Semasa zaman kegemilangan ajaran Buddha di rantau Asia Tenggara, bahasa Melayu turut memainkan peranan yang penting di dalam perkembangan ajaran Buddha.

Mengikut Aurora Roxas-Lim (1973), kajian yang dilakukan oleh Louis-Charles Damais menunjukkan bahawa bahasa Melayu Kuno merupakan antara bahasa perantara yang utama yang digunakan oleh sarjana dan penganut Buddha di Srivijaya.

Sarjana-sarjana Buddha, selain daripada menguasai bahasa Sanskrit dan bahasa Pali, mereka turut menguasai bahasa Melayu kuno dan menggunakan bahasa ini sebagai bahasa pertuturan seharian semasa pengajian mereka di Srivijaya.

Perkara ini amat menarik untuk diperhatikan kerana di rantau Asia Tenggara, terutamanya di Srivijaya, sarjana-sarjana yang berkumpul di sini terdiri daripada pelbagai bangsa dan berasal daripada pelbagai negara.

Bayangkan, sarjana-sarjana Buddha yang terkenal seperti I Tsing (635M-713M) yang berasal dari China, Vajrabodhi (671M-741M) yang berasal dari Sri Lanka dan Atisa (982M-1054M) yang berasal dari Bengal pernah menggunakan bahasa Melayu semasa persinggahan mereka di Srivijaya!

Penemuan inskripsi-inskripsi seperti inskripsi Talang Tuwo, Kedukan Bukit dan Telaga Batu di Sumatera mengesahkan lagi pengunaan bahasa Melayu sebagai medium penyebaran agama Buddha.

Di dalam inskripsi Talang Tuwo (684M) sebagai contoh, terdapat beberapa elemen ajaran Buddha dipahat di dalam inskripsi tersebut. Antaranya ialah perintah supaya mematuhi tiga ‘ratna’ (The Three Jewels of Buddhism: Buddha, Dharma dan Sangha), seruan supaya menjadikan ‘Mahasattva’ sebagai suri teladan dan pengharapan supaya sekalian manusia berjaya untuk mencapai ‘bodhi’ atau pencerahan.

Dua contoh di atas sudah cukup untuk membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan antarabangsa lebih awal daripada penubuhan kerajaan Melaka dan bahasa ini telah lama diangkat menjadi bahasa ilmu pengetahuan yang utama sebelum kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

Pencapaian hebat bahasa ini kemudiannya diteruskan semasa pemerintahan kesultanan-kesultanan Melayu dan sepatutnya boleh ditingkatkan lagi selepas pembentukan Malaysia pada zaman moden. -FM

Rujukan:
1) Buddhism in Early Southeast Asia: A Contribution to the Study of Cultural Change oleh Aurora Roxas-Lim
2) The Buddhist-Hindu Divide in Premodern Southeast Asia oleh John Miksic
3) The Indianized States of South-East Asia oleh George Cœdès


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Leave A Reply