Orang kita, kalau sebut Bahlul, mesti akan marah. Tapi asal usul perkataan Bahlul ni ada sedikit kisah disebaliknya.
Bahlul ni sebenarnya nama gelaran kepada seorang hakim yang soleh lagi kaya-raya. Nama asalnya ialah Wahab bin Amru yg dilahirkan di kota Kufah. Dikatakan bahawa Wahab bin Amru ni sepupu merangkap saudara angkat kepada Khalifah Harun ar-Rasyid iaitu pemerintah paling masyhur dalam Dinasti Bani Abbasiyyah. Wahab bin Amru ini merupakan murid kepada seorang ulama keturunan Rasulullah iaitu Imam Musa al-Kazim.
Suatu ketika, Khalifah merasakan pengaruhnya sedang digugat oleh kemasyhuran Imam Musa al-Kazim. Gerakan Syiah yg mengguna pakaikan nama Imam Musa al-Kazim melakukan pelbagai pemberontakan dalaman. Khalifah menyalahkan Imam Musa al-Kazim dalam kejadian2 pemberontakan tersebut.
Oleh itu, Khalifah ingin memenjarakan Imam Musa al-Kazim dan memburu murid-muridnya agar kestabilan kedudukan pemerintah terjamin. Sedangkan Imam Musa al-Kazim dan hampir seluruh ulama Ahlul Bait tiada kaitan pun dengan agenda politik kaum Syiah. Kaum Syiah salah guna nama Imam Ahlul Bait sepertimana umat Nasrani salah guna nama Nabi Isa.
Khalifah meminta pandangan hakim-hakim dalam kerajaannya. Semua bersetuju dengan keputusan Khalifah kecuali Wahab bin Amru yang membangkang kerana ini suatu bentuk kezaliman terhadap orang soleh yang langsung tidak bersalah.
Wahab bin Amru bersama beberapa tokoh lain segera datang bertemu Imam Musa al-Kazim bagi meminta nasihat apa yg perlu mereka lakukan skrg. Walaubagaimanapun, Imam Musa al-Kazim hanya memberikan isyarat ج kepada mereka. Oleh itu, masing-masing menafsirkan rahsia hurf ج tersebut.
Ada yg menafsirkan ج sebagai Jabal (bukit) lalu mengertilah mereka untuk pergi bersembunyi di sebalik bukit-bukau. Ada yg tafsirkan ج sebagai Jalaul Watan (lari keluar negara). Tetapi, Wahab bin Amru menafsirkan hurf ج tersebut sebagai Junun (gila).
Maka Wahab bin Amru pun dengan segera merubah wataknya menjadi orang gila (majnun) seperti dirasuk Jin. Oleh kerana Wahab bin Amru ini kelihatan seperti gila, maka masyarakat Baghdad menggelarnya sebagai Bahlul. Dan kerana beliau “gila”, Khalifah tidak dapat mengambil sebarang tindakan undang2 terhadapnya. Maka selamatlah Bahlul dari tindakan sang penguasa.
Sebaliknya, Bahlul masih lagi bebas keluar masuk istana, makan minum, menerima “upah” jika dijemput Khalifah dan lain-lain kenikmatan tidak seperti rakan-rakannya yang telah lari atau bersembunyi. Bahkan, Bahlul bebas mencaci maki Khalifah dihadapan orang ramai tanpa risau diambil tindakan memandangkan beliau “orang gila”. Dalam gila-gila Bahlul, beliau menyebarkan ilmu Hikmah secara tersirat tanpa diketahui oleh orang ramai. Hanya orang yang tertentu sahaja yang faham apa yang beliau cuba sampaikan.
Selain Bahlul, ada seorang lagi tokoh masyhur yang hampir serupa dengannya dan hidup sezaman. Beliau ialah al-Hassan bin Hani al-Hakam. Beliau merupakan seorang penyair yang masyhur dalam empayar pada ketika itu. Beliau berketurunan kacukan Arab-Farsi dilahirkan di tanah Syam. Beliau digelar sebagai Abu Nawas/Abu Nuwas.
Beliau pernah memuji Keluarga al-Barmaki, iaitu Elit Politik Parsi yg juga musuh politik Khalifah Harun ar-Rasyid. Oleh itu, Abu Nawas terpaksa melarikan diri ke Mesir. Beliau kembali ke Baghdad pada zaman Khalifah Muhammad al-Amin bin Harun ar-Rasyid setelah menggantikan ayahandanya yang meninggal. Ketika inilah Abu Nuwas mengarang pelbagai Syairnya. Ucapan-ucapan dalam karyanya kelihatan “gila” kerana maksud yang hendak disampaikan begitu dalam dan amat sukar difahami.
Abu Nuwas pernah dipenjarakan oleh Khalifah apabila didapati mabuk. Kehidupan Abu Nuwas semakin sukar apabila Khalifah Muhammad al-Amin digulingkan oleh saudara baginda sendiri iaitu Abu al-Abbas al-Makmun bin Harun ar-Rasyid. Setelah itu, Abu Nuwas kembali menjalani kehidupan yang warak dan mendendangkan syair-syair yang memuji khalifah agar dibebaskan dari hukuman. Abu Nuwas pernah memuji Khalifah lebih kaya dari Tuhan.
Nama dan kisah Abu Nuwas ini menjadi masyhur dan disebut-sebut apabila ianya termaktub dalam karya “Hikayat 1001 Malam”. Ianya juga dicatat oleh ulama sejarah Islam yang terkenal iaitu Khatib al-Baghdadi dalam karyanya Tarikh al-Baghdadi.
Dua putera yang mewarisinya Harun Ar-Rashid iaitu al-Amin dan al-Makmun terkenal sebagai khalifah yang berfahaman Muktazilah dan suka menghukum orang yang tidak sependapat dengan pemerintahan mereka.
Begitulah kisah orang “gila-gila” yang masyhur. Walau zahir mereka kelihatan “gila”, tetapi hakikatnya mereka adalah orang bijak. Terbalik dari orang zaman sekarang, kelihatan elok rupa paras, tetapi belum tentu cerdik dan waras pemikirannya. “Sesungguhnya ilmu Hikmah itu telah lenyap dari dada Mukmin, carilah ia walau dari mulut-mulut orang ‘gila’. Ambillah walau dari mana sahaja asal dan datangnya, jangan lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya”.
* Jemput follow penulis : https://instagram.com/khairiasyraf_17
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih