musa (as) jika dia datang lagi.

 

Bala terakhir ialah kematian anak sulung setiap keluarga Mesir termasuk anak sulung haiwan. Bani Israel terselamat kerana mereka mengikut arahan Tuhan untuk menyapu darah kambing pada bingkai pintu rumah mereka. Pada malam itu, raungan memenuhi Mesir.

 

Akhirnya, Firaun mengalah dan membenarkan keluarnya Bani Israel dari bumi Mesir, tetapi kemudian menarik balik keputusannya. Keputusan itu membawa kepada nasibnya di Laut Merah di mana Firaun dan tenteranya mati.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Nak tahu kenapa Ramses II dianggap sebagai Firaun yang mengejar Nabi Musa (as)? Jawapannya ada di dalam KITAB TAMADUN MESIR PURBA!

 

Dapatkan segera sementara masih ada DISKAUN sebanyak RM7 yang terhad sehingga 15 Jun ini sahaja!

 

https://s.shopee.com.my/6fLxzjJ10q


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply