Sekumpulan penyelidik dari Hokkaido University telah membentuk hydrogel tumbuh sendiri yang mereka percaya sangat sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai kecederaan tulang dan otot. Otot mereka akan bertambah kuat apabila hydrogel ini semakin banyak digunakan.
Hidrogel yang mereka hasilkan adalah inspirasi daripada maklumbalas proses otot manusia apabila bersenam. Latihan ataupun aktiviti yang merosakkan otot akan memicu proses penjanaan yang melibatkan pertumbuhan tisu-tisu baru.
Bahan tumbuh sendiri terdiri daripada dua rangkaian polimer yang saling berkait yang pada dasarnya adalah raintain molekul. Dua rangkaian polimer tersebut ialah rangtaian tegar dan rangtaian lembut yang mampu diregangkan (stretchable). Apabila rangtaian tegar putus secara paksa, ia akan memicu rantain dan sambung silang baru. Rantaian lembut pada masa ini berperanan mengekalkan struktur gel.
Menghasilkan bahan yang mampu tumbuh sendiri seperti tisu manusia adalah perkara yang sulit sebelum ini. Hidrogel tumbuh sendiri berasal daripada bahan sembuh sendiri (self-healing material) yang mampu mengembalikan bentuk asal apabila rosak.
Seperti otot manusia yang memerlukan nutrien untuk pertumbuhan, hydrogel bergantung pada cecair ‘nutrien’-nya sendiri untuk menguatkan dirinya. Selain penggunaan untuk otot manusia, hydrogel juga boleh digunakan untuk mencipta robot yang berfaedah digunakan di kawasan tubuh robot yang mengenakan tekanan yang tinggi.
RUJUKAN:
- Matsuda, T., Kawakami, R., Namba, R., Nakajima, T., & Gong, J. P. (2019). Mechanoresponsive self-growing hydrogels inspired by muscle training. Science, 363(6426), 504-508.
- https://www.newscientist.com/article/2192376-self-growing-material-could-make-muscles-that-become-stronger-with-use/
- New Scientist ISSUE 3216 agress to indemnify New Scientist Ltd and New Scientist against any claim arising from incorrect or misleading translation.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih