Malaysia sudah merekodkan kes banjir sama ada banjir puing atau banjir kilat (Johor Bahru dan Kuala Lumpur) sejak beberapa bulan lepas. Tetapi nak harap tindakan, sama ada terlampau perlahan atau ibarat lepaskan batuk di tangga. Agaknya nak tunggu bilangan yang terbunuh ramai macam banjir 2021-2022 atau di Korea Selatan ketika ini baru terhegeh-hegeh gerak.

Di Korea Selatan, kerajaan pimpinan Presiden Yoon Suk-yeol membuat langkah drastik dengan mengharamkan rumah separa bawah tanah atau banjiha. Banjiha jadi terkenal selepas ia menjadi subjek contoh ketidakadilan sosial yang disentuh pemenang anugerah filem terbaik Oscar 2020, Parasite (2019).

Hidup di banjiha seperti digambarkan dalam Parasite (2019) macam neraka dunia. Sumber: CJ E&M

Sejujurnya, siapa nak duduk di banjiha? Dahlah tiada privasi sebab orang asyik mengintai sama ada orang awam atau polis. Masa musim panas, rasa tak selesa sebab suhu terlampau panas dan kelembapan yang tinggi. Masa ini juga, kulapuk muncul dan mengancam kesihatan penghuni seperti batuk, bersin, mata dan tekak gatal. Dan paling penting, ia terlampau sempit. Tapi kalau nak rumah murah di kota paling mahal di dunia Seoul, inilah satu-satunya pilihan buat ribuan penduduk yang menetap di situ.

Sebelum kita sambung, kami cadangkan korang dapatkan POLITIK UNTUK PEMULA. Tak ramai orang sedar krisis perumahan Korea ini sebenarnya dicetuskan oleh autokrat yang bersembunyi di sebalik nama demokrasi bertahun-tahun sebelumnya. Nak tahu apa itu autokrat, kena dapatkan buku ini sekarang! Beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Politik-Untuk-Pemula-(Ayman-Rashdan-Wong)-i.238336777.3282451258

Tapi macam mana banjiha ini wujud? Ia ada kaitan dengan konflik Korea Utara-Korea Selatan yang masih wujud sehingga hari ini. Pada 1968, segerombolan tentera Korea Utara menyusup ke Seoul dengan tujuan membunuh Presiden Korea Selatan ketika itu, Park Chung-hee. Walaupun operasi tersebut berjaya digagalkan, ia mengakibatkan hubungan dua negara di Semenanjung Korea itu tegang.

Pada tahun sama, Pyongyang turut menyerang dan merampas sebuah kapal perisikan milik Tentera Laut Amerika Syarikat, USS Pueblo. Sehingga hari ini, kapal tersebut terus berada di Korea Utara sebagai sebahagian daripada koleksi pameran muzium perang mereka. Selain insiden ini, Pyongyang berusaha mensabotaj Korea Selatan termasuk terlibat dalam beberapa insiden keganasan berprofil tinggi.

Sebagai tindak balas, Seoul menambahbaik kod bangunan di mana apartmen-apartmen rendah mesti mempunyai satu ruang bawah tanah. Ruang ini berperanan sebagai bunker/tempat berlindung untuk penduduk sekiranya berlaku serangan oleh Korea Utara. Dan pada awalnya, kerajaan tidak membenarkan ruang tersebut disewa sebagai tempat kediaman.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Tetapi semuanya berubah pada 1980-an. Pada dekad tersebut, kerajaan tidak mempunyai tanah mencukupi untuk projek-projek perumahan. Jadi, mahu tak mahu, kerajaan luluskan juga usul membenarkan pemilik-pemilik apartmen untuk menyewakan banjiha mereka. Dan ia terus bertahan sehinggalah perintah terbaru yang dikeluarkan Suk-yeol semalam.

Suka atau tidak, banjiha melambangkan kemiskinan dan kesusahan – label sama yang diberi kepada favela (Brazil), rumah sangkar (Hong Kong) dan setinggan (Malaysia). Dan ia amat terdedah kepada bencana alam khususnya banjir. Berdasarkan statistik Seoul pada 2010, kebanyakan rumah yang mengalami kerosakan teruk akibat banjir pada tahun tersebut ialah rumah jenis banjiha.

Sejak itu, kerajaan Seoul berjanji akan menghapuskan banjiha secara perlahan-lahan. Sebagai ganti, lebih banyak rumah kos rendah akan dibina untuk penduduk berpendapatan rendah dan sederhana. Tapi orang politik tak kira mana ceruk dunia termasuk Malaysia dan Korea Selatan, fiil serupa saja: tau berjanji tapi suka mungkir janji.

Yang menunggu bila janji ini nak penuhi makin lama makin resah. Kalau hujan saja, penghuni banjiha akan keluar ke jalanan dan berdoa agar longkang tak tersumbat. Masa kerja, doa-doa jelah banjiha yang disewa tak banjir. Malam-malam, kalau asyik dengar bunyi bingit premis-premis seperti kelab malam, restoran dan pusat karaoke atau kerenah orang bergaduh, siapa yang tak aman. Senang cerita, bagi orang yang menyewa banjiha, macam duduk dalam sangkar haiwan!

Presiden Yoon Suk-cheol meninjau salah satu banjiha yang ditenggelami air. Sumber: EPA-EFE

Disebabkan kesusahan sebegini, ramai penyewa terutama golongan muda bekerja keras untuk tambah pendapatan agar dapat menyewa kat tempat lain. Apa guna sewa murah kalau kualiti hidup terjejas teruk? Apa guna sewa berpatutan kalau tempat yang sepatutnya jadi tempat berlindung ialah ‘perangkap maut’ bagi penghuninya?

Sebab itu, apabila Suk-yeol umum pengharaman banjiha ini, ia langkah yang baik tetapi lewat selama 12 tahun. Tapi apa pula alternatif untuk banjiha? Harga dan sewa rumah di bandar-bandar besar Korea seperti Seoul masih tinggi. Kalau duduk di luar kota-kota ini, sewa/harga rumah memang murah tetapi penatlah berulang-alik setiap hari.

Harga rumah yang tinggi ini didorong oleh satu teori kejam yang dibangunkan oleh rejim diktator seperti Chung-hee sekitar tahun 60-an dan 70-an. Teori ini dipanggil teori kotak makan tengah hari sebagai jawapan kepada krisis kekurangan beras yang berlaku sekitar tempoh berkenaan.

Mengikut teori normal, kalau berlaku kekurangan bahan terutama makanan dalam negara, solusinya ialah membawa masuk lebih banyak bahan yang berkurangan bagi menampung permintaan penduduk. Tetapi solusi mereka ialah memastikan penduduk makan nasi dalam kuantiti yang berkurangan. Jadi, bila kanak-kanak membawa bekal ke sekolah, makanan yang dibekalkan mestilah mempunyai 30% makanan lain seperti kacang dan barli. Kalau tak, kanak-kanak ini akan dihukum.

Teori kejam ini kemudiannya dipraktikkan oleh kanak-kanak ini di dunia sebenar bila mencecah usia dewasa. Sesetengah mereka ini kemudiannya bergelar birokrat kerajaan. Jadi, apa cara terbaik menghukum orang yang dapat makan nasi sedap-sedap masa kecil dengan kuasa mereka. Salah satu perkara yang disasarkan mereka ialah perumahan di mana mereka menaikkan kadar cukai dengan tujuan memaksa pemilik rumah meletakkan kediaman mereka di pasaran.

Dan memandangkan kerajaan presiden sebelumnya, Moon Jae-in tidak menetapkan sasaran sebenar bilangan rumah yang patut ada di pasaran, ia mengakibatkan harga rumah sedia ada melambung tinggi. Tindakan beliau mengarahkan bank-bank agar mengehadkan pinjaman cagaran turut memburukkan lagi situasi rumah mahal Korea Selatan. Nyatalah, legasi teori kotak bekal akan terus menghantui Korea Selatan selagi ketidakadilan sosial yang wujud tidak ditangani dengan tuntas.

Kini, Suk-yeol tampil sebagai presiden baru dengan janji menangani krisis perumahan Korea Selatan yang makin meruncing. Itu merupakan teras utama manifestonya bagi memenangi pilihan raya Presiden Korea Selatan beberapa bulan lepas. Tapi ramai merasakan janji beliau bersifat omong kosong dan jika dilaksanakan sekalipun, ia mungkin mengambil masa bertahun-tahun sebelum menampakkan hasil.

Siapa sangka, kisah banjir yang menenggelamkan banjiha sebenarnya mendedahkan ketidakadilan sosial dan ekonomi yang berleluasa di Korea Selatan. Benar, Seoul merupakan sebuah negara maju. Tapi apa guna maju dari segi material kalau majoriti rakyat dilayan macam anjing kurap termasuk dinafikan hak rumah berpatutan dan selamat?

Dan itu sepatutnya dibimbangi oleh para politikus merentasi semua parti di negara ini. Tau saja bercakap bab bencana tapi tiada tindakan pantas dan tuntas. Asyik-asyik kejar duit segera. Asyik-asyik cakap ini untuk kebaikan rakyat. Apa kejadahnya ‘baik untuk rakyat’ kalau yang dikejar itu jadi punca orang mati atau hidup merempat? Jadilah seperti Umar r.a, bukan jadi hamba kapitalis bobrok!

RUJUKAN

Yoon, J. (2020, 10 Februari). Parasite: The real people living in Seoul’s basement apartments. BBC News.

Su-bin, K. (2022, 28 April). South Koreans struggle to climb property ladder as prices explode. Al-Jazeera.

Zhu, M. (2022, 11 Ogos). Seoul floods: ‘Parasite-style’ flats to be banned after deaths. BBC News.

Lim, S. (2021, 15 Mei). Why Real Estate is Super Expensive in South Korea | The Lunchbox Theory. Seoullite TV.

Kim, V. (2020, 12 Februari). The halfway underground homes of ‘Parasite’ are real spaces of desperation and dreams. LA Times.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply