Keluarga bahasa Austronesia merupakan sebuah keluarga yang besar dari timur hingga ke barat. Tidak percaya? Kelibatnya boleh dilihat sejauh Madagascar di barat, Taiwan di utara, kawasan Kepulauan Pasifik dan Hawaii di sebelah timur dan New Zealand di sebelah selatan. Walaupun mempunyai pengaruh budaya yang berbeza, persamaan budaya dan bahasa masih wujud sehingga hari ini. Antara persamaan yang boleh dikesan ialah persamaan orang Melayu dan Maori dalam konteks keluarga bahasa Austronesia.

Perkataan sama yang digunakan Melayu dan Maori

Seperti dilihat dalam jadual di atas, perkataan lice merujuk kepada kutu dan ini dinyatakan sama dalam bahasa kedua-dua bangsa ini. Begitu juga dengan perkataan mata yang diterjemah dalam Bahasa Inggeris sebagai eye. Sementara dua perkataan yang merujuk kepada angka mempunyai persamaan dari segi bunyi.

Jika anda dengar sebutan rua dan rima dalam Bahasa Maori, ia amat hampir dengan perkataan dua dan lima dalam Bahasa Melayu. Sementara perkataan yang ada kaitan dengan persekitaran seperti puke/bukit dan ika/ikan dilihat amat dekat dengan orang Melayu dan Maori. Ada juga perkataan yang hampir dari segi ejaan dan sebutan seperti mati atau mate dalam Bahasa Maori.

Jika anda rasa ini sesuatu yang unik, rujuk pula jadual persamaan Bahasa Jawa dengan Bahasa Maori.

Jika kita lihat Bahasa Jawa pula, wujud beberapa persamaan dengan Bahasa Melayu dan Bahasa Maori yang kita gunakan hari ini. Bagi peminat burung, pasti sudah biasa mendengar nama-nama seperti punai, tiung dan kakak tua. Walaupun berbeza sedikit dari segi sebutan dan ejaan, ia masih merujuk kepada spesis burung yang sama. Tetapi siapa sangka pucuk paku yang menjadi makanan kegemaran orang Melayu turut menjadi makanan kegemaran bangsa Maori sendiri. Buktinya, penggunaan perkataan pikopiko oleh orang Maori terhadap jenis tumbuhan ini.

Berdasarkan dua jadual ini, kita boleh simpulkan terdapat lebih daripada 12 perkataan yang mempunyai maksud dan sebutan yang sama dalam Bahasa Maori, Bahasa Melayu dan Bahasa Jawa. Ianya merujuk kepada angka, anggota badan dan alam semulajadi itu sendiri. Sementara alam semulajadi pula merujuk kepada tanah (benua, bukit-bukau dan kawasan paya), burung, ikan dan tumbuh-tumbuhan. Ada juga perkataan yang merujuk kepada kedalaman atau jarak seperti muri/mburi.

Peribahasa

Dari segi peribahasa pula, kebanyakan peribahasa orang Melayu dan orang Maori amat unik kerana kebanyakan peribahasa ini sudah wujud sebelum abad ke-19 lagi. Selain itu, kedua-duanya juga berkongsi latar belakang hampir sama seperti pertanian (penanaman padi (Melayu)) dan penanaman ubi kentang (Maori), haiwan peliharaan (kucing (Melayu) dan anjing (Maori)), tempat tinggal berhampiran dengan atau dalam hutan, mahir mengendali perjalanan di lautan dan mempunyai dewan komuniti bagi mereka bermesyuarat (balai raya (Melayu) dan marae (Maori)).

Kedua-dua bangsa ini menjadikan sesebuah peristiwa atau persekitaran mereka sebagai asas kepada peribahasa mereka. Peribahasa-peribahasa ini menjadi panduan hidup kepada generasi seterusnya. Bagi orang Maori, kebanyakan peribahasa mereka mula wujud sebelum kedatangan peneroka-peneroka Eropah ke New Zealand dan semakin bertambah bila melalui pelbagai tempoh di negara itu. Sementara kebanyakan peribahasa orang Melayu ini bukan sekadar semasa era kegemilangan tamadun bangsa berkenaan tetapi juga semasa melalui zaman penjajahan dari Portugal hingga Britain dan Jepun. Contoh peribahasa dari era ini ialah seperti Belanda minta tanah. Peribahasa yang membawa maksud tidak puas dengan pemberian orang dan mahu lebih lagi merujuk kepada sikap licik dan tamak penjajah itu terhadap kerajaan-kerajaan Melayu ketika itu.

Antara peribahasa orang Melayu dan Maori yang dianggap sama ialah:

1. Berani.

Maori: Ka mahi ta tawa uho ki te riri

Maksud: pahlawan berani dengan hati seperti sebatang pokok tawa (sejenis pokok besar)

Melayu: Berani kerana benar, takut kerana salah

Maksud: berani bertindak atas dasar kebenaran

2. Bergantung kepada diri sendiri

Maori: He kai kei aku ringaringa

Maksud: Saya boleh dapatkan makanan menggunakan tangan (kudrat) saya.

Melayu: Tulang empat kerat

Maksud: dengan kekuatan tubuh badan

3. Kerjasama

Maori: Ma pango, ma whero, ka oti te mahi

Maksud: dengan hitam dan merah, kerjanya akan selesai.

Melayu: Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing (sama dengan peribahasa lain seperti bukit sama didaki, lurah sama dituruni)

Maksud: bermuafakat untuk memudahkan sesebuah pekerjaan

4. Kehormatan

Maori: Kāore te kūmara o korero mōtōna māngaro

Maksud: Kumara (ubi keledek) tidak pernah menyatakan betapa manisnya ia.

Melayu: Masuk bakul angkat sendiri

Maksud: suka memuji diri sendiri.

5. Tidak tahu malu

Maori: Rae totara

Maksud: orang yang berbohong atau selamba

Melayu: Muka tembok

Maksud: orang yang tak tahu malu

6. Nasib baik

Maori: He rā whatiwhati kō

Maksud: hari terbaik untuk bekerja

Melayu: Bagai bulan jatuh ke riba

Maksud: beruntung besar

SUMBER

Hj Kamso, Siti Maimun, Wan Noor Taria dan Abdul Rahman, Wan Rafaei. (2013). Similarities in Malay and Maori in the context of the Austronesian language family (55-67). The changing values of Malays, Māori and Pacific Islanders.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.