Serangan pengganas komunis ke atas balai-balai polis semasa peristiwa Darurat bukan sesuatu yang baru. Antara serangan mereka yang paling dikenali umum ialah serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Tetapi ada satu serangan komunis ke atas sebuah balai polis yang berlaku bukan sekali tetapi dua kali iaitu serangan ke atas Balai Polis Kuala Krau di Temerloh, Pahang.

Serangan pertama ke atas balai polis berkenaan berlaku pada 26 Jun 1948. Mengikut keterangan saksi iaitu Osman bin Mohd Yusof yang kini berusia 70-an, insiden tersebut berlaku pada waktu malam semasa mereka sekeluarga sedang makan malam. Pada ketika itu, dia baru berusia tiga tahun.

Tatkala satu keluarganya enak menikmati hidangan, tiba-tiba mereka terdengar bunyi puluhan das tembakan dilepaskan dari arah balai polis. Bapanya, Mohd Yusof sedar pada ketika itu, pengganas Bintang Tiga sedang menyerang Balai Polis Bukit Krau. Lantas, dia bergegas ke balai sambil membawa mesingan ringan Bren (Bren machine gun).

Tetapi sebelum itu, kami cadangkan korang untuk dapatkan PERTEMPURAN DI HUTAN. Buku ini merakamkan kisah Dato Rani Abduk Rashid dalam pertempuran-pertempurannya melawan komunis. Buat julung kalinya kisah kepewiraan dirinya dan anggota keselamatan yang lain direkodkan dengan mendalam dalam sebuah buku. Dapatkan sekarang, ada DISKAUN lagi! Pautan pembelian: https://shopee.com.my/The-Patriots-Pertempuran-Di-Hutan-Hardcover–i.238336777.17131032084

 

Ibu Osman, Mahani Konel yang ketika itu sarat mengandung meminta Osman dan abangnya segera bersembunyi dan tidak membuat sebarang bunyi. Disebabkan bunyi puluhan das tembakan yang dilepaskan, pihak polis ketika itu berdepan dengan gerombolan besar komunis. Mahani cuba membantu mereka dengan keluar dari rumah sambil membawa selaras senapang.

Bagaimanapun, kelibatnya disedari oleh seorang pengganas sebelum dia kemudiannya ditembak mati. Kematian Mahani diketahui oleh anak-anaknya sebaik mereka melihat tubuhnya yang tidak bernyawa dan berlumuran dengan darah semasa mencarinya di luar. Di sebalik semua ini, serangan yang dilancarkan pengganas komunis berakhir dengan kegagalan. Akibatnya, pengganas Bintang Tiga pulang hampa dan dipaksa berundur semula ke hutan.

Tetapi jika anda merasakan mereka sudah serik menyerang Balai Polis Kuala Krau, anggapan anda meleset sama sekali. Setahun selepas itu atau lebih tepat 11 September 1949, gerombolan pengganas jahanam sekali lagi bikin onar pada awal pagi hari tersebut. Kali ini, giliran 250 orang pengganas diketuai ketua mereka Ah Kit. Bagaimanapun, pihak polis bagaikan sudah menghidu akan berlakunya serangan disebabkan kelibat Ah Kit dikesan sekitar Kuala Krau beberapa hari sebelum serangan itu berlaku.

Sebelum menyerang Balai Polis Kuala Krau, pengganas komunis telah mengawal atau menutup jalan-jalan utama ke Kuala Krau bagi memastikan sebarang bantuan tidak kunjung tiba. Ini termasuk menterbalikkan sebuah keretapi yang membawa pasukan polis bantuan yang tiba dari Balai Polis Mentakab. Selain itu, mereka turut menyerang stesen api dan membunuh dua pegawai British yang bertugas di situ.Gerombolan pengganas sama turut menembak mati dua orang wanita semasa mendapatkan ubat dari sebuah kedai ubat.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Dua orang individu yang tahu kisah serangan kedua ini ialah Allahyarham Koperal Wok Zainal dan Baharin Md. Duhun. Mengikut keterangan penduduk tempatan, kelibat gerombolan komunis ini disedari oleh Baharin semasa membuat rondaan rutin. Hal tersebut segera dilaporkan kepada balai yang menyaksikan 30 orang anggota dan pegawai polis terpaksa berdepan serangan 250 orang pengganas.

Di atas kertas, kelebihan bilangan dan senjata memihak kepada gerombolan pimpinan Ah Kit itu. Tetapi itu langsung tidak menggentarkan mereka dalam balai untuk berjuang habis-habisan. Bak kata pepatah, biar putih tulang, jangan putih mata. Serangan yang berlangsung selama beberapa jam itu hanya berakhir selepas mereka mendengar laungan azan Subuh yang menandakan pagi bakal menjelma.

Atas sebab itu, serangan kedua ke atas Balai Polis Kuala Krau ini turut dirujuk sebagai serangan Subuh Berdarah. Bagaimanapun, kesudahan serangan berbeza dengan apa yang berlaku di Bukit Kepong. Di Kuala Krau, pasukan polis berjaya mempertahankan balai dan hanya melaporkan kehilangan nyawa beberapa anggota.

Antara anggota polis yang gugur semasa mempertahankan balai berkenaan ialah seorang anggota polis dari Kuala Krai, Kelantan bernama Hamzah. Allahyarham Hamzah sepatutnya pulang ke kampung sehari selepas itu bagi membuat persiapan perkahwinan. Tetapi itulah roda kehidupan, manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Serangan kali kedua pengganas komunis ke atas Balai Polis Kuala Krau sekali lagi berakhir dengan kegagalan. Dan sebarang rancangan mereka untuk menyerang balai tersebut dibatalkan selepas kekuatan anggota balai ditambah kepada 60 orang. Lebih 120 orang polis tambahan turut ditempatkan di situ bersama seorang penolong pegawai penyiasat berdarah British. Perubahan ini turut membantu menukar status Kuala Krau dari kawasan hitam (kawasan aktif komunis) kepada kawasan putih (bebas daripada pengaruh komunis) pada April 1956.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:

World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

 

RUJUKAN

MStar. (2021, 31 Ogos). “Ibu ditembak di dada ketika sarat hamil” – Anak imbau keberanian Mahani Kenel angkat rifle serang komunis di Balai Polis Kuala Krau.

Illani, R. (2019, 5 Ogos). Tragedi Balai Polis Kuala Krau Diserang 250 Pengganas Komunis. Iluminasi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply