Jika disebut nama pengacara yang satu ini, pastinya semua akan mengenali beliau. Dengan imej bercermin mata serta gaya pengacaraan yang bersahaja, beliau telah mencuri hati ramai penonton di seluruh dunia. Tapi tahukah anda, bagaimana Yoo Jae Suk mendaki puncak dan meletakkan dirinya sebagai pengacara nombor satu di Korea?

Yoo Jae Suk memulakan perjalanan seninya sebagai seorang pelawak selepas muncul dalam sebuah festival komedi anjuran stesen KBS. Ramai yang menyatakan bahawa Yoo Jae Suk mempunyai personaliti yang lain daripada yang lain dalam kalangan teman-teman pelawaknya. Beliau berbeza daripada temannya Park Myung Soo yang memaparkan imej pemarah atau Kim Young Cheol yang terkenal kerana pandai meniru aktor veteran. Yoo Jae Suk unik dengan caranya yang tersendiri, walaupun ia kelihatan seolah-olah dirinya tiada keistimewaan tertentu.

Inilah juga yang menyebabkan pada awal kemunculannya, salah seorang CEO di agensi lamanya pernah mengkritik dirinya yang dikatakan kurang berkarisma berbanding pelawak lain. Namun, apa jawapan yang diberi oleh Yoo Jae Suk? Menjawab kritikan CEO itu, Yoo Jae Suk berkata, “Ia tak pernah buat saya rasa tak selesa. Memandangkan ia sukar untuk ubah personaliti seseorang, jadi, saya memberitahunya (CEO itu), melainkan ia sesuatu yang dia boleh beli untuk saya (personaliti), saya akan terus hidup mengikut cara saya.”

Dengan kekurangan dirinya yang mengalami stage fright yang serius, Yoo Jae Suk meneruskan kerjaya sebagai pelawak dengan watak-watak yang tidak begitu signifikan. Hanya selepas 9 tahun menjadi pelawak yang kurang popular, Yoo Jae Suk akhirnya mendapat peluang pertama untuk menjadi pengacara bagi rancangan Live and Enjoy Together. Bermula dari saat itu, beliau tidak berpaling lagi.

 

Peluang mengacara pelbagai program telah digunakan sepenuhnya untuk membentuk semula imej dirinya yang mudah mesra serta tidak keterlaluan ketika mengacara. Dalam satu temu bual bersama bekas ahli Running Man, iaitu Kang Gary, dia menyatakan yang Yoo Jae Suk seorang yang profesional dan tidak pernah menunjukkan dirinya mengalami keadaan yang sukar. Setiap kali kamera dinyalakan, beliau akan terus menjadi orang yang paling gembira dan bersemangat. Sikapnya inilah yang membuatkan dirinya dikagumi oleh para selebriti muda dan turut dihormati oleh selebriti veteran yang lain.

Seorang penulis yang menganalisis rahsia kejayaan Yoo Jae Suk ada menyatakan bahawa nyala rasa yang ditunjukkan oleh pengacara ini antara penentu utama kejayaannya. Malah, Yoo Jae Suk sentiasa belajar untuk membaiki kelemahan dirinya agar menjadi pengacara lebih baik dalam setiap program yang dikendalikannya.

Yoo Jae Suk adalah salah seorang di antara ramai personaliti di dunia yang berusaha untuk meneroka sisi genius dirinya dalam bidang yang diceburi mereka. Penerokaan inilah yang membantu untuk kita mengetahui apa sebenarnya kehebatan diri kita yang mungkin tidak pernah kita ketahui sebelum ini.

Oleh: Farahi Kamaruddin


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Leave A Reply