Keperluan yang mendesak selalunya mendorong manusia untuk mengerah kudrat dan memerah otak ligat bagi mencari jalan penyelesaian. Bagi penduduk Pulau La Gomera yang membentuk salah sebuah pulau di Kepulauan Canary, keperluan untuk berkomunikasi sesama mereka melahirkan sebuah bahasa yang dikenali sebagai Silbo Gomero atau el silbo, yang masing-masing membawa maksud ‘Siulan Gomera’ dan ‘siulan’.

Sebelum Kepulauan Canary menjadi ko.lo.ni Sepanyol pada kurun ke-15 Masehi, La Gomero dihuni oleh sebuah suku bernama Guanche. Sebagai makluman, bahasa Silbo Gomero merupakan bahasa Guanche dalam bentuk siulan dan dipercayai ia dicipta sendiri oleh penduduk asli Kepulauan Canary.

Menjelang kurun ke-17, bahasa Guanche mengalami kepu.pu.san dan tidak banyak tinggalan yang dapat dijejaki apalagi diwarisi melainkan apa yang tercatat di dalam jurnal para pengembara dan beberapa perkataan yang dipinjamkan ke dalam bahasa Sepanyol yang dituturkan di kepulauan tersebut.

Apa yang pasti, ilmuwan meyakini yang bahasa Guanche mempunyai sistem fonetik yang ringkas justeru membolehkannya diselaraskan ke dalam bahasa siulan.

Sejurus dija.jah oleh Sepanyol, penduduk Kepulauan Canary menjadikan bahasa ko.lo.ni itu sebagai bahasa pertuturan mereka. Cuma seakan-akan menjadi satu kebiasaan yang diwarisi daripada nenek-moyang mereka, penduduk Pulau La Gomera menyelaraskan Bahasa Sepanyol menjadi sebuah bahasa siulan.

Dalam bahasa siulan, setiap huruf baik vokal mahupun konsonan diubah menjadi bunyi siulan – dua siulan menggantikan lima huruf vokal Sepanyol dan empat siulan menggantikan huruf-huruf konsonan. Bahasa siulan juga banyak bergantung pada tinggi rendahnya nada dan sambung jedanya siulan. Contoh penggunaan bahasa siulan ini boleh didengari menerusi video berikut.

Pada masa dahulu, bahasa siulan diajarkan secara langsung daripada guru kepada murid, atau daripada ibu bapa kepada anak-anak. Oleh kerana itu, ia sebati sebagai tradisi mereka sejak ratusan tahun.

Memasuki tempoh 1930-an hingga 1950-an, bahasa siulan digunakan sebagai kaedah berkomunikasi secara sulit bagi menen.tang pihak kerajaan. Diceritakan, tempoh tersebut selalunya menyaksikan Guardia Civil (pegawai kerajaan) memandu trak ke kawasan pedalaman untuk mengangkut masyarakat asli ke tempat-tempat berlakunya keba.ka.ran.

Tujuannya tidak lain adalah untuk menggunakan khidmat mereka bagi memadam keba.ka.ran. Tindakan sebegini kurang disenangi oleh penduduk asli La Gomera kerana mereka dikerah tanpa diberi upah, walaupun hakikatnya majlis perbandaran menerima peruntukan khusus untuk mengimbal mereka dengan bayaran yang setimpal.

Untuk mengelakkan diri dari menjadi bu.ruh paksa, penduduk asli La Gomero menggunakan bahasa siulan sebagai kaedah berkomunikasi sesama mereka dan memberi ama.ran supaya lari dan bersembunyi dari trak Guardia Civil.

Bagaimanapun, kega.wa.tan ekonomi pada 1950-an memaksa penduduk asli La Gomero untuk berhijrah ke Tenerife dan Venezuela. Kesannya, bahasa siulan mula ditinggalkan. Pembangunan jalan raya di La Gomera dan kemasukan teknologi telefon bimbit ke pulau tersebut turut memberikan kesan lanjut.

Untuk memelihara bahasa siulan Silbo Gomero dari pu.pus, Kementerian Pendidikan Kepulauan Canary menjadikannya sebagai subjek wajib lulus di peringkat sekolah rendah

Menjelang lewat kurun ke-20, bahasa siulan hampir pu.pus. Mujur, pihak kerajaan menguatkuasakan bahasa Silbo Gomero sebagai sebahagian daripada subjek wajib lulus di sekolah rendah di seluruh Pulau La Gomera pada tahun 1999.

Tidak cukup satu langkah, Kementerian Pendidikan Kepulauan Canary juga menambah dengan memperuntukkan sebanyak 100,000 euro (RM 490,261) setahun bagi mengusahakan projek pemeliharaan bahasa Silbo Gomera. Susulannya, bahasa siulan tersebut semakin terbela dengan kira-kira 3,000 orang murid mempelajarinya di sekolah masing-masing.

Cukup sepuluh tahun selepas penguatkuasaan dilakukan, Silbo Gomera menerima pengiktirafan UNESCO sebagai Warisan Tak Ketara Dunia sekali gus meraihkannya tempat khusus di peringkat global. Secara tidak langsung, projek pemeliharaan bahasa siulan Silbo Gomera berhasil meletakkan Pulau La Gomera di peta dan lensa budaya dunia – sesuatu yang harus kita pelajari dalam menghargai warisan kebudayaan di negara kita.

TERJEMAHAN
Wu Mingren. (11 April 2015). A Unique Form of Ancient Communication: The Whistling Island of La Gomera. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.