Demikian hari saintis mendapati SARS-CoV-2 merebak ikut geografi. Maksudnya varian Lambda takkan mengambil alih rantau yang dibelenggu varian Delta (Scribner, 2021).

Dapatan saintifik ini kira bagus sangat. Sekurang-kurangnya kerajaan kena perangi COVID-19 mengikut varian.

Namun entah dari mana, datang pula varian Omicron. Dan sekarang, varian ini sedang mengancam dominasi Delta di Eropah (Petrequin, 2021). Kira baru boleh hela nafas lega; tiba-tiba fakta berubah kerana ada dapatan baru.

Data klinikal masih bersifat awal (preliminary). Orang ramai tertanya-tanya – apakah varian ini lagi bαhαγα untuk dibandingkan dengan Delta? Dan buat masa sekarang, saintis mendapati takhta masih dipegang Delta.

Varian Omicron masih belum dapat dibuktikan lagi merbαhαγα dari segi bebanan virus (viral load) atau kadar kebolehjangkitan (rate of transmission).

Omicron pertama ditemui di Gauteng, Afrika Selatan.

Walau bagaimanapun, soalan ini tidak relevan sebenarnya – kerana bagaikan suruh pilih antara bisα ular kapak atau ular tedung. Maksudnya kedua-dua varian (Delta dan Omicron) adalah merbαhαγα.

Cuma nasib Eropah sekarang bagaikan tergantung tanpa tali. Realiti ini amat membimbangkan. Varian Omicron masih belum menguasai Eropah. Tetapi England dan Scotland sudah tenggelam teruk.

Dengan lebih daripada 93,000 kes baru, United Kingdom disahkan bukan lagi milik Delta. Varian Omicron merebak begitu pantas dan mengambil alih tampuk pemerintahan di bumi tersebut (Fidler, 2021).

Memahami Kebolehubahan SARS-CoV-2

Ada pendapat berbaur konspirasi mengandaikan bahawa tangan tersembunyi sedang melepaskan satu demi satu varian baru untuk memastikan pasaran vaksin sentiasa relevan.

Dan ramai bersetuju dengan pendapat ini. Mαlαηg sekali, golongan ini tidak faham hukum alam. Apabila virus masuk dalam badan, sistem imun akan aktif untuk melαwαη balik.

Namun manusia tidak sama sekali sempurna secara mutlak. Sistem imun orang ini tidak sama seperti orang itu.

Sesiapa yang mempunyai sistem imun lemah takkan boleh lαwαη SARS-CoV-2 secara sendiri. Jadi virus boleh merebak dengan pantas sampai berevolusi menjadi varian baru (Le Page, 2021). Cuba tengok situasi HIV. Dijangka ada 37.7 juta pesakit HIV. Dan penyakit HIV itu sendiri ada sembilan jenis (strain)… bukannya satu.

Apa maksudnya? Lagi banyak orang dijangkit, lagi mudah sesuatu virus berevolusi. Itu yang sedang berlaku sekarang. Bukannya ada pihak tertentu pandai-pandai lepaskan varian.

Prestasi Omicron Yang Boleh Telan Dunia

Agak-agak kenapa kerajaan Malaysia terlalu gigih suruh orang ambil dos penggalak. Sebab bukti pasal Omicron semakin banyak. Varian baru ini boleh merebak dengan pantas dalam populasi yang sudah menerima vaksin.

Maksudnya SARS-CoV-2 sedang hantar bala Omicron untuk tewaskan vaksin pula. Dan gelombang Omicron pun didapati lebih pantas untuk dibandingkan dengan varian-varian sebelum ini (Wilson, et al., 2021).

Ambil contoh Afrika Selatan. Varian Omicron didapati merebak dua kali ganda lebih pantas daripada Delta sendiri. Padahal semua terdiri daripada kalangan penerima vaksin.

Itu yang pihak kerajaan United Kingdom sibuk bergegas suruh wanita mengandung cepat dapatkan dos penggalak.

Pentadbiran Boris Johnson siap menjangka yang mungkin Omicron boleh menjangkiti 200,000 sehari tidak lama lagi (Bengali, 2021).

Ramai bergegas mendapatkan vaksin.

Jangkaan ini adalah berdasarkan model matematik yang mencongak berdasarkan data dua hari… bukan sama sekali real-time data. Walau bagaimanapun, jangkaan ini dibuat sebagai langkah persediaan untuk mencegah sebelum terjadi malapetaka sebegitu dαhsyαt.

Betapa risaunya dunia pasal Omicron, sampai kerajaan Naftali Bennett mempertimbang untuk haramkan rakyat Amerika Syarikat masuk dalam Israel.

RUJUKAN:

Bengali, S. (2021, Disember 15). Here’s what’s behind Britain’s dire estimate of 200,000 new Omicron cases in a day. The New York Times.

Fidler, S. (2021, Disember 17). Omicron Variant Now Dominates in England and Scotland, Health Data Show. The Wall Street Journal.

Le Page, M. (2021, Disember 17). How did the Omicron coronavirus variant evolve to be so (ditapiskan)? New Scientist.

Petrequin, S. (2021, Disember 15). Omicron Set To Be Dominant Variant in Europe by Mid-January. Time.

Scribner, H. (2021, September 10). The mu and lambda variants won’t be as (ditapiskan) as delta, experts say. The Deseret News.

Wilson, C., et al. (2021, Disember 17). Covid-19 news: Pregnant women added to UK’s vaccine priority list. New Scientist.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.